Friday, July 27, 2012

Reject Botol Susu.. Mentah2!!

Ayoyoyoyoooooo!!

Oleh kerana dah lama sangat tak bagi budak sorang ni minum thru botol, dia dah tak mau!!

Mula discover masa aku pegi interbiu last week. dia stay dengan Abi kat kereta. masa tu dia baru bangun tido. tak nangis pown, tapi Abi dia saje la suap susu sebab takut membazir jer kalo tak guna. tapi Abi dia kata, dia gigit n tarik puting botol tu macam dia buat dekat cik N aku. pastu mengamuk2 berebut botol tu. bukan nak minum tapi nak main. aku iya kan ajer la...

Then ada satu malam tu aku kemas stok EBM kat fridge. pastu ada pulak yang terjatuh n pecah bekasnya. nak simpan memang dah tak boleh, so aku thaw kan, kasi dia minum.

Ini lah reaksi dia pada botol susu tersebut.


Digigit, ditarik, disembur. langsung dia tak telan. aiyoooooooooooo!

Macam mana Ibu nak tinggal kalo Ibu dah keje nanti ni??

Parah.. parah..... huhu

So Tata.

Thursday, July 26, 2012

Bobo Si Caterpillar & Gugu Si Monkey


Hai aunties2, uncles2, kawan2 semua!

Ulat tu namanya Bobo, monkey merah tu pulak namanya Gugu. nama ni sume Ibu la yang bagi..


Gugu sama merah dengan kita. Ibu tu memang, selagi ada warna merah, semua dia nak warna merah tau.


Kita tido pown Gugu teman :)


Ini pulak Bobo si ulat bulu. tapi kadang2 Abi suka panggil Bubu. apa2 ajer lah Abi :P


Kita sayang Bobo kita!


Iyahhhhhhhhhhhh..



Gedebushhhhhhh......


Panjang betul Bobo ni tau.. ada huruf A sampai Z. sebab tu la panjang :)


Tarik sesungut dia!


Hek hek hek.. muka kita sama bulat dah macam Bobo :D



Kenapa Ibu asyik ambik gambar kita ni??


Comelnya hidung dia.. warna merah!


Nyum nyum nyum.. sesungut Bobo ni sedap lah. ada perisa stroberi :D


Halamak.... sampai juling mata kita! hahaha


Eh eh eh.. sama la pulak macam mata kita! hehehe


Huruf2 dekat badan Bobo ni boleh cabut tau. nak tengok?


Ha.... berjaya!


Kita sayang Bobo & Gugu!



Terima kasih Ibu, terima kasih Abi!!

So Tata.

Wednesday, July 25, 2012

Tersedak Susu

Kejadian berlaku pada lebih kurang pukul 200 di pagi 5 Ramadhan.

Macam biasa, bawak si kecik tu masuk tido. lewat dah, dah pukul 130 macam tu (dia memang biasa tido lewat bangun lewat macam maknya hahaha).

Susukan dia atas katil sambil mengiring. mula2 bagi sebelah, minum lah dia. minum punya minum punya minum terlena lah dia. aku cabut cik N dari mulut dia. tengok dah lena betul dia tido. aku betul2kan badan dia pown bo layan jer dah. pastu aku lelap lah sekali..

Tak sampai berapa minit, tetiba dia macam terkejut, terjaga balik. aku bagi la minum dari belah lagi satu (satu perangai dia sekarang, even dah kenyang minum dari satu belah, kalau aku sua lagi sebelah pown dia akan minum macam haus bebeno). so minum lah dia. tengah dia minum tu aku rasalah susu tengah laju keluar. dia pown laju jer hisap (kalo tengah susu laju tu dia memang suka, lagi kuat dia hisap).

Minum punya minum.... tetiba dia tarik mulut dia. aku tak tido lagi masa ni. aku tengok jer dia. dalam hati "Kenapa pulak dia berhenti. jarang macam ni". cahaya dalam bilik pown suram2 jer sebab dah tutup lampu besar. sekali aku tengok dia macam tercungap2. "Ya Allah anak aku!!!"

Sepantas kilat aku angkat dia, pangku atas riba, tepuk belakang dengan kadar yang laju dan dalam masa sama menjerit "Awakkkkkkk!!!!!" (hubby aku tengah tengok tv lagi kat luar masa tu). terkocoh2 dia masuk bilik!

