Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 11, 2011

Ulangtahun Kasih Sayang

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Kalo bab makan suka jer ko kan Sarah. hehehe.

Kami celebrate anniversary mak & ayah (mertua) Sabtu lepas. Mak terharu sebab ni first time dorang celebrate anniversary :). Hari tu kami sume jadi mat saleh minah saleh. Menunya western. Fuhhh kalo yang diet konpem hancus sebab makanannya enak2 belaka sihhhh.


Menu 1
Lamb chop + Perut


Beli daging yang dah siap marinated dekat Mydin. Yang ni aku tak makan. Tak pernah masuk tekak pown apa2 yang berkaitan dengan kambing :D. tapi dorang kata sedaaaaap.
Menu 2
Chicken chop

Fried chicken chop. Beli segera punya jugak. Tinggal goreng jer.

Menu 3
Coleslaw


Homemade by Kak Chik, my biras. Dia expert buat coleslaw ni. Orang lain tak payah campur tangan dah. hehehe.

Menu 4
French Fries

Menu 5

Cheesy mashed potato


Resepi dari MyResepi. Tapi muak sikit sebab terlebih marjerin. N maybe jugak sebab ada cheese. So yang ni tak dapat sambutan sangat :P

Menu 6
Onion ring

Yang ni memang bestttt. Aku bancuh adunan tepung. Nak jugak highlight tu! Hahaha. Rasa manis2 bawang memang sedap. Sambil orang goreng sambil aku ngap :D

Menu 7

Banana apaentah (aku lupa nama dia. Hehe)


Supposed to be dessert. Tapi jadi appertiser sebab aiskrimnya makin mencair. Resepi from MyResepi jugak. Tapi tak aci, aku mana makan pisang!

Menu 8
Air Sunquick

Aku bancuh. Hehehehe. Apesal tiba time yang aku buat jer nak kena highlight lelebih?? Padahal punya la minor keje yang aku buat berbanding orang lain. Manusia manusia… ala kasi can la sikit…. :D

Lepas makan sume bersandar. Hampir tertutup mata masing2. Tapi aku ngan hubby siap tutup terus sampai kena qadha’ Maghrib. Muahahaha.


Untuk Mak & Ayah

9 April 1976 – Mereka disatukan

9 April 2011 – 35 tahun mereka bersama

Happy 35th Anniversary to Mak & Ayah
  • Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai menantu mak & ayah
  • Terima kasih kerana melayan saya sama seperti anak2 yang lain
  • Semoga kasih sayang mak & ayah kekal sampai ke syurga
 
 Mak & Ayah idola kami suami isteri :P

So Tata.

Friday, April 8, 2011

KFC's Staff - No Manners!

Aku baru balik tapau lunch. tapi selera aku nak makan macam terkunci akibat tingkahlaku staff KFC tempat aku pegi tadi sangatlah tidak professional. bukan ke KFC ke McD ke apa2 fastfood ke, dorang punya service pada customer kena jaga? i mean kena sangat2 jaga kan???

Tadi aku beratur dekat area Drive-thru. ok kali ni tak lama sangat aku kena queue macam selalu. bila sampai turn aku:

A: (Perkara pertama: Aku senyum semanis2nya)
B: (Dia tengok aku sambil buat muka ketat tanpa SENYUM langsung) Nak order apa??

Oiiii. takde adab ke?? aku ni sebagai customer senyum kat kau, kau boleh buat muka ketat macam tu? kalau datang bulan ke, gaduh ngan laki ke, kucing mati ke tak payah la nak buat muka dengan customer! sepatutnya yang dia perlu cakap:

"Hai cik, selamat datang. makan sini ke take away? nak order apa cik??" - kaunter
"Hai cik, selamat datang. nak order apa cik??" -
drive-thru

Ini tidak. main belasah jer sapa orang macam tu. kalau aku report dekat manager kau, masak kau makcik!

