Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 14, 2012

Amalan Cukur Jambul

Moh baca ni. sangatlah berguna.


***************
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.

Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. 

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik. 

Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. 

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. 

Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.


Dikeluarkan oleh  Syukbah Dakwah  dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah - Siri 47/06



******************

Rasanya kat sini clear kan yang mana satu sunnah yang mana satu adat?

Aku memang berniat nak buat akikah Hafiy seawal yang boleh. tapi nak buat macam mana, niat tak kesampaian. insyaAllah lambat macam mana pown, satu hari nanti mesti akan buat jugak.

Tahnik, aku tak buat. sebab, aku tak tau. buleh? hahaha. nak buat sekarang macam dah lambat sangat lah pulak kan.

Pasal cukur rambut pulak, aku buat masa hari ke-35. nak cukur awal tak boleh sebab kepala Hafiy ada banyak ruam putih2 tu. orang tua panggil apa entah, aku lupa. tapi banyaaaaak sangat kat kulit kepala dia. risau bila dicukur nanti, luka pulak. so better elakkan. tapi masa cukur tu pown ada lagi sikit yang tak perasan. kena buat sehabis teliti lah masa tu.

Tapi yang mencukurnya bukan Ibunya, bukan Abinya. dua2 tak berani hahaha. last2 mintak tolong kak ipar hubby. dia memang handal bab2 rambut ni herherher.

Day 35 - Sebelum dicukur. dah panjang betul rambut dia masa ni

Eh tapiiii ingat senang ke nak kasi siap? mulanya elok jer dia tido. bila ada orang usik2 kepala, mula la menggeliat tak tentu arah. last2 terjaga.

Aku guna taktik lain, kasi susu sambil kak ipar buat keje dia. dia tak duduk diam jugakkkk. tak sempat siap pown.

Bila dah geram sangat tau aku buat apa?

Aku pegang kepala dia. kejam giler! hahahaha. meronta2 sambil duk mengerang. aku buat dek jer sampai lah siap. kalo tak buat macam tu memang separuh ajer lah kepala dia dogol hohoho.


Akhirnya! almost 1 hour jugak nak kasi settle. lepas cukur, terus macam panas badannya. rasa lain kot kepala dah ringan hohoho.

And the latest me, Hafiy Al Zikry

 Day 59

"After 24 days, kepala saya masih lagi gondol lah. cuma dekat tengah kepala jer tumbuh sikit rambut. Mak Tok kata dah macam Upin Ipin daaa hahaha"

So Tata.

4 comments:

luvira said...

ira memula nak cukur rambut awal, masa hari ketujuh...tapi masa hari ketujuh tuh, alysa kene kuning, so asek ulang alik spital...

sudahnye hubby tak mo bagi cukur..sebab dia kata alergik tgk org botak..takkan lar nanti anak dia nak botak plak...so ikutkan aje...

ira buat akikah masa hari ke 62, siap ngan tahnik n gunting rambut sikit2...

Aty Fared said...

aty pon cukur rambut qaleef lmbat..same cam sarah ar..semua tak berani..sudahnyer kak fuzah tukang urut tu yang buatkan...tu pon tah mnggu keberape tah..huhu

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

elin x buat pun cukur jambul amani. lahir mmg rambut x der. buat aqiqah jer.

nih pun berjeman nak tunggu rambut amani panjang..rasa nak botak kan jer kasi cepat panjang ;p

Nurul Aziz said...

Saya baru semalam buat akikah/cukur jambul botak kasi licin semua. Nak buat hari ke-7, masa tu still tak berapa sihat, ni dah 3bulan++ baru berkesempatan. Huhu..