Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 14, 2010

Peraduan Gerbang Cinta MEGA Utusan Malaysia

Tengah duk belek paper Utusan ni tetiba mata terpandang akan satu peraduan yang mereka tengah anjurkan. aku tak tau bila peraduan ni bermula tapi tarikh tutup pada 9 Oktober 2010. tetiba mood rajin aku datang, so aku taip balik.

Peraduan Gerbang Cinta MEGA Utusan Malaysia

Syarat & Peraturan:
  • Pasangan mestilah akan berkahwin buat pertama kali
  • Hanya borang asal diterima
  • Keputusan juri adalah muktamad
  • Semua gambar menjadi hak milik penganjur
  • Hanya 10 pasangan layak ke peringkat akhir
  • Pemenang akan diberitahu melalui telefon
  • Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai
  • Pemenang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur
  • Penganjur berhak meminda syarat dan peraturan pada bila-bila masa

Cara Menyertai:
  • Hantarkan gambar bersama pasangan yang menarik berukuran 5R (3 keping) semasa majlis pertunangan.
  • Nyatakan nama peserta, tarikh dan lokasi majlis pertunangan diadakan di bahagian belakang gambar.
  • Kumpulkan sekurang-kurangnya 20 kepala akhbar Utusan Malaysia dari tarikh peraduan bermula.
  • Lengkapkan slogan dengan tidak lebih dari 15 patah perkataan.
  • Sertakan bayaran wang pos atas nama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebanyak RM10.00 atau deposit ke akaun Maybank 514048620742. Sila faks slip bayaran ke 03-9221 0204
  • Hantarkan ke alamat yang tertera berserta dengan borang penyertaan yang lengkap ke:
Peraduan Gerbang Cinta MEGA - Utusan (Musim ke-2)
Jabatan Pengurusan Jenama
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Kompleks Sri Utusan, Lot 6 Jalan P/10
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Tarikh tutup peraduan pada 9 Oktober 2010

Hadiah Pertama:
  • Wang tunai RM5,000
  • Hamper produk AVON
  • Kursus kahwin percuma anjuran JAKIM
  • Pakej perkahwinan bernilai RM100,000
Hadiah Kedua:
  • Wang tunai RM3,000
  • Hamper produk AVON
  • Kursus kahwin percuma anjuran JAKIM
  • Pakej perkahwinan bernilai RM80,000
Hadiah Ketiga:
  • Wang tunai RM1,000
  • Hamper produk AVON
  • Kursus kahwin percuma anjuran JAKIM
  • Pakej perkahwinan bernilai RM50,000
Hadiah Keempat:
  • Wang tunai RM500
  • Hamper produk AVON
  • Kursus kahwin percuma anjuran JAKIM
  • Pakej perkahwinan bernilai RM50,000
Hadiah Saguhati x 6:
  • Baucar pakej perkahwinan

So sesiapa yang rasa berminat n nak cuba nasib, cepat cepat gi beli akhbar utusan ok. mana tau ada rezeki boleh kahwin free! for those yang bakal langsungkan majlis pada tahun depan, 2011, aku rasa elok sangat la ni. yang nak kahwin esok lusa tu simpan jer la hasrat tu dulu yer. mana tau ada peraduan untuk bakal-bakal ibu plak lepas ni :D

P/s: Aku tak boleh masuk, tak cukup syarat. orang lain bertunang dulu, tapi aku tak. gatal nak nikah teros. haha.

So Tata.


5 comments:

:: aJa :: said...

huhuhu...
xcukup kriteria...
hehehe

Anonymous said...

tu laaa..saya dh kawen dh pon tyme tu hahaha..kalo menang dan dptla hadiahnyer hehehe...;p

Nur Rawaidah Rahmat said...

nora nak join la hahahaha ! :p

Sha said...

leh join ney ekeke

rose said...

tetibe rase nk join..tp x tunang pn lg..kalu gtau family nk tunang on da spot sbb nk join contest agak2 pe jd ek?hahahaha..