Aku pernah boikot KFC dekat dengan ofis aku ni. gara2 sorang pekerja yang memang dari dulu asyik mendatangkan kemarahan aku jer. kali ni bukan kali pertama ke kedua ke benda ni jadi dekat aku tapi dah 3 KALI. i repeat 3 kali! tapi aku tetap jugak pegi makan dekat situ. nak kata tempat best, tempat lain lagi best. lepas ni jangan harap lah!

P/s: Tak pasal2 mood swing!

P/s 2: Aku baru perasan dia tak bagi aku sos LANGSUNG.

Sekian.

Kabinet Dapur

Seperti rancangan kami sebelum ni, kami memang takkan buat dulu kabinet dapur sebab:
  1. Costly - masa kenduri dah bankrap. sekarang cuma tunggu gaji bulanan n beli barang sikit2. walaupown sume tu tanggungjawab suami, tapi kita sebagai isteri takkan nak tengok jer berpeluk tubuh biarkan kepala dia botak mana nak cekau duit? *lately ni hubby suka botak kepala, is it sebab duit?? hahaha* - Duit simpanan untuk emergency katanya. jangan diusik dulu. ok lah.. ok lah....
  2. Kami ada rancangan masa depan yang lebih besar. insyaAllah dengan izin Allah

And after some arguments discussions, akhirnya kami terus beli movable cabinets. perancangan awal, kami just nak beli kabinet dapur (untuk memasak) and lower cabinets since upper cabinets agak mahal (tak termasuk dalam bajet bulanan lagi). tapi bila survey dekat kedai perabot yang terakhir (sebab sebelum ni dah macam2 kedai kami pegi), kami decide nak beli all 3 types of cabinets. kitchen cabinet, lower n upper cabinets. all together they cost us RM660. berbaloi sangat! puas hati sangat2 even tak dapat nak buat kabinet dapur konkrit *sob sob*. benda yang selalu terlintas dekat kepala aku bila nak beli satu2 barang "Buat setakat yang termampu. jangan ikutkan hati, ikutkan orang. kelak kita jugak yang merana". kemampuan masing2 berbeza. dah ada rumah pown syukur teramat.

Bila kabinet dah sampai, terus kemas barang masuk dalam. teruja tak hengat! hehehe. banyak kali kena warning dengan hubby. n akibat angkat banyak sangat barang berat like pinggan mangkuk n kotak itu kotak ini, esoknya sakit menyerang balik. pergi urut, masyaAllah sakitttttttnyaaaaaaaa. Allah jer yang tau. tobat tak nak paksa diri dah. insyaAllah... hehehehehehe. Tak serik2.........

Hubby tengah nak pasang kipas hadiah. panas terbako duk dekat dapur. maklum la, wiring untuk kipas belum buat lagi. dekat hall jer yang dah siap.

Sebahagian dari barang yang bakal dikemas.

Sebelum

 Selepas
Periuk comel, dapur gas n spice jars hadiah kawen. thanks!! :)

 Sebelum

Selepas
Semua hadiah kawen except periuk nasi comel n mug merah hitam beli sendiri. ehehe. tak payah beli gelas lagi, dah penuh satu almari!


Kemas cincai2 jer dulu. nanti kemas kemudian. thanks yer pada yang bagi hadiah ni semua? sangat berguna untuk pengantin baru :P. ni pown belum habis kemas lagi. microwave, oven, blender, coffe maker, sandwich maker sume dah ada. alhamdulillah rezeki. walaupown hadiah kami tak lah sebanyak mana, semua ni dah cukup memadai. lengkap dah bagi yang baru nak memulakan hidup berdua. oh ye, peti sejuk pown dah ada orang nak derma :P

Semalam pegi mydin nak beli barang sikit, kakak kaunter siap berborak ngan hubby:

K: Nak masuk rumah baru ke ni?
H: Ha'ah. baru kawen je kak
K: Itu lah. barang nak masuk rumah baru sume ni
H: Beli sikit2 jer dulu kak
K: (Sambil senyum) Best jugak jadi pengantin baru ni. nak masuk rumah baru barang semua baru

Hehehehe.. aku pown rasa best :P. after berpenat lelah, we reward ourselves dengan makan banyak2. ehehe

Encik Tembam

 Puan Tembun

So Tata.