Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 11, 2013

Lampin Anak

Nampak benau belog mak-mak kannnnn.....

Takpe, untuk kenangan, dan mungkin untuk rujukan bakal2 ibu di luar sana?
Eceh.

Hafiy Al Zikry dan lampin pakai buang.
Of course pakai buang sebab bondanya tak cukup gigih nak kasi pakai cloth diapers tu.
Bagus memang bagus.
Jimat uwang, tapi mungkin tidak jimat dari segi masanya (bagi aku lah yer)
Nak membasuh, nak menjemur.
Stok kena ada lebih.
Kalau cukup2 jer karang anak tetiba cirit ke tak ke naya?
Tapi aku salute la kat korang yang gigih berCD.
Aku belum cukup lagi tahap kegigihan tu.
Kalau aku gigih pon, aku tak rasa pengasuh Hafiy akan layan kalau aku suruh pakaikan Hafiy CD.

Dulu, bubur pon dia tak kasi aku masak kasar2 sebab katanya lambat nak tunggu dia kunyah. boleh?
Padahal anak aku tu tumbuh gigi dah awal, 5 bulan dah start tumbuh.
Masuk 8 bulan, gigi dah 8.
Tapi makanan dia masih stok2 bayi ada gusi jer.
Dan sampai sekarang jugak lah menunya setiap hari adalah bubur (walaupon dah kasar sikit)
Dan dia sampai sekarang susah nak terima makanan yang jarang dia makan.
Nak buburrrrr jugak.
Pantang nampak aku bawak mangkuk dia, "Bu.. bo.. bu.. bo!"
Takpelah janji dia nak makan, alhamdulillah dah.

Eh maap tadi nak cerita pasal lampin tetiba jadik bubur.
Kena tukar tajuk agaknya lampin dan bubur hahaha ape jadahnya aku merepek ni.

Ok dah.

Sambung balik pasal diapers.
Dulu masa Hafiy masih dalam perut (tetiba terasa saat dia kick2 tu. ohhh rindu. sekarang kat luar pulak ibu kena kick T__T), ada standby beli beberapa jenis diapers.
Ai pernah tulis lah pasal ni.
Jap nak kasi link.
Ha ni dia.. NEWBORN DIAPERS

Masa tu aku beli 3 jenis.
Mamy poko (yang sangat glemer dan mahal itu), drypers dan pet pet.
Yang tu semua saiz newborn.
Yang mamy poko saiz S pon aku ada standby
Tu pon beli masa expo kat midvalley tu.
Murah la sikit kan..

Dan alhamdulillah Hafiy sesuai dengan semua jenis diapers ni.
Tak ada ruam, tak ada alahan.
Jadi bila semua stok tu dah habis, aku sambung beli pet pet pulak.
Sebab aku rasa ok.
Ada la dalam 2 @ 3 paket kot.
Tapi tak tau kenapa makin lama aku pakai aku rasa macam makin tak berkenan pulak.
Aku rasa material dia agak keras.
Macam kasar jer aku rasa.
Aku rasa lah.. orang lain tak tau lah kan.
So aku dah takmo guna yang tu dah.

Kebetulan pulak masa tu timbul pulak diapers baru which is Whoopee.
Dorang perkenalkan kat expo midvalley tu jugak tapi aku tak pegi lah.
Cuma baca review dari mereka2 yang pergi, yang beli dan dah cuba.
Majoriti kata saaaangat ok, sangat bagus, kualiti almost nak sama dengan mamy poko.
Amboi korang kemain puji melambung yer.

Dan aku apa lagi, mestilah terpengaruh.
Siap search, baca discussion dalam forum lagi.
Diapers anak jer pon hahahaha.

