Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 16, 2011

First Anniversary

Our anniversary is just around the corner.

3 December 2010 ~ 3 December 2011

Lebih kurang 2 minggu jer lagi. but im still thinking apa aku nak buat for our 1st anniversary ni. aku berani jamin yang hubby TAK AKAN prepare anything. so aku yang akan buat surprise and everything. I know him very well. dengan kesibukan keje dia yang tak menentu tu, ucapan ingatan dari dia pown dah cukup bermakna dah. bab leceh2 ni biar aku yang ambik bahagian :)

Masa birthday dia hari tu, aku dah buat surprise macam ni. bila dah tiba tarikh yang ni, terus blurrrrr. tak tau nak buat apa dah! Haiyoooo baru 2nd time nak celebrate dah tak tau nak buat apa? apa cite nanti dah tahun ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya?? hohohohoho.

So ni nak mintak tolong sangat2 ni

Boleh tolong bagi idea tak nak buat apa? anyone yang pernah buat surprise yang sweet2? simple jer pown takpe, janji bermakna.


Please!!


I really2 appreciate your kindness. thanks!

So Tata.

Thursday, November 3, 2011

4th Time: Baby Cot + Stroller

Gigih uollssss. 4 kali pergi tempat sama! Eh2, dulu kata tak suka salessss lalalalala.

But this time aku sangat2 puas hati. lain hari pergi sentiasa lain barang yang dia buat promo. besttttt

Semalam kan aku dah beli car seat. so hari ni menapak lagi untuk beli sroller and baby cot. semalam dah ada target yang mana 1 stroller yang nak beli kan. tapi bila pegi hari ni tetiba dia wat promo untuk stroller yang lebih kurang sama dengan harga yang jauhhhh lebih murah.

Yang penting kalernya mesti la merah :D

It just cost me RM80! sangat sangat sangat sangat suka sebab semalam aku baru jer browse thru web Mudah. and stroller yang sama macam ni sebijik, brand new berharga RM170. banyak giler dapat save. terus tak pk panjang, "Apek, kasi bungkus!" hehehehehe. dia punya handle boleh 2 way, ke depan n belakang.

Then tengok baby cot. baby cot yang aku nak tu dah turun harga laaaa. walaweihhh. from RM182 jadi RM150. pastu ada design yang lagi best pulak tu. siap ada music lagi. best best best.


Tapi kaler merah takde :D. yang ni siapa cepat dia dapat sebab dia jual yang display. but kualiti? tip top yer. takde rosak apa2 lah.

Bajet asal:

Stroller: RM230
Baby Cot: RM182
Total: RM412

Actual cost:

Stroller: RM80
Baby Cot: RM150
Total: RM230

Jimat almost 50%! ok lagi sekali nak kata best :D.

So korang, kalo rasa nak pergi, aku suggest pergi lah. banyak dapat save.

P/s: Eksaited terlebih nampaknya mak buyung sorang ni agagagaga

So Tata.

Wednesday, November 2, 2011

Baby Car Seat

Tadi kata nak beli car seat n stroller kan? tapi lari bajet la pulekkk. dapat ini saje.

 Baby kena suka sebab kaler ni maknya sukaaaa! agagagaga

Takmo lah bagitau harga sebab quite pricey. harga yang lebih kurang sama dekat supermarket. tapi takpelah i memang berkenan uollssss.

Yang murah memang ada tapi ciri2nya agak kurang digemari. lagipown jenis yang aku beli ni lebih kurang macam ni semua harganya. i mean for baby sampai besar (0-4 years). yang murah sikit ada tapi untuk 6 months and above and jenis lagi satu for baby 0-8 months only. yang aku beli ni merangkumi semua. eh macam belit2 pulak explanation aku ni. buat2 paham jer ler..

Bayar tutup mata saje lahhhh.


This one is for RM230. kalo cukup duit tadi dah sapu terus. tapi bajet dah lari dekat car seat. cash in hand dah bo liao. so terpaksa skip dulu. esok plak maybe? wahahaha rajin mak buyung ni nak menapak lagi nampaknya.

Kenapa aku beli semua ni dulu yer? sebabnya dah malas nak pk lagi. budget dah ada, so beli terus lah. kalau tak beli sekarang pown, nanti2 nak kena beli jugak. malas nak mencari dah sebenarnyaaa hehehe. and i dont think that i have enough time for doing all these things lagi lepas ni.

P/s: Aku beli semua ni lepas berfikir berpuluh2 kali. and yes akhirnya kami terpaksa mengakui yang kami memang memerlukan semua ni. insyaAllah berguna.

So Tata.

Bantal dan Tilam Kekabu for My Baby

After pulang dari Warehouse Sale hari tu, terus singgah ke kedai jual bantal kekabu. lagipown memang 1 jalan. i know this kedai pown from my friend yang selalu lalu lalang dekat situ.


Even hujan tetap singgah jugak. susah nak cari masa yang hubby free. lately ni lagi lah jarang dia ada masa. kerja kerja dan kerja. kadang2 rasa stress jugak sebab banyak benda yang tak boleh nak buat sebab dia tak ada. tapi bila lama2 dah terbiasa sangat dah. nasib baik i jenis berdikari uolssss. nak pergi mana2 i pergi sendiri. teringin nak makan apa2 i carik sendiri. uhuk uhuk. tapi tak kesah lah. dia kerja untuk aku, untuk anak dia jugak. ok dah melencong.


Ok kedai ni dekat puchong jer. senang ajer nak jumpa. kalau korang dari putrajaya, exit tol puchong, terus himpit ke kiri n masuk simpang. kedai dia betul2 dekat sebelah simpang tu.

Ada jual kekabu yang belum buat bantal or tilam jugak. harga boleh runding. eceh macam iklan berbayar pulak herherher.

So what we bought there?

Set tilam n bantal for baby: RM75
Bantal peluk (besar): RM28
Bantal tidur siap sarung (besar): RM20 x 2
Total semua: RM143. dapat lagi diskaun 3hengget hehehehe

Tapi harga ni tak tau lah fixed ke tidak. pandai2 korang la nak tawar menawar yer. but still aku rasa sangat2 berbaloi lah. set tilam for baby yang span pown dah RM60. tambah sikit jer lagi dapat yang kekabu. sejuk pown sejuk. tahan lama lagi. tapi depend la kan. ada orang tak suka. but aku dah niat dari awal lagi nak bagi anak aku nanti tido atas tilam kekabu. macam mak dia zaman dolu2 herherher.

Eh gambar tak ada lah. lupa mau snap2. nanti lah kemudian yer?

P/s: Lunch nanti mau pergi lagi la ke warehouse sale itu. mau beli stroller sama car seat. hubby kata pilih jer yang mana berkenan. see? i am really a very terpaksa independent mom-to-be.

So Tata.

Tuesday, November 1, 2011

Warehouse Baby Sale at Puchong

Wahh bercinta kan nak tunggu aku hapdate? agagagaga

Meh2 nak strori mori. korang kalo bab2 sale ni memang suka kan? kan kan? aku tau lah. sebab aku pown suka jugak (sikit2 jer lah :D). kalo duluuuuu memang aku tak ambik port sangat pown bila mana2 tempat or brand buat sale. aku kan ANTI-SALES punya orang agagaga. but this time one of my colleague dah pegi warehouse baby sale ni and dia kata "Sarah ko pegi tau. murahhhhhh sangatttttt!"

Ok terus teruja.

Then ajak lah hubby pegi. masa kami pegi tu baru 1st day bukak. orang memang penuhhhhh. tempatnya kecik aje tapi orang berhimpit2. "Ramai rupanya orang nak beranak herherher". majoriti dah memboyot. aku jer yang tak berapa nak boyot sangat lagi hehehehe.

Ok perkara yang paling menarik perhatian adalah stroller. giler murahhhhh. kualiti tak berani nak komen banyak lah tapi nampak ok aje.


Stroller kat atas ni just RM60 sajeeeeeee. dah nak ambik dah masa tu tapi budak yang jaga tu cakap banyak lagi barang nak sampai ni. terus aku tak jadi ambik dulu sebab konon nak tunggu kaler lain herherher. yang RM50 pown ada tau. beza dia, takde tray air tu. dia punya pemegang pown sama boleh ke depan n ke belakang. Sekarang ni rasa menyesal plak tak beli terus hari tu adussss.

Then aku berkenan 1 benda ni jugak.


Sangat worth it. but still thinking lagi. kalo diikutkan keperluan kami memang perlu sebab banyak sebab yang tak perlu dimention di sini hehehe.

Tapi jalan punya jalan, pusing punya pusing, we bought nothing hohohoho. nak datang lagi lah konon. kalo korang berminat nak pegi ni alamatnya.

34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
900 am - 700 pm
Sampai 7/11/11

Then balik dari situ kami singgah kedai jual barang berasaskan kekabu. pembelian yang sangat berbaloi-baloi. later i share ok.

P/s: Warehouse sale ni untuk brand My Dear ye.

So Tata.