Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 8, 2011

KFC's Staff - No Manners!

Aku baru balik tapau lunch. tapi selera aku nak makan macam terkunci akibat tingkahlaku staff KFC tempat aku pegi tadi sangatlah tidak professional. bukan ke KFC ke McD ke apa2 fastfood ke, dorang punya service pada customer kena jaga? i mean kena sangat2 jaga kan???

Tadi aku beratur dekat area Drive-thru. ok kali ni tak lama sangat aku kena queue macam selalu. bila sampai turn aku:

A: (Perkara pertama: Aku senyum semanis2nya)
B: (Dia tengok aku sambil buat muka ketat tanpa SENYUM langsung) Nak order apa??

Oiiii. takde adab ke?? aku ni sebagai customer senyum kat kau, kau boleh buat muka ketat macam tu? kalau datang bulan ke, gaduh ngan laki ke, kucing mati ke tak payah la nak buat muka dengan customer! sepatutnya yang dia perlu cakap:

"Hai cik, selamat datang. makan sini ke take away? nak order apa cik??" - kaunter
"Hai cik, selamat datang. nak order apa cik??" -
drive-thru

Ini tidak. main belasah jer sapa orang macam tu. kalau aku report dekat manager kau, masak kau makcik!

Aku pernah boikot KFC dekat dengan ofis aku ni. gara2 sorang pekerja yang memang dari dulu asyik mendatangkan kemarahan aku jer. kali ni bukan kali pertama ke kedua ke benda ni jadi dekat aku tapi dah 3 KALI. i repeat 3 kali! tapi aku tetap jugak pegi makan dekat situ. nak kata tempat best, tempat lain lagi best. lepas ni jangan harap lah!

P/s: Tak pasal2 mood swing!

P/s 2: Aku baru perasan dia tak bagi aku sos LANGSUNG.

Sekian.

4 comments:

Aimi Hakim said...

jalan2 n follow kamu ble da nak malam ^_^

Syima Syaz said...

saya rasa KFC staff memang 0 bab services.saya pun kena dgn KFC seri gombak.mintak air strawberry, dia bagi coke.bila kita tanak dia cakap 'tadi kata coke?'... tunang saya pun dengar clear saya kata strawberry.pekak nak M...byk lagi lah..skrg dah tak jejak pun kfc tu...

Aty Fared said...

kfc yang kat kat petronas kite jumper aritu ker sara...??

Reen Tart Nenas said...

saye adalah sorang yg suka menghantar komen. sila hantar komen pada kfc. bukan nak tutup periuk nasik mereka, tp kdg2 teguran itu perlu agar mereka tidak perlu menangung dosa jugek psl ramai kutuk die.