Wednesday, May 25, 2011

Kami Dah Pindah!

Gembira tak terkata. senyum sampai ke telinga :P. baru jer 11 hari jadi penduduk Jalan Kebun, Shah Alam. perasaan? mestilah gumbira. sebabnya finally dah dapat duduk rumah sendiri :)

Mula2 pindah, hari Ahad (15 May).

Langsir dari bilik pengantin. MIL bagi

 

Sadis tak tengok langsir sliding door aku ni? yer la, rumah aku tinggi, pastu pasang railing pown memang tinggi (niat asal nak letak langsir sampai ceiling macam Eric selalu buat, tapi tinggi sangat la pulakkk). nasib baik MIL kasi pinjam ni tau. kalau tak selagi tu la kami tak pindah. hahaha.

Bukan kedekut nak beli sendiri. cuma belum berkesempatan. semua pown last minute. tapi kesian punya pasal, MIL tepon kakak ipar aku, kasi pinjam langsir lama dia. langsir dia panjang la sikit dari ni. takdelah sliding door aku macam pakai skirt. hahahahaha.

And malam tu kami pakat2 mengaji. ayah cakap (FIL) sebelum masuk rumah, eloklah baca Surah Al-Baqarah dulu. means, tak perlu tunggu kenduri doa selamat, tuan rumah baca sendiri dulu. aku tak pasti apa kebaikan dia, tapi of course ada sebab kan. so malam tu after maghrib kami gilir2 baca Surah Al-Baqarah sampai habis.

Tapi malam tu tetap aku tak boleh tido langsung. sampai ke pagi. maybe sebab tempat baru, n maybe jugak sebab aku terlampau penat. terlampau penat pown susah nak tido tau.

Rak barang. adik ipar n the geng yang kasi. semua barang pown berguna. maklum ler rumah masih kosong :P

Kenduri doa selamat pown dah selesai sebenarnya. kami buat masa Hari Wesak hari tu (Selasa, 17 May). niat asal nak buat kecik2 jer, tapi tak sangka ramai pulak yang datang :P. takpe, tetamu datang bawak rezeki :).

Menu utama, nasik ayam. makanan lain pown macam2. ada roti jala, kuih-muih, buah2, macam2 la. aku pown dah lupa. hehehe. apa pown, special thanks to hubby's family yang penat kerah tenaga. kalo takde dorang, tak jalan la kenduri aku tu! and majoriti tetamu puji makanan memang sedap, terbaekkkk. especially nasik ayam. mereka kata, boleh bikin katering nih! hehehe. alhamdulillah kata MIL aku :)

Tapi satu jer aku terkilan. sekeping gambar pown takdok T___T. masing2 sibuk, sekeping gambar pown tak sempat nak ambik. aiyooooo rugi betul! yang ni jer ada, from Aty's blog. thanx for coming Aty. siap bawak hadiah lagi tau. haishh susah2 jer tau. tapi lupa nak snap gambar loorrr :D

Dah hampir maghrib masa ni

Alhamdulillah, makanan ngam2. bajet untuk 100 orang makan. nasib baik tak membazir. tetamu datang sampai malam. rasa macam buat open house la plak! hehehe.

Bagus sebenarnya buat kenduri a.k.a house warming macam ni. boleh kenal2 dengan jiran tetangga. maklum la kami ni antara yang terlambat pindah masuk. penghuni lain dah berbulan duduk situ. and after buat kenduri ni, baru la rasa dekat sikit dengan dorang. kalo tak kami rasa macam pendatang. hahaha.

After 11 hari stay dekat rumah sendiri ni, apa yang aku boleh cakap, i am happy :). lain la rasa dia. semua kena urus sendiri but i really enjoy every single moments of it. barang dapur dah hampir lengkap. cukup la untuk masak n makan berdua.

Jangan tak tau, i masak tau sekarang! muahahaha. menu pagi tadi, bihun goreng singapore. 1st time masak bihun goreng. eh2 sedap la plak :P. small the matter jer untuk orang yang expert. i kan newbie so mestilah vangga! :D

2, 3 hari lepas aku tegur hubby:

A: Awak sekarang dah tak pandai basuh pinggan eiii....
H: Ayang kan ada!
A: &^$*&^$##@

Baru berapa hari jer ni, lama2 nanti camno agaknya? tapi salah aku jugak, manjakan sangat! tapi takpe dia rajin mop lantai. kira orait la tu.

So Tata.

4 comments:

Xora said...

pasal surah albaqarah tu, makayah saya pesan, kalau boleh simpan surah org baca albaqarah tu adlam hendphone, nnt malam2 ke siang2 ke, biarkan surah tu berkumandang.

aTy _faRed~ said...

suker ar...sonok pindah umah sendiri ni....:) [lambat lagi nak merasa]..lepas ni ai nak datang open house raye pulak...lepas tu tengok baby u pulak..anak 4-5-6 orang...hihi...

safiyyah osman said...

hehe..tgk sliding door sis..tergelak sorang2..sb sliding door sya pun mcm tue..huhu

Mia-Ina said...

best nya dh dpt duduk dua sarah...gd luck hidup berdua lps nie...xpe, ada give & take suami isteri dlm urusna rumahtangga...lelaki mmg nk dimanja mula2x nie