Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 14, 2011

Awesome!

 
Russia Got Talent

Cutenya lahaiii..........

Ada orang komen, "Someone owes them childhood". kan? mesti hari2 practice, hari2 training. kesian la pulak aku rasa. tapi kalo tengok on the positive side, benda ni boleh ajar these kids discipline.

Apa pown, mereka adalah sangat cute dan comelnessssss.

So Tata.

Friday, June 3, 2011

6 Bulan Dah Rupanya!

3 December 2010 ~ 3 June 2011

Pejam celik pejam celik, dah genap setengah tahun kami disatukan. one of my friend ada cakap, "Dah 6 months dah...rasa cam baru jer ko anto surat saman kat aku..:p"

Kita suka curi2 dengar doa awak lepas solat. tiap kali tu jugak air mata kita rasa nak menitik :')

Semoga senyuman ni terus kekal hingga ke akhirnya
 
Kita doakan supaya hubungan ni terus dirahmati dan diberkati olehnya ya awak? kita sayang awak ketat2. sampai syurga :)

Semoga kami terus tabah mengharungi mahligai rumahtangga ini bersama2. masih banyak yang perlu kami tempuh.

P/s: Touching la pulak tulis entry ni..

So Tata.

Wednesday, June 1, 2011

Petua Mengasihi Isteri

  1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
  2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  3. Sekali sekala tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
  6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
  7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
  8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
  10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
  11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
  13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
  14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
  15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
  16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
  17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
  19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
  20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
Sumber: MY Baby Store

I suka la orang yang tulis ni :P. walau apa pown, suami tetap no 1, kita no 2. jangan sesekali ketepikan hak suami yer! :)

So Tata.