- Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
- Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Sekali sekala tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
- Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
- Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
- Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
- Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
- Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
- Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
- Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
- Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
- Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
- Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
- Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
- Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
- Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
- Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
- Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
- Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
- Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
I suka la orang yang tulis ni :P. walau apa pown, suami tetap no 1, kita no 2. jangan sesekali ketepikan hak suami yer! :)
So Tata.
4 comments:
no 14 tu. tp saye tak leh pegang tangan lelama, pasal rimas. hehehe
kasi D baca!
Suke jugee.. nak print, tampal dekat pintu fridge. hehe..
blogwalking :)
Post a Comment