Patutnya aku review pasal engagement n nikah dulu, tapi takmo la. nak skip. sebabnya nanti dalam post nikah akan ada gambar bilik, so tak surprise la kan? eceh. so aku masukkan entry ni dulu yer :P
What i love most about my wedding was my room! yes i really love it. bilik pengantin hasil ilham dan inspirasi dari pengantin sendiri. maunya tak suka kan? hehehe. aku kumpul idea sikit2 sampai la terjadinya bilik yang aku idam2 kan. n perkara yang paling tetamu puji pown, bilik aku la. bukan pengantin, bukan pelamin bukan benda lain. bilik pengantin dah overshadow pengantin weh. ahahaha.
Aku hias bilik ni from zero ok. bilik ni memang kosong n tak pernah orang duduk pown. bilik separa siap masa tu. but now dah fully furnished weh. haha.
Ini jer gambar keseluruhan bilik yang mampu disnap. pink uuuu. lawa kan? kan? :D
Jom kita story one by one.
Cat - the colour
Gabungan dark pink + white. majoriti memang menentang habes la pemilihan kaler aku ni tau. abang2 aku sume tak berkenan kalo aku cat bilik aku tu kaler dark pink. dorang kata kalo nak pink jugak, buat soft pink jer, dark pink tak lawa. terang sangat la, pink sangat la. tapi aku berkeras jugak nak kaler tu. sanggup aku balik kampung 2 minggu berturut2 semata2 nak carik kaler yang aku berkenan. takmo suruh dorang pilih, lain jadinya nanti! haha.
N hasilnya, 100% puas hati! suka sangat2 bila dah siap letak perabot n what so ever hiasan. macam bilik princess barbie uollssss. hahaha.
Perabot
I decided to make it all white. pink + hitam = tak cantek. for me la yer. so i choose white. memang sangat kena dengan warna cat yang aku pilih tu. its soooo lovely :))
So bila set perabot putih, sume yang lain pown aku beli putih. baru la matching kan?
Hiasan
Cermin besar. i bought it from Nilai 3, angkut sampai Ganu nun! giler kental kan? measurement 4' x 3'. the price? it just RM100! saaaangat murah dengan kualiti yang saaaangat bagus. i love it to the max la wa cakap lu. ekekeke.
N dekat bawah cermin hikmat ni, aku letak console table. sangatlah berkontrobesi tau ini console table. merata aku carik warna putih, susah giler nak jumpa tahu? last2 tau apa aku buat? beli jer apa yang ada, kasi spray kaler putih. selesai masalah! haha. terima kasih Mr Busy (masa tu belum jadi suami mithali :D)
Pasu bunga putih, also bought it from Nilai 3. its for RM28. the best price yang aku jumpa for that design. nampak lampu meja juntai2 manik kristal tu? meh close up sket.
Ha lawa tak? lawa tak? i sukaaaaaaaaa. bought it for RM100. also at Nilai 3. see, majoriti items aku angkut dari sana. puas hati tau, berbaloi-baloi :D
The pink carpets n the curtains, also from Nilai 3 :). carpet pink tu sekeping rege dia RM150. beli 2 keping (different measurement) they give me RM280. carpet bulu2 yang sangat soft n sejukkk. masa malam pakai inai aku tido atas carpet jer tau? syokkk. haha.
Bantal bulu2 lembut corak roses, bought them from The Store, Plaza Alam Sentral, Shah Alam for RM19.90 each kot. wall sticker dekat atas kepala katil tu, tak sengaja tempek kat situ. mula ingat nak cabut balik, tapi orang kata comel, so aku biarkan jer la sume ;). ni adik aku yang tolong tampal, tangan dia berseni dari aku walaupown dia adalah seorang lelaki. hehehe.
Flowery frame tu plak, aku DIY. dapat inspiration from
Aty sayang. thanks Aty for the idea! mula ingat nak letak atas kepala katil, tapi the colour tenggelam plak. so tempek jer dekat atas meja solek ni. ok la kan! :)
Nampak tak pomander balls tu? tu bukan aku buat. but someone yang sangat baik hati kasi aku pinjam.
Mekaseh cayang. nanti i pulangkan yer? ;)
N kesimpulannya, i really L.O.V.E my room! even lepas kenduri pown, tak rasa janggal biarkan bilik dalam keadaan macam ni :)