Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 18, 2013

Hujung Minggu Yang Panjang

Skemanya lahai tajuk :P

Isnin adalah cuti, jadi rasa cuti panjang jer kali ni.
For those yang tak tau, ai is working on EVERY Saturday ok.
Even half day jer pon still rasa membazir hari cuti ai.
Jadik bila dapat 1 day extra leave pon dah rasa panjang ya amat cuti tu tau?

Jadinya marilah kita menggunakan masa yang ada sebaik yang mungkin.


Kita jalan2 ke Ipoh yaww!!
Attending my cousin's wedding reception, Ahad 15 Sept 2013 :)

First time sampai ni.
From Shah Alam lebih kurang 2 jam setengah perjalanan.
Guna PLUS highway, exit simpang pulai.
Senang ajer rupanya.
Kami takde address.
Pengantin cuma bagi direction, kami ikut.
Tiba2 dah sampai hahaha sempoi giler jalan kali ni.

Sampai jer, singgah homestay dorang kejap.
Rombongan dari Ganu dah sampai a day before.
Jauh la katakan..
Then bila sume siap, terus gerak ke dewan.


Rombongan Cik Kiah ;)


No pelamin.
Atas stage terus buat meja makan beradab.
Ok apa kan?


Anak teruna nan seorang ni kita kasi dia diam dengan kismis ni jer.
Sebelum tu dah makan.
Bawak bekal siap2, suap masa on the way.
So bila sampai sini takde la dia lapar.
Dia kan mana nak makan makanan2 lain melainkan makanan dia.

Tapi ada pulak sorang mak cik ni boleh cakap.
Makan kismis jer? letak la kismis tu, makan papadom ni.
Ehhh makan kismis lah elok mak cik. apedaaaaaa.......


Makanlah papadom 2 keping, kismis dekat 10 bijik.


Pastu dia buat main.
Takpelah janji awak duduk diam2.


Meja kami ada 4 orang jer.
Boleh makan sehingga menambah2 banyak2 kali :)
 

Pengantin :)
Dorang dah nikah 14/8 hari tu, time raya.
Tapi aku dah balik awal ke Shah Alam, tak dapat attend.
So this time usaha jugak lah pergi sampai ke Ipoh even ada orang tu baru balik keje di pagi Ahad dan belum melelapkan mata lagi hahaha.
Kesian dia :P
 

Kek pulut kuning yang akhirnya togel sebab ada budak duk mintak benda bulat2 tu.
Dia ingatkan ball.
Boleh??


Ini adalah photobooth.
Tapi ai tak nampak sorang pon yang pegi bergambar.
Malukah? atau tak tau kah apa kegunaan photobooth?


Jadiiiii... kami buat muka tak malu la merasmikan :D
Konon buat muka tak malu tapi panas jugak muka rasanya masa tu hahaha.


Anak dah boleh berlari, JUST MARRIED la sangaaaaatt.
 

Dan akhir sekali, rombongan Cik Kiah menghuru-harakan pentas.


Abes......

Balik dari kenduri, singgah homestay kejap.
Mandikan budak ni, suap makan lagi.
Dorang check out, singgah Ulu Kinta kejap.

 
Briged Utara.
Dapat masuk kat dalam ni uollssss.
Syok!

Pasal apa kami senang2 dapat masuk?
Sebabnya pakcik ai tu PGA (Polis Gerakan Am)

First time ok masuk tempat macam ni.
Tengok padang kawad dia pown rasa teruja.
Luas, besar, lapang.
Selalu tengok dalam tibi jer.
Kali ni dapat tengok live.
Terus terbayang2 dorang duk kawad hari2.
Kena denda, kena pumping, kena lari tengah panas.
Perghhhhh...

Ini tempat pakcik aku mula2 nak jadik polis dulu.
Tempat training ke amende eh nak cakap?
Entah tapi sini la tempat bermulanya kerjaya dia.
Dia cerita dulu pernah kena dera bergolek dekat atas bukit kat atas tu.
Golek dari atas ke bawah.
Pastu naik, bergolek balik.
Hebaakkkkk...


Buat kenang-kenangan.. :)
Bukan senang nak sampai ni.


Budak moody baru bangun tido.
Ibu buat gwiyomi ke amende tu hahahaha.


Senyum malu2 konon.


Senang jer nak kasi dia sengeh..
Ko jadik badut jer hahaha.


Budak rambut blond.
Setiap kali orang duk tanya pesal rambut dia kaler cenggini.
Mana lah ai tauu......
Keluar dari perut dah cenggini kalernya.


Sebenarnya ai naaaakkk sangat bergambar kat kete kebal ni.


Tapi takde sape nak layan.
Zoom dari jauh jer la T___T

Pastu mereka gerak balik ke Ganu, kami gerak ke Shah Alam.


Mulanya masing2 nak singgah Cameron dulu.
Tapi oleh kerana dah lewat niat dibatalkan.
Sekali semalam adik aku call bagitau dorang jadi pegi.
Ini tidak adil!!! gggrrrrrrr

Keesokannya, Isnin 16 Sep, kami ikut Mak Tok & Tok Wan pegi kenduri dekat FRIM pulak.
Abi keje, jadi Ibu ngan Hafiy jer follow Mak Tok Tok Wan :)


Lagak macam budak besar!

Habis cerita cuti Hari Malaysia.
Panjangnya entry ai kali ni :P

So Tata.

4 comments:

Unknown said...

gigi hafiey dh penuih dh.iman punye gigi xpenuh lg tau.huhu

Unknown said...

Hai..blogwalking.bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Aty Fared said...

heheh..memang panjang sikit lah..selalu tak sampai sekerat poooonnn.... ;p

Ayuni said...

Pulut kuning tu sangat menyelerakan. Teringin la plak.

Anyway, nak exchange link boleh sebab Ayu tukar URL ni from bnsyg-stories.blogspot.com to ayuni-stories.blogspot.com
Let me know nanti eh?

Thank you