Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 2, 2012

‎10 Info Tentang Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Another good info to be shared.
  1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
  2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
  3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
  4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
  5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
  6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
  7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
  8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
  9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
  10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
By: LifeFit.my


**********************

I love to read all those amazing facts about babies. menarik. rasa kagum giler :)

So Tata.

Thursday, March 1, 2012

Wednesday, February 29, 2012

Masih Lagi

Assalamualaikum dan hai =))

Eh belom belom belom! i belom beranak lagi lah! perut masih lagi membuncit dengan jayanya herherher .saje jer menyepi. kasi lama2 sikit lah macam biasa hohoho.

Baaaaanyaaaak sangat benda yang berlaku sepanjang hibernasi i ni. eceh hibernasi uollssss. tapi malas lah mau cerita 1-1. later2 lah kalo i rajin. apa pown, pengalaman mematangkan kita!

So now...

Progress barang baby: COMPLETE

Progress barang berpantang maknya: NOT YET COMPLETE

Malas rasanya nak sediakan barang dah. boleh? jalan pown dah macam penguin. kalo g keje control lagi lah cara berjalan tu. balik jer rumah dah macam hantu mak lampir gaya jalannya. sampai hubby pown risau tengok sebab teruk sangat berjalan sampai kena pegang dinding hahahaha.

Nasib baik lah barang for baby dah settle.


Baju pown dah basuh eh tapi ada lagi sikit lah belum dicuci agagaga. baju baby dah sedia dalam beg. baju mak nan hado. nanti lah yer.

Ticker kat atas tu kena tukar sebenarnya.

EDD asal: 18-03-2012
EDD baru: 28-03-2012

Doctor tambah lagi 10 days. so now baru 36 weeks lah jadinya. hoh makin lambat yer? tak apalah walau macam mana pown beranak itu PASTI. cuma tarikhnya kita berserah saje lah.

Rindu tak kat my baby? sebelum tu, MUTE the sound please :D


Seeeee!! senak perut uollsss. i am always wondering what is he/she doing inside my tummy ha? 

P/s: 29 February 2012. kalo beranak hari ni, 4 tahun sekali lah boleh sambut birthday yer? :D

So Tata.