Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, May 29, 2012

Indahnya Perasaan Saat....


Indahnya perasaan saat memandang wajahmu wahai anak



Indahnya perasaan saat melihat wajahmu yang lena, kenyang dengan susu Ibu


Indahnya perasaan saat kamu memandang manja ke wajah Ibu, minta diusap, dibelai, dimanja


Indahnya perasaan saat kamu tersenyum, merenung, saat Ibu berada di sisi kamu


Indahnya perasaan saat melihat ketenangan di wajahmu sayang

Indahnya perasaan menjadi seorang Ibu :')


Buah hati Ibu, kesayangan Ibu
Ibu berjanji akan sentiasa menyayangi kamu selagi hayat Ibu masih ada
InsyaAllah :')


I love u both
:)

Wednesday, May 16, 2012

Hafiy Al Zikry 2 Months Old

At 2 months old, he is now 5.5kg!

Latest position bila tido. lena betul

Kali ni kena jab nangis kejap jer. nasib baik hohoho

Progress Hafiy setakat ini:
  1. Dah pandai gelak2 <--obviously. kalo tengah tido lagi aktif gelaknya. sampai mengekek2. heran
  2. Dah mula mengiring sendiri sikit2
  3. Dah mula suka hisap tangan. nak masuk jari dalam mulut tak berapa nak berjaya. so hisap seketul tangan macam tu jer
  4. Waktu tido dia adalah 12 malam hingga 10 pagi (suka bangun lambat macam mak dia jugak hahaha). kerap bangun malam untuk menyusu. minum sikit2 jer tapi kerap. suka bergayut
  5. Sangat suka mandi. lagi lama kita rendam dalam bath tub tu, lagi tersengih2 la dia. tapi jangan la kasi mandi dengan air sejuk. sentuh sikit jer kulit, meraung terus hahahaha
  6. Dah pandai nak tido berdodoi hadoiii
  7. Tak suka pakai topi atau apa2 saja benda yang diletak di kepala. bila terasa jer ada something kat kepala dia, dia akan menggeleng2 ke kiri kanan, terkenyit2 mata, menggeliat sepenuh tenaga selagi tak 'free'kan kepala dia. nasib baik awak tu lelaki nak ooiii
  8. Paling suka bila kita bukak seluar dia. kalo tengah nangis boleh diam
  9. Sekarang dah berak 2 hari sekali. sebelum ni 3 hari sekali baru berak. ok pasal berak pown nak cerita ke hahaha
  10. Tido sekejap2 jer. hari tu tinggalkan dengan Mak Tok nya, tak boleh buat keje lah Mak Tok dibuatnya hahaha
  11. Lebih lena bila ditidokan mengiring sebab even dia terkejut terangkat2 tangan pown, dia akan terlena balik dengan sendirinya (most of the time lah. bukan lah setiap masa macam tu)
  12. Bila keluar, most of the time dah siap bawak EBM. tapi even baru lepas minum botol, bila aku ambik turn pegang dia, mesti mencari2 jugak. anak ohhh anak
Kita dah 2 bulan dah!

P/s: Selamat Hari Lahir buat Opah kita yang ke 54 tahun, 16 May :)

So Tata.

Monday, May 14, 2012

Amalan Cukur Jambul

Moh baca ni. sangatlah berguna.


***************
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.

Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. 

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik. 

Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. 

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. 

Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.


Dikeluarkan oleh  Syukbah Dakwah  dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah - Siri 47/06



******************

Rasanya kat sini clear kan yang mana satu sunnah yang mana satu adat?

Aku memang berniat nak buat akikah Hafiy seawal yang boleh. tapi nak buat macam mana, niat tak kesampaian. insyaAllah lambat macam mana pown, satu hari nanti mesti akan buat jugak.

Tahnik, aku tak buat. sebab, aku tak tau. buleh? hahaha. nak buat sekarang macam dah lambat sangat lah pulak kan.

