Thursday, April 14, 2011

Manusia Berubah

Aku ada kawan baik since high school. masa sekolah dulu aku sangat rapat dengan dia sebab nasib kami lebih kurang sama. mak ayah aku bercerai, mak ayah dia ada problem. so dia lah yang selalu jadi tempat aku luah perasaan, share segala benda sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa n aku tau dia pown paham apa yang aku alami.

Masa berlalu n kami sama2 dapat sambung belajar ke Matrikulasi yang sama. 1 hostel, 1 kuliah. memang geng lah.

Then bila dah abes Matrikulasi, masing2 terpisah. dia dapat U lain, aku dapat U lain. tapi kami still keep in touch tapi tak la serapat dulu. lama2 makin jarang berhubung. tapi still lagi tak terputus hubungan tu. masa belajar dulu aku selalu turun Shah Alam sebab nak jumpa hubby (gatal! hehehe). then pernah ajak dia keluar sekali. she brings her bf, and i bring mine.

Time flies.. mungkin bukan jodoh dia dengan that boy, putus separuh jalan.

Masa kenduri aku dia datang n im so happy! kawan2 lama datang meriahkan majlis, i feel so blessed :').

Then tak lama lepas tu tiba masa untuk majlis dia. kebetulan masa tu aku balik kampung. i bring my hubby, my mom to her kenduri since dia kenal both of them. my mom pernah datang ke Matrikulasi kami masa tu and they call my mom "Makcik Mesra Alam". so now u know mana aku dapat talent ni kan? hahaha.

Kami almost tersesat masa nak sampai ke rumah dia tapi mana boleh patah balik kan. alang2 kena redah sampai jumpa! jalan punya jalan n we reached the destination.

Berkobar2 perasaan nak jumpa pengantin. i bring my mom to her room. muka kita excited tak payah nak cakap la kan. lama kot tak jumpa! but then pengantin just senyum n lambai kami sekali sahaja. pengapit yang lebih meriah melayan (kawan kami jugak). i know she was very busy even dah siap makeup sume. maybe jugak nervous tunggu rombongan pengantin. tapi sungguh aku terkilan. mak pown muka dah lain macam masa tu. takpela pengantin kan!

Then kami keluar makan and tunggu rombongan sampai. pengantin seems very busy sangat even tetamu berapa kerat la sangat.

Lepas makan, ambik gambar dengan pengantin dekat meja makan beradab. salam2 sikit (tak rasa pown kemesraan kat situ. hmmmm) then kami mintak diri.

Seriously aku dah terkecik hati. bukan nak burukkan pengantin tapi kami balik dengan takde rasa gembira, happy even dapat jumpa kawan lama. my mom too macam tu. why eh? sampaikan mak cakap macam ni:

M: Tak macam Tie kan? mak tengok Tie sungguh2 layan orang datang.
A: Takpelah mak, pengantin memang kadang2 dia tak perasan pown apa dia buat. sibuk..

Kepada b2b kat luar sana ni ada sikit pesanan:
  1. Biar tetamu balik dengan doa, bukan balik dengan bebelan!
  2. Walau sesibuk mana pown kita, cuba la entertain tetamu. kalo takde tetamu sume, ko ingat majlis ko tu meriah? membazir jer sume lauk pauk yang ko tempah. last2 makan sendiri.
Majlis aku tak la sempurna, tapi aku cuba sedaya upaya layan semua yang datang. ada yang aku tak terlayan tu, aku mintak maaf la yer? aku pown tak sempurna but im trying to.

Sampai saat ni pown aku masih terkilan. takpela aku dah tak simpan dalam hati walaupown status fb dia takde mention nama aku sebagai "List friends yang datang". maybe dia lupa. takpelah.

P/s: Pergi majlis blogger lagi best.

So Tata.

4 comments:

aTy _faRed~ said...

ai sokong sangat sara..!! siyes ai sendiri pernah rase... n lepas kawen ni terus senyap tak tau ape cerite..

safiyyah osman said...

sis!mai kenduri saya..heeee...

ainnazari said...

thanx..noted! kena concern about it rite....hehehe

Anonymous said...

hye..i'm ur silent reader.. erm i br rs br2 ni.. i jd my fren pny pengapit. i seboleh2 xnk jd pn coz i'm in my final xm week ms tuh.. sbb kesian kt die i jd gak. i admit i pengapit yg xbest since its my first time..huhu tp aftr kenduri setel.. die x say tq even once. n didnt contct me lgsg