Wednesday, September 15, 2010

2 Minggu Berlalu

Last update about my wedding was on 1st September. maknanya 2 minggu lepas. sepanjang 2 minggu tu banyak benda berlaku. yer la balik kampung, raya etc etc. penat oo drive sorang2 from Shah Alam to Kuala Terengganu. co-pilot memang la ada kat sebelah, tapi takde lesen :D. from tol Gombak sampai ke Kuantan, duk krohh krohh kat sebelah. stress aku. takpe la janji ada orang teman.

Balik ke sini plak, sent my mom to Kuantan, and drive all alone sampai Shah Alam. nasib baik ada Cik GPS sebagai peneman. bukan tak tau jalan, saje nak kasi ada orang bercakap.


Agak2 dah boring, saje pecut kasi lebih sket. pastu ada la yang membebel, "Kurangkan kelajuan anda". best ada peneman robot ni. haha.

So meh nak bagi update sket about my wedding prep.

Kad Jemputan

Yeayyy akhirnya kad dah siap! as promised, before raya hari tu dah settle. pick up those invitation cards on Sabtu, 4th Sept. masyaAllah apasal Klang jammed tersangat2 ooii. on the way nak balik tu aku tengok jammed bertambah2 teruk. bayangkan from tol Sungai Rasau sampai ke tengah bandar jammed tak bergerak. fuhh berasap la duk dalam kete tu.

So for card, settle! just a bit sedih la coz tak seperti apa yang aku bayangkan. ia bukan MERAH macam yang aku bayangkan. its more like MERAH OREN. sedih jugak la at first coz aku nak kaler MERAH MENYALA. tapi tak boleh salahkan dorang. bila printing maybe kaler akan a bit lari. tapi still jugak sedih =(. takpe la tabahkan hati, janji siap!

All cards dah siap lipat, dah siap bawak balik kampung. luka tangan aku ni lipat kad punya pasal! aku kira oo sume kad aku :D. ada la balance dalam 6 keping. dorang kata ikut nasib. kalo kilang printing lebih, untung la kita. 

Kotak for Doorgifts (Shah Alam)

Also settle. pick up sekali dengan kad jugak. n the colour also the same. mak Mr Busy cakap, "Eh dah merah la ni". yes memang merah but not the exact merah yang aku nak. korang jangan komplen nanti ek! T__T

Before cuti raya last week sempat la siap lipat around 300+. another 700 to go. takpe ramai pembantu :). for kotak nasib kami baik, ada balance dalam 30+. kental kan aku mengira satu2? :D

Kenduri di Ganu: Katering or Gotong-royong 

Masa mak ada ni boleh la aku berbincang sket apa2 yang patut. nak bincang dengan makhluk sorang lagi tu bikin stress jer. haha. ok2 tak baik kutuk abang sendiri. dia pening mana nak cekau duit tu :D

Kalau di bandar, susah dah nak jumpa orang wat gotong-royong masak ramai2 for kenduri kan? tapi kalo dekat kampung, tradisi macam tu insyaAllah masih lagi diteruskan. kalau nak senang, pakai katering jer. nak susah sket, masak la sendiri. mak aku plak nak pilih yang senang. bukan tak nak wat gotong-royong tapi banyak benda nak kena ambik kira. antaranya:
  1. Kos - lebih kurang sama jer. kitorang dah wat calculation campur tolak darab bahagi sume benda. n the cost hampir sama. cuma bezanya yang selalu jadi isu sebab katering ni duit keluar sekaligus ribu riban. so nampak macam banyak. kalau masak sendiri, duit yang keluar sama jugak cuma sikit2. bila jumlahkan sebenarnya sama jer!
  2. Beban kerja - ni yang mak aku paling pening la. bila nak wat gotong-royong ni, kita perlukan banyak tenaga, banyak tangan yang membantu. sedara mara tu memang la ramai, tapi majoriti sume duk jauh2. takmo la aku susahkan dorang datang lama2 semata-mata nak menolong itu ini. yer aku tau itu sebenarnya tujuan gotong-royong, rapatkan silaturrahim, kerjasama. tapi aku rasa dalam kes aku ni, its not so practical. mak bukan duk dekat kampung pown. kenduri kendara jarang sangat mak dapat attend. aku risau time kenduri kami nanti, tak cukup tenaga kerja.
  3. Masa - buat kenduri ni makan masa. dari hari sebelum kenduri, hari kenduri n hari selepas kenduri. sebelum kenduri nak kena kemas, beli barang untuk masak, sediakan sume kelengkapan yang diperlukan. hari kenduri plak confirm la kena masak kan. selepas kenduri plak, kena basuh n kemas balik sume barang yang dah digunakan. periuk besar tu tak boleh dibiarkan lama2 tau. cepat berkarat! kalau guna khidmat katering, after kenduri, periuk sume dorang akan angkut bawak balik. jimat masa n tenaga orang yang menolong!

