Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, August 23, 2013

Terseliuh

Bukan maknya tapi anaknya.

Ini semalam petang punya cerita.

Macam biasa petang2 lepas ambik hafiy dari rumah pengasuh, pakaikan kasut kasi jalan satu taman.
Jalan saje2 ambik angin.

Entah macam mana la tetiba dia pegi lalu dekat lubang kecik kat tepi jalan.
Punyalah besar jalan depan rumah tu, ke longkang tu jugak yang dia pegi.

Kaki terpijak dalam tu.
Terjatuh lah dia...

Slow aje jatuhnya so aku tak take serious la. Nangis pon tidak..
Tapi bila dia bangun nak jalan balik, tetiba dia nangis, pegang2 lutut. Pastu sambung jalan balik..
Tetiba plak jatuh. Macam tak stabil.
Aku wat biasa2 lagi. Aku duk perati jer dia jalan..
Tiap2 kali tu jugak dia nampak macam sakit. Tapi jalan tetap jalan
Tetiba jatuh lagi..
Ishh hati dah tak sedap. Terus dukung balik rumah.
Kat rumah aku test2 lagik. Nak kasi konpem betul ke dia sakit ni..
Tepat sekali, dah terseliuh..

Cepat2 call Abinya yang belum sampai rumah.
Tapi bila Abinya dah balik, rilek jer boleh main kejar2 bola..
Aik budak ni sakit ke tidak?
Lama jugak la kitorang duk usha kaki dia.

Kadang nampak macam sakit, kadang macam takde apa2.

Takpelah carik jugak tukang urut.
Karang kalo esok bertambah sakit tak ke naya?
Mak ayahnya bukan ada kat rumah.

Nak dijadikan cerita, carik tukang urut pon 1 hal.
Kitorang dah biasa dengan sorang tukang urut ni. Tapi dia ada pantang..
Tak mengurut orang bila khamis malam jumaat..

Carik lagi yang lain.
Call yang ni tak angkat.
Call yang tu tak jawab.
Call yang sorang lagi katanya dia tak pernah ambik kursus mengurut orang hahaha. Orang yang bagi nombor, mana aku tau..

Call lagi dan lagi. Akhirnya jumpa. Legaaaaa!

Yang paling best sangatlah dekat dengan rumah.
Macam mana la selama ni aku boleh tak tau?

Call pakcik tu, dia kata datang pukul 10. Sebab masa tu, pukul 9 dah ramai orang katanya..
Baiklah. Bukan jauh mana. 5 minit jer kot dari rumah.
Sempat lagi kaum adam berdua tu berdengkur hahaha..

Sekali bila sampai...


Macam klinik okay..



Kena ambik nombor even bukan elektronik. But still aku rasa hebat jugak lah untuk tukang urut.


Ada disediakan katil jugak.


Mamat yang pakai seluar merah hitam tu nampak teruk jugak sakitnya.
Masa datang berpapah.
Nak balik berkerusi roda.

 

Budak yang nampak macam tak sakit langsung.
Siap boleh ronda2 kawasan.
Lari2, pusing2.
Sakit ke tak sebenarnya ni??

Dah dekat pukul 11 macam tu baru sampai turn kami. Orang last rupanya..

Pakcik ni sentuh2, picit2, rasa dekat dua2 kaki dia.
Katanya tak ada apa pon! Ok jer.
Urat semua ok.
Tak sampai 2 minit pon aku rasa dia cek.


Drama la awak ni nak!
Lepas tu siap boleh joget2.


Sabo jer lah.......

Pastu dah kejap sangat anak dah siap, Abinya pulak nak tumpang sekaki.


Kaki dia dah lama sangat sakit.
Main futsal punya pasal.
Yer lah dah bertahun tak main, tetiba masuk padang terus lari kejar sepak bola.
Terkejut la urat2 tu semua ooiiii.

Akhirnya urat tegang, cramp, tak elok2.
Nak solat pon susah.
 

Cek sana, cek sini.
Tekan sana, tekan sini.
Picit sana, picit sini.
Kurang dari 10 minit jer. Dah siap!

Upah seikhlas hati jer kata pakcik ni :)

Then aku tanya la pakcik ni..

Pakcik ada ngurut orang patah jugak ke?
Yang datang sini memang kebanyakannya yang patah lah..
Oooo yeke..

Maknanya mamat tadi tu patah kaki kot.
Nampak dia pegang2 peha dia.
Sakit tu... huhuhu

Dah keluar tu aku tanya la Hubby.

Camne, ok?
Okay. hilang dah sakit!
Biar betul awak.
Yer lah betul lah. Dulu nak bengkok kaki pon tak boleh. Sekarang dah boleh dah ni.
Takkan cepat betul boleh rasa.
Betul lah. Dah ok sikit. Rasa lain kaki ni. Tapi masa dia tekan tadi memang sakit giler lah. Rasa nak menjerit jer tapi control macho hehehe
Poyoooo......

Agak2 boleh percaya ke tak?

Dan2 lepas tu terus nak main futsal lagi hahaha.


Yang berpagar besar tu adalah rumah beliau.
Giler besarrrrrrr okay!
Nantilah kalau ada kelapangan aku tempek gambar rumah dia secara full.

Kalau nak cuba bolehlah datang:

Daud Bin Sirat
012-239 3247
Lorong Haji Said, Kg Jalan Kebun, Shah Alam.

So Tata.

5 comments:

DYatie ABakar said...

Hafiy saja nak test mama n abi dia. Hihihihihihi. Btw syukur tak der apa2 kan. N part cari tukang urut tu kelakar la jugak. Haha.

Tapi kan. I is seriously kagum hokey. Tempat urut mcm klinik. Rumah tukang urut tersergam..phew!!!

Unknown said...

hahaha hafiy,hafiy..hebat awk eh.hero btl..
pakcik ni mst dh lme jd tukang urut kn??

Aty Fared said...

oooo..umah besar tu umah die ker...tak tau pulak die tukang urut baik punyer...ritu fared dok mencarik...

MamaDaniel said...

wah.. bagusnya.. thanks for sharing.. :D

budak baru belajar said...

Tq for sharing