Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 16, 2014

Ohoiiiiiii PTPTN!

Lama menyepi kali ni.
Almost 2 minggu.
JK katanya hahaha..

Sebenarnya iolls adalah baru sahaja pulang dari pejabat PTPTN.
Kenapa dan mengapa paham-paham sendiri sudah :D

Dalam tibi, dalam paper, dalam internet, semua duk kecoh pasal CCRIS tu.
Ok bagi sesiapa yang tak tau lagi ataupun memang buat-buat tak tau (macam aku hahaha), PTPTN bagi tempoh sampai hujung tahun ni jer which is 31 December 2014, untuk berurusan dengan mereka ataupun membuat sebarang pembayaran sebelum nama anda dimasukkan ke senarai CCRIS.
Tak tau CCRIS tu amende?
Silalah google yer.
Kalau anda berhajat nak buat apa-apa loan lepas ni, jangan harap boleh lepas bila nama dah tersenarai dalam CCRIS tu.
Paham ke tidak ni?
Tak paham cepat-cepat google yer.

Aku ni bukan tak tau pasal ni, tapi buat-buat tak tau.
Buat-buat tak endah.
Mak mertua dah banyak kali remind.
Siap kasi keratan akhbar dekat menantu.
Menantu pulak ambik, simpan dalam handbag lipat kecik-kecik supaya susah nak nampak :D

Kalau nak tau kan.. eh nak tau ke?? Hihihihi..
Aku ni dah habis belajar dari 2008, bulan 12.
Tapi sekarang dah bulan 12, 2014, genap 6 tahun.
Satu sen pun aku tak pernah bayar okeh.
Satu sen pun tak.
Nama confirm la dah kena blacklist dekat Imigresen nun kan.
Oleh sebab memang tak ada pun nak ke obersea ke apa, so lagi la aku buat dekkkk jer.
Now, bila PTPTN dah announce kata nama akan masuk CCRIS tu, gelabah la ohoooiiii.
Aku yakin aku adalah salah seorang yang tersenarai ahahahaha..

Semalam dah request dengan boss, nak ke PTPTN pagi ni.
Sebelum apa-apa dah kena bebel dengan boss katanya pinjam duit tak nak bayar, banyak teruk la ini orang hahahaha..

Ok ok kami pergi bayar yer boss.
Kasi kami cuti half day naaaa :D

Pergi bertiga dengan kawan office jugak.
Semua jenis liat nak membayar.
Tapi aku la yang paling melampau sebab dah 6 tahun berlalu :D


Kami pergi dekat Menara MRCB jer, sebelah Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


Tak ramai orang pun masa ni, dalam pukul 930 pagi.

First benda aku tanya, macam mana nak clearkan blacklist Imigresen tu.
First thing dia suggest, tukar ke Ujrah.
Ujrah tu amende?


Aku tak reti nak explain sangat tapi masa aku ambik loan PTPTN ni dulu, guna kaedah konvensional.
So sekarang dia suruh tukar ke Ujrah, which is pengurangan Kos Upah dari 3% ke 1%.
Weh serius tak reti nak explain, sila la bukak web PTPTN sendiri yer.
Then lepas tu dia cakap kalau nak clearkan nama dari blacklist, kena bayar kos pentadbiran plus amende entah lagi, total RM1k.
Memang dalam bajet nak bayar banyak tu.


So ok la, bayar jer untuk menyelamatkan keadaan walaupun jariku berat untuk keluarkan duit dari purse -_____-

Tapi nak tukar ke Ujrah ni leceh jugak.
Once dah settle ni, kita akan dapat perjanjian baru.
So perjanjian lama kiranya write off la.
Perjanjian ni kena matikan setem bagai.
Tapi tadi pegawai tu just mintak 2 keping setem hasil, dia akan tolong matikan.

So aku pun malas nak datang banyak kali, kasi settle terus jer hari ni jugak.
Pejabat pos yang terdekat ada dekat Kompleks PKNS.
Jalan kaki jer kami ke situ.

RM20 untuk 2 setem hasil, RM10 each. Nyempat ajer nak posing kannn :D

Eh eh eh lapar la pulak perut ni.
Maklum ler tak sempat nak beli nasik lemak paru goreng pagi tadi :D
Breakfast dulu yuk!


Settle makan, window shopping sikit hahaha pastu pergi balik ke pejabat PTPTN tu.
Tapi agreement Ujrah yang baru tu belum available pulak.
Sebabnya banyak proses kena buat.
Nak clear nama dekat Imigresen, nak settle saman (dah ada saman aku ni yer), so take time.
Jadi pegawai tu cakap dia akan emailkan agreement baru tu, aku lekatkan setem hasil and pos balik dekat dorang.
Tapi perjanjian tu valid dalam masa 14 hari jer, so kena cepat.
After dah settle tukar ke Ujrah nanti, kita akan dapat 1 Jadual Bayaran Balik (JBB) yang baru.


Ok just received an email from them.
Cepat dan tuntas nampaknya servis PTPTN ni.
Terbaik!!

Ok sebelum ni kalau ikut perjanjian lama, aku kena bayar monthly dalam RM260 selama 120 bulan/10 tahun.
Now dah tukar ke lebih kurang RM200 jer untuk 180 bulan/15 tahun.
Perghhh sampai ke tua bayar hutang hahaha..


For those yang nak buat rayuan untuk kurangkan monthly installment, dekat atas ni contoh borang dia.

Tapi sekarang yang pasti nama aku dah clear and tak akan masuk CCRIS.
Itu yang penting :D


17 Disember (eh esok la baru perasan), PTPTN Negeri Selangor ada buat Hari Terbuka.
So for those yang nak buat apa-apa, or tanya apa-apa tu boleh la berkunjung.
Korang yang belum insaf tu, cepat-cepat la bertaubat hahahaha..
Tak payah bayar banyak pun takpe, janji bayar.
Sebab yang risiko paling tinggi untuk disenaraikan dalam CCRIS tu nanti adalah mereka-mereka yang langsung tidak pernah membuat bayaran walaupun satu sen, ataupun mereka-mereka yang memang diam membisu tak hubungi PTPTN langsung.

Aku ada jugak hubungi dorang tu, 2 tahun lepas.
Sekali tu jer la pun.
Bayar?
Tadi la first payment aku setelah 6 tahun :D

2 comments:

Julia Johari said...

Review yang bagus....julia dulu pun kena blacklist wpun pernah bayar sikit...and then terus bayar saman 2k dan total semua 21k...fuhhh sebabnya nak clear nama dari imigresen nak buat umrah...terpaksa keluarkan semua duit simpanan kerja...you tahun 2008 ye graduate? i penghujung thn 2007...fuhh lepas dah clear nama hutang legaaaaaaa buat umrah...cuba buat simpanan byk di ASB ye...nanti dividen tu tolong bayar PTPTN you...tips

kakashi_ecah said...

Slm sis... sy tgk u ada mention byrn sebelum ujrah & slps ujrah.

"Ok sebelum ni kalau ikut perjanjian lama, aku kena bayar monthly dalam RM260 selama 120 bulan/10 tahun.
Now dah tukar ke lebih kurang RM200 jer untuk 180 bulan/15 tahun."

mcm lg byk je slps ujrah... btl ke?