Tuesday, July 8, 2014

Stalker. Eh Stalk Saya Yerrrr

Stalker.
Pengintip.
Pengintai.
Penyekodeng.
Kahkahkah rosak bahasa.

Aku pernah buat dan aku pasti ada orang yang buat kat aku jugak.
Haa tu awak tu yang suka sangat klik2 belog saya tapi bengang saya tak update2 kan?
Eleh jangan nak membongak, saya tau niat awak!

Apa tujuan kita stalk orang?
Sebab kita nak tau pasal dia.
Apa dia buat hari2.
Dia pegi mana.
Dia kawan ngan sape.
Dia shopping kat mana.

Ehh pendek kata nak tau semua lah.
Dan selalunya kita stalk orang yang kita suka atau benci.
Betul?

Kalau suka tu aku tau la kan kenapa nak skodeng.
Tapi bila dah benci tu yang aku tak paham apehal nak sibuk2 lagi hal hidup dia?
Dah benci, benci aje lah.
Nak stalk2 bagai buat apa.
Pelik betul.
Lagi ko ambik tau pasal hal dia, dia pegi mana, dia holiday kat mana, dia beli barang mahal ke, lagi sakit hati kan?
Nak benci orang tapi tak expert kawal perasaan haha.

Hmm.. I used to lose a friend akibat lantang meluahkan rasa.
Walaupun bukan direct aku cakap kat dia, but dia dapat find out bila terbaca penulisan aku kat blog ni.
Yes aku admit, masa tu emosi meracun akal.
Fikirkan rasa marah dan terkilan yang membuak2.
But at the end, we end up our couple of years of friendship.
Yes, my bad.
Biarlah, dia pun dah bahagia dengan family dia.
But dear, if u read this, saya nak awak tau, saya sayang awak sebab awak pernah jadi kawan baik saya, kawan tempat saya meluah rasa, berkongsi rasa, sebab nasib kita sama.
Ya itu dulu.
Sekarang kita dah jauh.
Jauh.....
Sorry sahabat.

Eh eh eh terlayan perasaan pulak ai.

Dah 10 Ramadhan hari ni.
Tengok2 esok lusa dah raya :)

Persiapan?
Ada la sikit2.

Turn raya di Shah Alam tahun ni.
Sedih mak bila cakap raya ke-3 baru sampai kampung.
Nak buat camne mak, dah kita kawen dengan orang jauh.
Apesal dulu mak izinkan?
Wakakaka.

Baju raya mak dah selamat pos.
Sedih ok pakai pos jer.
Dah la tak dapat bukak puasa sekali dengan family tahun ni.
Sedih berlipat kali ganda beribu berjuta tauuuuuu.
Nak nangis nyorok bawah katil!!! T_T

Tahun depan ye mak, tahun depan insyaAllah panjang umur murah rezeki kakak raya kat Ganu pulak yer :')

Ah sudah ni entry tajuk apa sebenar tadi?
Dah kenapa lari topik ni.
Pendahuluan, isi dan kesimpulan tak seiring ni.
Kata bahasa malaysia dapat A kahkahkah.

Ok lah selamat malam semua.
Kosongkan fikiran sebelum tido yer kawan2.
Jangan fikir kerja pulak *dush kat diri sendiri*
Seeloknya bacalah ayat Quran sebaris dua, lagi2 di bulan mulia ni :)
Moga berkat Ramadhan bersama kita.

Assalamualaikum :)

No comments: