Wednesday, July 31, 2013

Al Kesah Nak Beraya

Tahun ni ai eksaited bebenor nak beraya. Ape ke hal entah. Nak kata sebab anak, tahun lepas pon budak ni dah wujud. Nak kata duit banyak dapat bonus, takde maknanya! Oh mungkin sebab bakal pulang berhari raya di kampung halaman selama 10 hari agaknya. Haaa hambik tahun ni ai cuti paling panjang uollss. Unpaid leave pon unpaid lah.. janji aku dapat raya sungguh2.

Cakap pasal persiapan. Baju anak, seluar anak, sampin anak, songkok anak, kasut anak, sume dah settle. Baju aku, tudung aku, sume dah beres. Hubby punya ponnn all beres already. Apa yang mak ayah kat kampung request pon alhamdulillah berjaya dicarik. Kuih raya untuk kampung, umah family mertua, rumah sendiri, jugak dah beli. Tinggal nak topup2 gitu jer lah kalo jumpa yang berkenan dek hati dan mulut yang tengah lapar hehehe. Duit raya, dah standby. Esok kasi tukar jer. Envelope raya dah ada sikit, sok tukar duit dapat lagi yang lain. Haa cukup la tu.

So sekarang tunggu nak balik kampung jer sabtu ni yeayyyyyy!

Ni kasut raya untuk mak :)


Jangan heranlah, mak ai memang suka yang glemer2. Tumit2. Rendah2 flat2 tu dia taknaknya derrr..

Ni pulak kuih raya untuk topup katanya.


Beli kat bangunan ofis ni jer. Dekat groundfloor tu dorang bukak booth jual2 barang. Ala kecik2 jer. Yang meniaga pon sume staff2 bangunan ni. Kuih gunting tu rm18. Rempeyek tu rm10. Tapi beli dua ni dapat pakej, jadik la rm26. Hai siap berpakej bagai hehehe. Lagipon ni homemade dari rumah anak yatim. Membeli sambil beramal kan?

Kuih raya lain sume tempah. Sume dah dapat pon. Masa beli tu rasa macam banyak. Tapi bila bahagi untuk 3 rumah, alahai... baru 3, 4 jenis. Yer lah.. tiap2 jenis kena beli 3 @ 4 balang. So memang la nampak banyak. Quantity yang banyak tapi variety tak banyak. Camne tu?

Ok lah tu jer babai :)

No comments: