Wednesday, February 23, 2011

Shah Alam's Reception: About the Boutique

This is a very longgg entry

Yang sebenar2nya aku malas nak buat entry ni. sebab memang aku bengang tahap berganda la dengan butik yang aku hired dekat Shah Alam tu.

Actually masalah aku dengan butik tu bermula before majlis lagi. yes aku pernah blog pasal tu. eh mentang2 dia selalu bz dengan artis, orang biasa macam aku ni dia boleh sepak2 ke tepi ke?

Kronoligi kejadian:

Baju, Pakej etc
She promised me nak siapkan baju before i balik ke Terengganu. then tiba masanya baju tak siap. on that day aku pergi butik dia (after some arguments that i wrote here). bila aku sampai, i saw my dress tergantung without any beads, kosong - Insiden 1. but still i try to sabar sabar n sabar. ok fine! kalau aku marah pown baju tu takkan boleh siap sekelip mata. dia suruh fitting sebab nak tengok saiz ok ke tak. so ukur sana sini for alteration. she said that dress dia hantar dekat designer ok. bukan tailor biasa uollsss. wahhh meletopsss.

So after discussion and what so ever, she asked me bila nak ambik baju. so i set the date, 2 days before the reception. she said OK. then i asked her to do my hand-bouquet (fresh flowers). bincang what-so-ever about the design, colour etc.

"Saya nak white roses yer kak? pastu tengah2 dia ada some red roses kasi naik seri sikit lah"

She charged me RM50. i just accept that without any prejudice (ha kau!) sebab dah malas nak pk. pastu tetiba plak dia suh aku tambah lagi RM80 for transportation fee (pelamin). katanya dengan orang lain dia caj RM200 tau. aku dengan baik hati agreed sedangkan masa awal2 dulu she didnt mentioned about that langsung! baiknya hati aku masa tu kan.......

N nak tau tak sampai ke saat tu jugak aku belum tau lagi macam mana rupa pelamin aku? dia just bagitau gambaran macam tu macam ni. aku pown macam orang bodoh dengar jer apa dia bagitau tu. dia asyik cakap "Takpe jangan risau, semua akan ok" wahhhh "lega" sangat hati aku dengar kata2 dia weh. "LEGA!!"

2 Days before Reception
Before pergi butik aku mesej dia macam biasa n dia cakap "Ok nanti ambik dekat butik, pelamin hantar malam ni, tq". aku pown pergi la ke sana. sampai jer sana, her staff cakap "Kak baju ada sikit lagi manik nak kena jahit. akak datang esok boleh tak?" what??? - Insiden 2. boss kata dah boleh ambik, staff kata belum siap. what the hell la kan?

Dengan sopan santunnya aku cakap dekat dia "Banyak lagi ke tak siap?". then dia pown duk cakap la bla bla bla bla bla. "Malam ni boleh siap tak? saya nak ambik hari ni jugak. esok banyak lagi hal saya nak kena settle." Aku tak kira la macam mana korang nak buat pown, yang aku nak tau, baju aku siap on that day jugak. dah penat aku berlembut. tiba masa aku kena pertahankan hak aku sebagai customer. boss dia pown satu. kalo dah tau tak siap lagi, toksah la gatal2 nak janji itu ini.

Aku balik rumah hubby dulu, tengok dorang pasang pelamin and itu lah for the first time aku tengok rupa pelamin aku. kain balut panel warna hitam makes that pelamin looks gelap suram kelam. takde apa lagi yang boleh aku buat selain REDHA.

After isyak i went to that boutique again. hampir pukul 12 malam baru settle everything. nak tercirit aku tunggu. korang rasa kalo aku tak berkeras suruh dorang siapkan baju aku on that day jugak, tak mustahil perkara sama akan berulang on the next day kan?

Make-up
Hari yang ditunggu telah tiba. janji meet up at 10am. she lambat a bit coz sesat sampai aku kena pergi carik tau? haha. make-up dekat homestay yang family aku duduk. so aku dah tak pk apa2 just serah muka ditempek itu dan ini. the make-up was ok. pakai fake eye lashes both atas n bawah.


Kalau perasan dari awal lagi there's something wrong with my eyelashes (bawah)


First time i saw my face (after wearing the tudung). i was like "Apesal muka aku penyek ni?" - Insiden 3. tak suka cara dia pakaikan tudung tu. tak kena sangat dengan muka aku. my face look penyek n tembam! crown senget, veil panjang sebelah. what the??? nak bukak tudung memang dah tak sempat. so aku just bukak balik the crown n the veil dengan bantuan my pengapit. adjust sikit tudung sebab tak cover leher sepenuhnya. i hate wearing that kind of tudung sebab boleh nampak leher lah!


After siap semua aku perasan eyelashes aku dah terbukak sikit - Insiden 4. aku ni dah la tak pernah pakai bulu mata bagai ni. so redha lagi sekali n hopefully ia akan dapat bertahan sepanjang hari.

Handbouquet and Hubby's Attire
Selesai my part, beralih ke hubby plak. kakak ni tersangatlah rushing sebab dia ada lagi 1 kenduri nak kena handle. dengan kelam kabut dia pakaikan sampin dekat hubby.

After siap, she gave me the promised handbouquet (yang aku hampir lupa sebenarnya) and i was like.... why RED?? - Insiden 5. kenapa MERAH?? aku mintak putihhhhhhhhhhh kan!!! so dengan selambanya dia jawab:

"Bunga banyak habis. ni pown berebut2 sebab orang guna banyak bunga untuk buat pelamin"

Makkkkk...... rasa nak nangis jer :'(. baju aku dah sememangnya merah. abes bila bunga kaler sama jugak, apa yang nampak? :(. dah la bunga tu dah hampir layu, lebam2, kecik besar. i hate u lahh! :(

Focus on that handbouquet. worth it tak bayar RM50?


And tak lama lepas tu, sampin hubby terburai!! - Insiden 6. dan pada masa tu, that kakak dah takde kat situ lagi dah. tak ke kelam kabut kami dibuatnya?? and luckily ada mr OP. dia yang tolong pakaikan coz kat situ takde sorang pown yang ada pengalaman pakaikan sampin orang. thanks to u Syah!

*************************************************************************

Ha camne? best baca kisah orang tak puas hati ni? muahaha. eh2 belum habis lagi. jap2 sambung.

*************************************************************************

Majlis
As a bride n groom, nak tak nak all the time kena senyummmmm je kan?

Bunga tangan yang tenggelam langsung.. lawa lagi bunga atas meja makan beradab aku. huhu

We just enjoy our day. buang jauh la all the dramas tu kan. kalau duk ingat, buat spoil mood jer. yes we really enjoy the moment. even i keep complaining about my eyelashes yang nak tercabut dekat sume kawan2 and also the bloggers. haha. kan? :D. dalam pukul 4 lebih macam tu we go for outdoor photo shoot. seronok bergambar sampai la hampir maghrib.


Then sampai rumah, kami tengok pelamin dah TAK ADA! - Insiden 7. waaaaa cepatnya ko ambik woii. aku nak gambar2 lagi lahhh.. uhuk uhuk. ahh malas aku nak pikir. masuk bilik nak mandi, tengok dekat phone ada sms. lebih kurang macam ni la bunyi dia..

"Sarah nanti baju and all the accessories Sarah bagi sekali dekat orang pelamin yer. akak nak hantar dry clean" (received: 5.45pm) - Insiden 8.

It means the message was sent to me masa aku duk syok berposing. masa tengah outdoor. ada ke patut secepat tu dia nak ambik balik all the items rent to me? arghhh tensi jer aku baca sms tu. aku biarkan jer sms tu, anggap macam aku tak baca, biarkan. dah banyak dia buat aku sakit hati, tiba time aku pulak. wahh balas dendam nampak. muahahaha.

But overall:
  1. I love the make-up
  2. I love the dress

Yang lain, nan hado. muahahaha.

Apa pown, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. aku cuma tak nak apa yang aku alami terjadi dekat orang lain. pandai2 la deal dengan vendor2 tu sume yer. tak semua cakap serupa bikin. orang yang alami jer tau macam mana sakit otak dibuatnya. muahaha. oh yer, aku tak nak reveal butik mana, biarlah. tapi kalau sesiapa insist jugak nak tau, just email me.

And last but not least, sesi lepas geram.


Lega dapat cabut bulu mata yang buat hal ni! :D

P/s: Semua gambar adalah RAW, without any editing.

So Tata.

11 comments:

jihan musfirah musa said...

hai sara..uih memang baca pon dah skit ati..lg2 bab bunga tangan yg ruper macam tu 50 hinggit!!...aduss...tp situasi kiter agak samer juga masa jihan sanding belah laki pon tertanggal sikit jihan punyer bulu mata pelsu tu then muka nampak penyek jugak tyme tu disebabkab org tu tak reti pakaikan tudung jihan dgn betul nak buat macam ner redha jerla..hehehe..;p

btw,sorry sgt2 tak dapat hadir majlis kt s.alam tu jihan betul2 tak sihat n mabuk teruk..anyway tak terlambat nak ucapkan selamat pengantin baru!!...;)

jihan musfirah musa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
rini.borhan said...

hi sarah..kagum pandi u sorok sume tu ngan senyuman eak..kt tak tau la nk ckp ssh btol nk pulihkan mood..nsib sume ckp makeup kt ok natural..tp tak smpi petang maybe sbb cuaca ke sbb kt eak..huhu..

ElyaElmo said...

saraa!!!~ suke tgk dress merah tu..
fav elya!!ehe

yUmIe said...

btl2..ktorg pn saksi kejadian sara bebel bulu mte nk tercabut..tp pstue senyum..senyum..snap..snap..hahaha
btw,mmg skt mte dn hati tgk bunga tgn u tue.mmg jd xpasan ade bunga tgn coz same color dgn bju.tp nk wt cmne kn sarah.sume dh lps n tgl kenangan..tp pe cite akak tue dh u xreply msg die ek??haha sebok gak nk gossip tue..

aTy _faRed~ said...

tumpang sakit hati bace n3 u ni sara... siyes...!! memang annoyng giler orang tu..!! apepon.. u looks great on that day akceli... yang minor2 tu.. u sabau jer lar ek.. dah lepas pon..:)

:: aJa :: said...

geramnyer tgk bunga tue sarah..xberbaloiiiiiiii langsung!!*tolong geramkan*

PurPLe LaDy AiFA said...

gila mahal org tu charge sampai rm50! mmg keji je kan... aritu membe kawen kat saha alam pon ade isu gak ngan butik kat sana.. berjanji bukan main.. last2 sume xde.. truk je kan?

choclairissa said...

stressnye i bace entry u sara..geram gile..tp bila pk2 balik..okla tu sara..ade kakak kwn i..bridal die terus lari xdtg terus!!

Dona said...

Hi Sara! Salam kenal. I baru je baca blog u hari ni. Itupun sebab my friend linkkan dari blog dia. Takut gila dengar your experience ni. Hopefully tak berlaku kat diri sendiri. Ish... sibuk lak nak tau butik mana. Apa-apa pun congratulations on your wedding. Yang penting dah settle semuanya.

aDieyZa said...

dear, x semua yg kita rancang & inginkan menjadi kenyataan.. mcm zana sendiri mcm yg x puas hati jugak.. tp still kena bersabar n senyum.. yg pntg kehidupan selepas kahwin kan..