So after teliti sume pros n cons aku prefer katering. abang aku plak prefer gotong-royong. mak aku memang dari awal nak suruh orang katering jer yang masak. bukan orang lain pown, sedara kami jugak. katering ni just half jer. thats mean, dorang masak n hantar jer. yang lain kami uruskan. dah ok sangat bagi aku. masa ni still lagi boleh nak wujudkan kerjasama tu.

Tapi lain orang lain pendapat. apa pown, keputusan di tangan dorang lah. aku ikut jer sebab masa tu kan aku RAJA. hehehe. tapi aku kesian dekat mak la. kalo buat gotong-royong aku risau jer dia demam macam hari raya hari tu. kemas rumah punya pasal :D. abang aku kata kenduri nanti dia nak sponsor sume. ok we'll see. haha.

Perabot Bilik 

Raya tahun ni beli kusyen baru untuk kerusi dekat rumah. alhamdulillah ada rezeki lebih. tengah tengok2 barang dekat kedai tu, teringat pasal perabot untuk bilik kami nanti. memang kena beli perabot baru pown sebab yang ada cuma katil. tu pown yang lama sangat dah.

Harga perabot dekat situ memang kena la dengan bajet aku yang seciput ni. tak boleh la nak memilih sangat. janji ada sudah lah. nak kena beli 2 set. "Abang ngah, mu kata nak sponsor kan??" muahaha.


Hmm.. apa lagi yer? lupe la eden. tu la sape suruh tangguh :D.

Aku dah mula berdebar sebenarnya bila tengok wedding ticker kat atas tu. siyes aku dah mula cuak. banyaknya lagi benda yang tak settle. plan jer pandai, buatnya tidak! haha.

So Tata.

10 comments:

:: aJa :: said...

same la kite..
huhuhu..
byk xsiappppppppp dri yg siap!
huhuhu..

Reen Tart Nenas said...

bagus2 ada progress. saye pun balik raya baru nie dah settlekan hal katering... lega rase :) dap nyer kopok lekor...ekekeke

.: an :. said...

bestnye! byk yg da siap! =D

-cHenta- said...

dear...
my blog sudah diprivate kerana ada masalah jiwa melanda. kalau nak baca hantar email u kat i okey..i invite. =)

pinky_baby87@yahoo.com

Nora a.k.a Aira said...

nora pun rasa prefer catering, bukan apa takut nanti pas kenduri bab mengemas tu yang kesian kat parents yela kalo sedare balik awal, last2 parents juga yg banyak keje. kesian kan. just my 2cents =)

Sha said...

menurut pngalaman kkk2ku 3org kwin..lebey kurg je kosnye katering ngn msk sndri gotong royong..so i prefer katering dear..

bgusnye kad dh siap..aku gelap gmbo lg ney huhuhu

sharifuddin N shakina said...

seronoknya baca preparation..kina lambat lagi..hehe..cuma boleh pikir & mcari idea je..:)..just add ur blog in my blog roll..

waniez nurul said...

salam kenalan..wahhhh...n3 yg sgt panjang dan rajin menulis...kalu waniez ni malas ckit..nk plak kalu dah lame xupdate..hikhik

jom tukar2 link

iedayah said...

masa sungguh mencemburui kite sara..so ayuh..kite bersemput2an wat preparation wed..hoho

Reen Tart Nenas said...

mysarah ada beli pomander ball kan? beli kat ne eik? thanks...