Wednesday, June 15, 2011

Review: Apa Yang Tak Ada on My Big Day

Assalamualaikum dan hai :)

Lama rasanya tak merepek. i have lootssss of reason nape tak update. typical kan? hahaha. bak kata omputih, everything happened for a reason. so do i. eceh!

Sebab2 yang dapat dikenalpasti adalah:
  • Busy. have to take over my colleague's job. dia dah cuti bersalin daaaa. azab jugak la bila sorang buat kerja untuk 2 orang. aku lah receptionist, aku lah admin, aku lah buat akaun. nak curik2 masa agak semput di situ.
  • No internet access. kat rumah i takdok internet laie. sekian.

Eh2 kata baaaanyaak reason! hehehe. ok2 tutup kes yang tu ok!

Sebenarnya nak cite pasal my big day. iye.. iye.. iye.. tau, tau la! tau dah basi berkulat. hehehe. tetiba rasa nak tulis. bila diingat2, dipk2, direnung2.. baru aku perasan banyak benda yang TAK ADA masa majlis aku yang duluuuuuuuu tu. saje je kasi bold perkataan 'dulu' tu. pengantin lama la katakan :P

Meh2 kita go thru apa yang tak ada dekat majlis aku suatu masa dulu (majlis resepsi di Terengganu yer, di pihak aku)
  • Signage - aku tak tau kenapa aku tak buat signage. lupa ke hape ke aku tak tau. yang aku tau aku memang tak letak. tu pown aku ingat masa dah beberapa bulan selepas majlis. survey signage macam2 rupa macam2 gaya, tapi hampeh tak buat. tapi aku konpem takde orang sesat punya lah (punya lah konpidennnn)
  • Malam berinai - aku tunang, nikah, resepsi pada hari yang sama. tak logik kalo tetiba ada malam berinai
  • DJ - bukan budaya kami. kalau aku wujudkan jugak DJ ni mau nya abang aku lari dari rumah
  • Kompang - aku nak, tapi abang aku kata TAK PAYAH
  • Pintu gerbang - jimat bajet. pintu gerbang semulajadi lagi luas
  • Pengapit - langsung tak terpk pown nak ada pengapit sebabnya aku tak bersanding
  • Bridesmaid/Flower girl - berarak pown tak, nak bridesmaid? berangan la ko. hahaha
  • Gadis2 pemberi doorgift - lepas makan semua tetamu akan jumpa tuan rumah dan bersalaman. time ni la mak and abang akan bagi doorgift. so no need gadis2 itu
  • VIP doorgift - kesian family hubby. bukan taknak wujudkan, tapi tak sempat nak beli sebab mengada sangat memilih. last2 apa pown tarak. huh
  • Kasut nikah or kasut sanding Sdn Bhd - masa nikah tak pakai kasut. lepas nikah just ambik gambar dalam rumah. kasut nikah memang tak diperlukan. kasut sanding cuma pakai butik punya. seriously tak sempat nak cari T__T

  • Merenjis - konpem memang tak kan ada. karang kena sumpah dengan makcik2 aku karang
  • Baju family - terkilan sampai sekarang sebab baju mereka tak sedondon T__T. degil dorang tu sume!

  • Guestbook corner - guestbook ada tapi meja tak ada! stress sungguh aku masa tu. akhirnya guestbook hanya ditulis oleh sahabat2 rapat yang datang jumpa dengan aku (dalam bilik pengantin) sebabnya buku tu aku letak atas console table dalam bilik T__T

Semua ni sebenarnya tak ada lah penting sangat bagi aku sebab tak menjejaskan majlis sangat pown. sikit2 mungkin la kan. macam signage tu. kalo orang yang memang tak tau jalan, tak pernah sampai situ, mungkin agak menyusahkan. tapi aku dah gantikan dengan banner besar dekat tepi jalan besar. konpem nampak punya lah!


Apa2 pown, jangan biarkan benda2 kecik mengganggu perjalanan majlis. dan berbelanjalah mengikut keupayaan masing2. ikut kemampuan ye?

So Tata.

4 comments:

yUmIe said...

yes finally sarah was come back!hihi..yup agree,benda2 kecik masih lg tidak berupaya utk mencacatkan majlis kte.so no worries:)

aTy _faRed~ said...

ai dulu pon banyak kurang..tapi malas nak pikir asalkan majlis tetap ley berjalan...hal kecik2 tu..pejam mate n redho jer lar...:)

Mia-Ina said...

yg ptg majlis utama selamat...org dtg x sesat & mkn cukup

sofie said...

wlaupun kurang, tp semuanya berjalan lancar kan..=)

congrats,i follow u dear ..