Tuesday, September 10, 2013

Raya Di Shah Alam

Assalamualaikum. Hai!

Cerita raya di kampung dah settle.
Raya di Shah Alam pon nak setori jugekk..
Tapi dah basi (macam biasa)

Bila ek gi beraya ni?
Jap tengok kalendar.
Ok 18 August, Ahad (giler berkurun dahhhhhh. dah masuk bulan Zulkaedah pon hahaha)

Kebetulan hubby tak keje.
Eh bukan tak keje cuma malam sebelum tu dia keje shift malam.
So pagi ahad tu baru balik.
Tido sekejap dalam 2 @ 3 jam gitu terus bangun siap2.
Sian kan?
Melayan isteri nak beraya konon.
Ehhh tapi dia memang kena pegi pon.
Ni rumah sedara dia ni.
Kalau tak pegi hari tu memang tak menyempat dah dengan schedule keje dia.

Sebelum bertolak

Kami beraya ramai2.
Maklumlah tahun ni semua turn menantu balik rumah masing2.
Jadi 3 famili sekali harung beraya sekali.
Tambah mak ayah, adik ipar perempuan nan sorang.

Tambah lagi dengan famili pakcik hubby.
Ramai jugak lah.
Sekali serang rumah orang kecoh kemain.
Rumah pertama ok lah sebab kami2 ajer.
Rumah kedua, masih kami2.
Masuk rumah ketiga dah bertambah 1 famili besar lagi ikut.
Sampai ke rumah yang dituju rupanya berfamili2 kau.
Padat sendat apartment orang.
Full house terus hahahaha.

Ini lah masalah aku. tak reti nak choose gambar. jadik kita letak banyak2

Meriah.. memang meriah.
Tapi ai tak ambik gambar la.
Ambik dekat rumah kedua jer.
Rumah lain2 tak kuasa nak bukak kamera.
Dengan anak yang makin melasak, tak nak dengan orang.
Kamera angkut tapi tak snap apa2.
Jadik malas agagaga.

Rumah pertama di Kinrara (kot).
Rumah kedua di Seri Kembangan (kot lagi).
Rumah ketiga di Putrajaya (konpem).
Rumah keempat di Sepang (betul kot hahaha).
Rumah kelima, taman sebelah dengan rumah ke-empat.
Ampun ai memang buta kawasan.

Rumah pertama menu ayam golek.
Rumah kedua menu mee daging.
Rumah ketiga menu mee goreng, nasi beriyani.
Rumah keempat menu nasi impit, rendang ayam, lemang, mee kari.
Rumah kelima menu nasi minyak (agaknya la) dengan rojak buah.

Semua menu tu selamat masuk perut.
Hebat kan perut aku?

Boss kecik dah siap bekal.
Orang lain makan nasik sedap2, makan ayam golek segala, awak makan bubur tuuuu la jugak.
Tak boring ke nak?
Ibu yang masak hari2 ni pon dah naik muak.
Bubur jugak yang dia mau.
Makanan lain kalau kita nak suap dia geleng2 kepala, lari bawak diri.
Nasib baik ai bawak bekal.
Kalau tak?
Kering la air dalam badan ai dia sedut hahahahaha.

Pukul 12 malam baru sampai rumah.


Dia orang pertama pengsan.
Tukar diapers tukar baju langsung tak jaga.
Dah la dari siang tak mandi.
Nasib baik tak kepam hahaha.

Sekian cerita raya kali ini.
Aku tak banyak pergi beraya rumah orang pon.
Orang datang rumah aku pon boleh kira berapa orang.
Anti sosial betul hahahaha...

Eh mana gambar tuan tanah?

Nah lah... seketul ni jer yang ada.

So Tata.

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Xpe..raya baru je hbs..blm.basi lagi..eheh

Umi Qi said...

Comel yer ibu dan anak.. :)