Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 23, 2012

Hafiy Al Zikry 4 Months Old

Lambat update lagi huehuehue

*************

Bulan ni tak ada checkup pown. aku siap call klinik kesihatan tu lagi tanya betul ke tak payah datang untuk 4 months checkup sebab kawan aku yang anaknya sebaya Hafiy ni kena pulak. tapi nurse kata kalo dah betul nurse masa last checkup kata tak perlu, so tak apa. sebab bulan ni tak ada cucuk pown.

So Ibu jadi nurse di rumah, timbang guna penimbang dekat rumah (digital. lagi canggih dari klinik punya herherher). tapi nak timbang dia sorang2 memang ler susah. bukan macam kita boleh duduk diam. so guna jalan lain. mulanya aku naik, tengok berapa kilo, lepas tu dukung Hafiy, tengok berapa kilo. lepas tu tolak, dapatlah jumlahnya hehehe. n now berat dia adalah 7.0kg.

4 months old's progress:
  1. Meniarap. dah makin mahir. pusing ke kanan lebih terror berbanding kiri. sekali pusing selalunya dah berjaya. tapi kadang2 tangan masih jugak tersepit kalau tak kena cara pusingnya. kadang2 dah boleh gerak sikit2 ke depan n kadang2 dah berjaya pusing2 ronda2 kawasan hehehe. kepala pown dah boleh dongak tinggi.
  2. Mandi. dah boleh mandi dengan air sejuk yeayyy! senang keje ibu hehehe. mula2 dulu menangis jugak, tapi aku ajarkan slow2. n sekarang dah tak nangis lagi dah, cuma tangan kaki badan sume keras hahaha. dulu mandi dalam bath tub, sekarang mandi sinki saje sebabnya Ibu dia malas nak sedia air hahahaha.
  3. Menyusu. masyaAllah kuatnya mengempeng sekarang! cepat jer diapers penuh tau. prefer menyusu sambil baring. n janganlah ada yang menyembang tepi telinga dia time dia menyusu. dia akan ketip cik N aku, tarik ke tepi, tengok orang yang tengah bersembang tu. sakit okayyyy.
  4. Tido. tak boleh ada gangguan, tak boleh ada bunyi bising langsung. kadang2 bunyi aku on off suis plug pown dia boleh terjaga. n paling haru bunyi aku tutup ketip bra pown mata dia boleh celik balik T___T. so selalunya even siang pown, aku akan tidokan dia dalam bilik. lepas dia lena, turun katil slow2 baru tutup bra hahahaha censored gila bunyiknya :D
  5. Nak kita ada depan dia 24/7. tinggal kejap uwaaaaa. tinggal kejap uwekkkkkk. haiyoooo memang susah mau buat keje sekarang kalau Abi dia tak ada or kalo dia tak tido.
  6. Mula berjinak2 untuk merampas barang yang ada di tangan kita especially henpon. kalo tak bagi mengamuk macam sakit kena lempang hahaha.
  7. Tak berapa suka baring dah. nak duduk atau berdiri sahaja most of the time.
  8. Dah pandai untuk cuba keluar dari bouncer!
  9. Mula menyembur T__T


Kita dah besha!!!

So Tata.

1 comment:

Anonymous said...

murah betul senyuman dia =)