Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 30, 2012

"Selamat Berjaga Malam"

Bila dah dapat anak, ucapan yang biasa kita dapat:

"Congrats for ur new born!"
"Tahniah dah jadi ibu dan ayah"

Ucapan biasa kan? then ucapan yang selalu jugak diterima dari ibu2 di luar sana:

"Selamat berjaga malam!"

Ok setuju hahaha. dulu before ada anak, selalu dengar orang cerita:

"Ngantuk betul lah. anak aku tak tido semalaman. kembung"
"Apa tah tak kena anak aku malam tadi. kejap2 terjaga, kejap2 nak menyusu"

Sekarang, sendiri alami, sendiri rasai. pengalaman betul lah...

Hafiy memang kuat menyusu. kalau malam, dia akan bangun setiap setengah hingga sejam sekali. menyusu pulak bukan sekejap. every session mesti 10 hingga 15 minit. nak kata susu tak banyak, kadang tu sampai tersedak2 dia dibuatnya. terpijat2 lah mata maknya menahan ngantuk. kadang2 dengan aku sekali terlena. kepala terdongaklah, tersengetlah hahaha. macam tak caya aku kena alami sume ni hohoho.

The first 4 days bersama si kecik ni agak mencabar sikit lah. dengan susu tak berapa nak ada lagi, nipple melecet. anak pulak lapar. fuhhh cabaran sampai hampir bagi FM tau? nasib baik kuat semangat lagi even time dia latch tu rasa nak menitik air mata tapi ku tahankan jua demimu anak hohoho.

N alhamdulillah setakat hari ni cuma susu cap gantung jer yang masuk dalam perutnya herherher.

Pengalaman pasal breastfeeding ni nanti2 aku story lagi yer. cabaran ooooo. dulu aku baca cite orang, sekarang aku sendiri yang alami. memang power lah! agagaga.

So for those m2bs kat luar sana, just be prepared mentally and physically. but trust me everything is worth it :)

Day 13 - Lepas kenyang, lena atas pangkuan. letak atas tilam, uwek2!! 

Opah kita suka pakaikan kita bedak banyak2. kita suakan muka sajer lah :D

Selamat berjaga malam mummies2 di luar sana! :D

So Tata.

Wednesday, March 21, 2012

Official Parents

Alhamdulillah

We are now an official IBU & ABI

Presenting our cute wonderful little prince

Day 5

Hafiy Al Zikry bin Hadi Afiq
17th March 2012
6.35 pm
3.17 kg
HTAR, Klang

:)

Monday, March 12, 2012

Pesan Nurse Dan Doctor

Bengkak di kaki up n down. kejap bengkak, kejap surut. bengkak pown sikit jer, tak lah rasa sakit. alhamdulillah.

Now dah 37 weeks + 5 days. macam biasa dah hujung2 ni kena pegi checkup every week.

Alhamdulillah eveything is normal. berat tak naik, turun ada lah dalam 300gm. but ok sajer. cek tekanan darah, urin, HB, jumpa nurse n jumpa doc.

Pesan nurse dan doctor:
  • Kenalpasti tanda2 nak bersalin: ada 3 (either one) - contraction, keluar lendir + darah, keluar air ketuban <--- ok noted
  • Kalau salah satu tanda2 tu muncul, jangan gatal2 nak balik rumah (if dekat ofis), terus pegi hospital. dia kata even anak 1st pown, jangan degil <--- ok insyaAllah ikut hahahaha
  • Barang baby n barang mak dah standby dalam kereta <--- ok belum letak lagi, voley? hahaha
  • Kalau nak bersalin dekat hospital gomen, sediakan 2 beg untuk baby. maksudnya 1 beg kita simpan, 1 beg bagi dekat nurse before masuk labour room untuk dia siapkan baby kita nanti. beg tu kena ada towel, napkin, diapers, baju, mitten + booties + bonnet <--- ok clear
  • Kalau baby gerak tak cukup 10 sampai pukul 9 malam terus pergi hospital, jangan tangguh2! <--- ok kalo dah terlebih lebih lebih lebih camne nurse? herherher
  • Nak bersalin dekat hospital mana pown tak apa, janji jangan dekat rumah yerrrr <--- saya pown tak sanggup la nurse oii! :D

So Tata.