Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, September 28, 2014

Mood Datang. Eh Entry Raya Kot.

Tiba-tiba rasa nak update blog.
Jadik baiklah update cepat-cepat sebelum mood kembali menghilang dibawa angin lalu.
Gitteww.

JK sebenarnya haha..
Tak tau apa tu JK? gi duk jauh-jauh :D

Ginilah haku, dah tenggelam timbul jadinya.
Kadang-kadang rasa nak tutup jer blog ni.
Tapi serius, sayang okay.
Bila baca balik entry-entry lama, rasa best sangat.
Rasa mengimbau kenangan sangat.
Rasa rugi tak letak semua dalam ni.
Bukanlah semua, mana-mana yang termampu nak coret.
Kalau nak tulis semua, baik tulis diari kat rumah tu.
Pergi tandas terberi-beri sebab ceri-beri pun tulislah semua kat situ.
Takde sape nak kata ieewwwww :D

Hmm nak tengok gambar raya tak?
Hahaha malu giler rasa nak tempek gambar raya aidilfitri kat sini.
Lagi 7 hari jer ok nak raya haji.
Eh jap, ke nak letak sekali nanti 1 entry dengan raya haji? Hahaha....
Mengundang lagi ketangguhan kat situ.

So ok lah nah gambar raya kami bertiga barang seketul 2.
Mintak halal yer :D


Malam raya, melayan anak-anak buah iaitu cucus Haji Kamal Din & Hajjah Jamaliah.
Masak-masak menu raya, kemas-kemas rumah.

Raya pertama.


Warna temanya seperti di atas.
Ku tak pasti apa warnanya tu :D


Raya ke-2 gambar tak tau mana pegi.
Ni raya ke-3, at my hometown Terengganu :)

Tengah malam raya ke-2 baru gerak balik tahun ni.
Eh bukan tengah malam sangat la, dah pukul 4 pagi baru gerak.
Berhenti makan n tido dekat RNR Temerloh.
Tiba-tiba masa nak sambung perjalanan, mak call, pukul 8 pagi.

Kakak kat mana?
Dekat Temerloh mak, baru gerak ni.
Kenapa lambat sangat? Sempat tak nak gi kenduri Hafiz ni?
Hahh kenduri? Hari ni?
Yer, lepas zuhur kang nak pegi akad nikah.

Awat mak tak bagitau awal-awal oiiii....
Kalau kami tau idok ler kami gerak dari Shah Alam lambat-lambat.
Ayoyoyoyo T_T
Terus hubby bawak kereta tanpa berhenti dah.
Siap tampar-tampar pipi sendiri sebab mengantuk hahaha.
Tapi ku di sebelah sambung tido :D


Raya ke-4 majlis bersanding sebelah perempuan pulak.

Raya ke-5 kami pergi mandi sungai dekat Lata Payong nun di Setiu kalau tak silap.
Gambar takde dalam fon ni.


Raya ke-6 kenduri sebelah lelaki.
Betul-betul sebelah rumah.
Jalan kaki seploh langkah pun dah sampai :D

Raya ke-7, pergi shopping barang macam biasa.
Tiap-tiap kali balik kampung macam ni la.
Dah nama pun jarang balik huhuhu..

Lepas isyak malam tu jugak gerak balik.
Isnin tu memang kami ambik cuti lagi.
Masa untuk berehat-rehat sebab selasa dah kerja.


Buat potluck raya dekat ofis.
Eh putihnya hakuuuu.
Jahat tau lighting :D


Beraya dekat rumah ex-officemate.

Ok itu jer cerita raya.
Gambar banyak tapi semua aku dah transfer.
From kamera, dari fon ni.
Pastu cerdik, semua pegi delete.
Malas ler pulak nak transfer masuk sini balik.
So apa yang ada aje lah.
Nasib baik ada :D

Sebelum mengundur diri, nah belanja sekeping gambar kontrobesi.


Ok bai :P

1 comment:

Unknown said...

Ini mmg kompomm kontrobesi habisss...kalah retisss fofuler...hahahaaaa