Tajuk lebih panjang dari biasa.
Mesti mesti mesti mestiiii ada di kalangan korang yang mengalami benda yang sama macam aku selalu alami.
Ok gini.. korang ada kawan. lamaaaaa giler dah tak contact ni. cuma friend kat pesbuk jer. just follow update masing2 jer. komen pown jarang or even tak pernah pown. dulu pown memang lah tak rapat mana.
Tetiba kan.. tiba-tibaaaaaa dia chat dengan kita. mesti kita pikir:
"Eh tetiba jer dia ni"
Biasa kan? but just think positive lah.. dia nak tanya khabar kawan lama tu. dia say "Hello" kita pown balas lah nicely. tanya dia duduk mana, keje mana. dia pown tanya benda sama. baru 2, 3 soalan terus cakap "Eh dekat jer rumah kita.. bagi no fon n alamat, nanti ada masa leh aku singgah rumah"
Haaaa curious tak, curious tak??? lama tak sembang, baru tanya duduk mana, terus nak datang rumah. dah boleh smell something fishy tak kat sini?
So aku terus lah jadi spy (konon) skodeng lah wall dia.
Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo berbisnes rupanya!
No wonder lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Ok kat sini bukanlah aku nak kondem ke nak kutuk ke nak tutup periuk nasik orang ke. mintak maaf awal2. tak ada langsung niat macam tu ok.
Cuma yang aku nak tekankan kat sini. kenapa mesti selepas berbelas tahun tak berhubung, dah lama tak jumpa, tiba2 terus niat ke arah bisnes aje? tak boleh ke niat tu biar betul sikit? nak bisnes pown bisnes lah, bagus. nabi pown galakkan umat dia berniaga. tapi cara tu biar lah betul. jagalah perhubungan kita sebagai kawan.
Apa salahnya kita rapatkan dulu hubungan yang dah renggang tu. bila dah makin mesra balik, baru lah nak selit2 apa yang patut. rasanya lebih elok. kawan pown tak lah sentap sangat terus nak masuk line jer. yer dak?
Ok cakap terus terang la eh kat sini. aku ni kalau dah kawan aku tetiba buat macam ni kan, mesti mesti mesti mesti aku terus rasa nak ignore je dia. ikut hati rasa macam nak delete terus jer sebagai kawan. ikut hati lah kan. kalau ikut naluri sebagai kawan tidak lah aku sanggup.
Jadi lagi sekali aku mintak maap lah kalo entry ni ada menyentuh perasaan atau sensitiviti mana2 pihak yer. bukan niat nak mengkondem sesiapa yer, cuma meluah isi hati yang dah lamaaaaaaa terpendam.
Layan budak moncong ni lagi bestttt
So Tata.
6 comments:
dah agak dah mest mlm....;p
dah ku agak harussss MLM kan?kan?kan? ;p
bukan kawan je..kadang sedara mara yang dah lama tak contact, tetiba bagi salam kt chat pun risau nak reply...sebab selalunya nak jual barang lah tu..huhu..sllu terkena..
nak mssg sarah sekarang pon selalu rase macam tak sempat..[ehh..tetibe] heheh...sedang ade bende nih nak borak...:) biler dah balik umah terus mengadap anak...kat opis tak besh pulak..:)
pernah jd mcm tu kat mia..kdg2x bengang gak..rupanya dia contact psl nk bisnes...br tersedar ble dia byk tag di fb....
mesti buat mlm. tidak sah lagi. hehehe
sarah! nak order tat nenas ke? reen x bukak order kat blog. apa2 inform yer.
*eih ini bukan mlm. hehehe
Post a Comment