Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 24, 2010

Perfume Hunting

Semalam pergi ke IOI Mall, Puchong, mencari barang hantaran yang pertama. Agak teruja di situ. Misi untuk mencari perfume. Pusing² satu IOI tu. Maklum la aku bukannya pandai sangat bab² cenggini. Bukan pandai sangat pasal perfume. Aku bukan branded punya orang la weh!! Ikut direction yang member aku bagi, katanya dekat situ ada satu kedai yang jual macam² jenis perfume. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa lah. Tapi aku agak konpius sebab ia hanyalah sebuah stall kecik. Sales girl pown macam kerek jer. Nak tengok pown tak selera. Last² aku tak cuba satu pown perfume kat situ. Haha.

Last choice, masuk dalam Jusco. Memang ada jual perfume jugak. Oh kakak yang baik hati buat aku malas nak pikir panjang. Lagipown kakak tu sarat mengandung. Tak sampai pulak hati aku nak dera dia dengan karenah aku. Memang tak banyak choice. Tapi aku malas nak pikir dah. Lagi banyak pilihan, lagi pening kepala otak aku. Nak wat camne, jenis yang agak jakun. Mana buleh bau perfume banyak², mula la pening² nak muntah. Haha. Pilih punya pilih, ada la dalam setengah jam (kata tadi tak lama haha). Akhirnya dapat la 2 sets of perfumes. One for me, and one for him.

Senang jer aku wat choice. Mr Busy lagi la jenis senang pilih. Kalau dia rasa dah ok, terus sambar. Malas nak pikir panjang. Nak tunggu sale? Ala bape percent sangat la dicsount yang dorang bagi tu. Beza la dalam 20-30 hengget kot. Confirm bersesak-sesak kan. Bukan Mr Busy la tu weh. Baik aku beli terus jer. So perfume yang jadi pilihan, Love of Pink by Lacoste for me and Desire Blue by Dunhill for him. 90ml perfume and lotion for me at RM276 and 50ml perfume with 3 other items at RM284. Habes duit weh T__T. Aku dapat travel bag free and Mr Busy dapat towel free. Nak masukkan sekali dalam hantaran katanya. Ok jugak kot. Haha.

Lacoste tak glemer ya? Aku peduli apa. Janji aku suka bau dia. Kalau setakat beli sebab glemer, baik tak payah. Hidup ni jangan terlalu ikut orang. Kelak merana. Peace! :)

So Tata.

2 comments:

amni said...

hubby aku pun pakai lacoste masa buat hantaran dulu maisarah..besday dia thn ni aku belikan tommy (sbb murah sikit)..tp, dia merepek, nk lacoste jugak..ok laa tu lacoste..

Mysarah Rahman said...

hahaha. dulu bukan aku tau pown jenama ni. budak opis aku duk kate tak glemer. biar lah. apa aku kesah ;D