Then we (sebenarnya aku lah hehehe) decide nak try Whoopee ni.
Hubby on aje.
Bab survey, aku.
Bab carik idea, aku.
Bab carik info, aku.
Bab yakinkan, explain kat dia, aku.
Dia ambik bab last sekali jer, bab bayar hahaha.
Maklumlah ai masa tu suri rumah lagi.
Kan 6 bulan duk rumah jaga buah hati :)

And start dari situ aku dah jatuh in love dengan brand ni.
Memang aku suka sangat.
Tak bocor, breathable, pinggang ada getah, pelekat yang boleh bukak tutup banyak kali tu..
Semua yang aku nak pada sekeping diapers ada pada dia. gituuu....

Tapi tak semua budak boleh pakai.
Lain budak lainlah kulitnya.
Mungkin Hafiy ok, tapi untuk budak lain tak ok.
Kalau tak, buat apa ada macam2 brand di luar sana kan?

Dan sampai sekarang pon Hafiy masih menggunakan Whoopee.
Harga pon tak mahal.
Dulu2 masa mula2 keluar boleh dapat dengan harga RM25 jer.
Pastu naik sikit, naik sikit.
Sampailah sekarang harga pasaran adalah RM29.90.
Kemain naikkan harga kan..
Mentang2 dah makin ramai yang pakai, ye dak?

Kadang2 kitorang beli jugak drypers.
Bila ada promo2 tu kan.
Tapi masih jugak jatuh cinta pada Whoopee.
Apa yang bagus sangat entah hahaha...

Tapi kitorang selalunya akan tunggu time promotion.
Selalu Giant and Tesco la.
Minggu lepas Tesco buat promo.
3 hari jer, 6-8/9, Jumaat sampai Ahad.

Harga display masih lagi RM29.90.
Aku suka gambar baby dekat plastik dia tu.
Soooooooo cute!


Tapi sebenarnya harga dia lain.
Buy 2 for RM45.
Sepaket RM22.50 jer!
Giler murahhhh....

Apa lagi kan....


Kita angkut lah banyak2.
Memang ini kebiasaan.
Jimat banyak tau?

Masa nak beli tu aku jumpa 1 couple ni.
Anak dia 2 orang.
Husband dia macam nak ambik 2 paket tapi wife dia macam tak konpiden.
Pastu aku sajer je cakap kat hubby kuat2, "Betul lah awak 2 RM45. orang tanya kaunter tadi"
Terus brader tu angkat 2 paket hehehe.


Bagi botol jer sebagai upah.
Dia main tu jer lah atas tu.
Dan oleh kerana awak behave, nah ibu kasi upah lagi.


"Kalau tak berapa nak behave pon Ibu kasi jugak kan???" >>>> kata Hafiy
Hmmmm... yer la nak...

So Tata.

6 comments:

MizzTina said...

okeh..mmg murah harga tersembunyi dia.. bagus!!

OmakTwin said...

Since jadi mak2 nie pampers memang selalu kena tgk bile pi shopping mall.
Klu murah memang kena borong habis.
Tapi twin xleh pakai whoopee nie selalu tgk sales petpet dan drypers jea..

erin said...

Aish menangis klu naik ride ni, dia takut..hahaha, jimat duit mak

Emme Amalina said...

mmg ok eh whopee ni??tak pernah try tp rs2 mcm nak cuba jugak. b4 ni eusoff pakai pet2 siang.mlm pakai mamypokai.hahaha...material pet2 tu mmg keras sikit..tp skrg da mula pakai yg pants utk siang sbb MIL xlarat nak kejar dia bila nak pakaikan diaper. so far dah try mamypoko pants(pokai) & babylove growpants.tp still xpuas hati.huhu...

babylove night tape pun bgs.lg bgs dari mamypoko..tapi mahal la jugak..huhu...

kalau whopee ni ok,nak try la pasni!!tq dear... :)

Ratu Hatiku said...

murahnya... akk ank2 dah besar xpakai pampers lagi..tggu next plak insyaa Allah hihihi

Aty Fared said...

Teringin gak nk try whoopee tuh..sbb murah kan..tp risau nk beli sbb takut tak sesuai..ritu aty ade beli jename ape tah..tp tak sesuai..tu takut nk cube dah... skrg pakai drypers...