Aku tepuk belakang Hafiy, n tetiba dia muntah dengan kadar yang sangat banyak (tak pernah muntah macam tu sekali). habis baju aku, baju dia, cadar, sume lencun. dengan kahak, ubat yang baru makan sume keluar sekali (dia baru baik dari demam. tapi batuk n selsema belum hilang). lembik jugak lah aku tengok dia. ditenung jer muka kami laki bini yang kelihatan seperti baru lepas nampak gajah terbang hahaha. mau tak risau???

Tapi tak lama pown dia buat muka konpius. terus menyengih jer lepas tu ingat kitorang tengah mengagah dia. padahal mulut kami duk potpetpotpet tanya itu tanya ini kat dia (ko bajet anak ko paham la kan??? hahaha). biasalah kan.. bila jadi benda yang unexpected ni, mulut kita, tingkahlaku kita pown ikut sama lah unexpectednya herherher.


Sesi menukar baju di kala hening pagi huhuhu.

"Hmmm... apesal Ibu ngan Abi tadi cemas semacam eh? hmmmmmmmmm pelik kita..." 

Dah siap tukar baju semua, aku tidokan balik. tapiiiiii fobia ok nak suakan cik N kat mulut dia. duk berdebar2 tak abes lagi. tapi budak yang sorang ni bukan senang nak tido tanpa menetek (most of the babies memang macam tu kot kan?). mulanya nak kental hati la, konon tak nak bagi dulu. tepuk2 jer bagi dia tido.

Tapi takde maknanya. dia duk menggeliat sana menggeliat sini pusing kanan pusing kiri carik "buah hati" dia hahaha. suakan lah jugak. baru berapa saat, terus terpejam rapat mata dia.


Tapiiiii sumpah aku tak berani nak lelap masa dia tengah menyusu tu huhuhuhu. fobia okayyy!

Tido malam tu pulak dia asyik terjaga sebab batuk. tiap kali dia terbatuk tu jugak la mata aku akan terbuntang luas tengok dia. tapi walaubagaimanapun tido tetap harus ada style.


Tak lama lepas tu, Abi dia bangun pegi toilet. aku lena masa ni. tetiba hubby kejut aku.

H: Cuba tengok Hafiy tu
A: Ya Allah.. bila masa dia pusing ni???

Keadaan dia masa tu adalah meniarap n makan space yang besar sampai Abi dia kena tukar posisi tido hahaha.

Sebelum 

Selepas

Baek punyaaaa awak makan space katil yer. nasib baik katil king nak oii. kalo queen, konpem tempat Abi  selepas itu adalah di atas lantai hahaha.

Tapi apa pown, alhamdulillah...... Hafiy tak apa2. syukur syukur syukur syukur.......

So mommies2 semua, please berhati2 yer. tak nak lah apa2 yang buruk berlaku kan. kalau nak menyusukan anak sambil baring tu, make sure janganlah kita terlelap dulu selagi anak belum lena. bahaya tau! dulu aku selalu dengar kes2 baby tersedak susu macam ni dari orang. n now dah alami sendiri, sumpah menggigil mak uolls!

Apa yang mampu kita elak, kita elakkan lah.

So Tata.

Wordless Wednesday #5

Tuesday, July 24, 2012

Uncle Bob Fried Chicken


Seronok dia dapat tengok dunia luar.

Pernah makan Uncle Bob Fried Chicken? ok aku baru first time jer try ni sebab ada cawangan baru bukak dekat area rumah aku. dulu aku selalu tengok Uncle Bobs Fried Chicken ni dekat pasar malam. tak pernah pulak rasa nak try. tapi bila nampak dah bukak kedai ni, "Eh macam menarik jer. best sangat kot sampai dah berjaya bukak kedai sendirik ni" Ha gituuu.....


Tak nampak pulak menu2nya kat situ. tapi menu dia tak banyak pown. ada fried chicken, popcorn chicken, sweet potato fries, hotdog cheese, nasik lemak. tu jer kot aku rasa.


So hubby makan set Uncle Bob's Fried Chicken (RM9.50), aku makan Nasik Lemak Uncle Bob (RM8.50).

Pendapat aku, ayam dia sedap. rasa dia lain dari yang lain. spicy2 rangup2 gitu. sedap lah. aku suka. nasik lemak biasa jer la macam nasik lemak lain. cuma ayam tu jer yang menarik sikit rasa dia. boleh la cuba yer?

"Kita teman Ibu pegi interbiu tau.. tapi kita duduk dengan Abi kat kereta jer lah. lepas tu kita meraung sebab berebut botol susu dengan Abi hehehehe"

"Im a big boy oredi! :)"

So Tata.