Pasal cukur rambut pulak, aku buat masa hari ke-35. nak cukur awal tak boleh sebab kepala Hafiy ada banyak ruam putih2 tu. orang tua panggil apa entah, aku lupa. tapi banyaaaaak sangat kat kulit kepala dia. risau bila dicukur nanti, luka pulak. so better elakkan. tapi masa cukur tu pown ada lagi sikit yang tak perasan. kena buat sehabis teliti lah masa tu.

Tapi yang mencukurnya bukan Ibunya, bukan Abinya. dua2 tak berani hahaha. last2 mintak tolong kak ipar hubby. dia memang handal bab2 rambut ni herherher.

Day 35 - Sebelum dicukur. dah panjang betul rambut dia masa ni

Eh tapiiii ingat senang ke nak kasi siap? mulanya elok jer dia tido. bila ada orang usik2 kepala, mula la menggeliat tak tentu arah. last2 terjaga.

Aku guna taktik lain, kasi susu sambil kak ipar buat keje dia. dia tak duduk diam jugakkkk. tak sempat siap pown.

Bila dah geram sangat tau aku buat apa?

Aku pegang kepala dia. kejam giler! hahahaha. meronta2 sambil duk mengerang. aku buat dek jer sampai lah siap. kalo tak buat macam tu memang separuh ajer lah kepala dia dogol hohoho.


Akhirnya! almost 1 hour jugak nak kasi settle. lepas cukur, terus macam panas badannya. rasa lain kot kepala dah ringan hohoho.

And the latest me, Hafiy Al Zikry

 Day 59

"After 24 days, kepala saya masih lagi gondol lah. cuma dekat tengah kepala jer tumbuh sikit rambut. Mak Tok kata dah macam Upin Ipin daaa hahaha"

So Tata.

Sunday, May 6, 2012

Bilalah Anak Aku Nak Macam Ni Agaknya?


Hahahahahahaha comelnya lahaiiii!!!



Anak aku pandai gelak sikit2 macam ni je pown aku dah suka ya amat hahaha.

So Tata.

Friday, May 4, 2012

1st Outing!

Omaknya tak sabar2 tunggu hari ke-45. mau jalan2 sakan lah kononnya. tapi Abi keje, so Ibu bawak Hafiy jalan2 dengan Ayah Chik je la yer..

1st trial bawak Hafiy jenjalan naik stroller. Ibu pown baru 1st time bawak kete selepas sebulan setengah tak pegang stereng. nebes tau! hohoho. Ayah Chik jadi baby sitter, pegang Hafiy kat sebelah :)

Ala.. bukan pegi mana pown.. pegi Mydin saje hehehe.

Gelagat si Hafiy

Sampai jer dekat parking, bagi susu dulu siap2. "Perut kena kenyang, baru lah hati senang, kan Ibu?" hehehe. lepas minum, masuk stroller.

"Best lah tido kat sini. sejukkkk jer"

"Tapi... apa yang bau busuk ni Ibu!! :D"

Tak lama lepas tu terjaga lah si budak kecik ni..

Muka dah excited dah

Emmm.. kita kat mana ni Ibu? banyaknya lampuuu

"Ehhh apa tu??"

"Kita suka lah jalan2 macam ni Ibu"

"Lain kali nak datang lagi lahh!!!"

Alhamdulillah, Hafiy tak banyak ragam. tapi aku dah pam susu siap2, letak dalam botol. bila dia lapar, aku bagi jer lah susu tu. senang sikit kan. tengah2 beli barang takkan nak berkejar keluar cari nursing area. potong mood nyoping lah gitewww hohoho.

Ok cakap pasal botol, Hafiy takde masalah nak minum pakai botol pown. aku guna Tommee Tippee. setakat ni dia ok. senang sikit nak bawak ke mana2 or nak tinggal sekali sekala kan. gud boy anak Ibu :)

Bila dah kenyang, tido balik jer laa :)

So first trial bawak Hafiy g jenjalan = LULUS.

Boleh jalan2 lagi yer pasni! hehehe.

Lepas ni nak cuba driving berdua pulak dengan si kecik ni. cuba letak dalam car seat pulak :)

So Tata.