Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 8, 2010

Time Is Moving Fast

Yes sangat cepat. dulu tengok angka 5 bulan rasa masih lambat lagi. but bila dah berubah ke angka 4, terus rasa cuak konon.

My progress? tersangatlah lembab. sangat sangat sangat sangat lembab. i mean tak bergerak langsung.
  1. Projek bunga stokin – 0 progress. lepas siapkan 20 kuntum, terus tak buat dah sampai sekarang. just potong some dawai for the petals. tu pown belum dibalut dengan stokin.
  2. Gubahan – belum buat apa2 jugak. tengah kumpul idea how to make it done. dh cuba sikit2 tapi tak puas hati macam biasa.
  3. Outfit – either for nikah and reception at Ganu or bertandang. dua2 belum buat apa2. ukuran pown belum ambik. yes my fault. kenapa tak pergi butik? dekat kampong memang la susah sebab jauh tapi dekat Shah Alam ni nape aku ambik mudah jugak? ingat senang ke orang nak buat baju? nak kena cari design, nak sketch, nak jahit, nak fitting.. bukan senang tau? sekali fitting bukan terus boleh pakai. tau?
  4. Kad jemputan – dah jumpa design yang berkenan. vendor mintak detail. belum jugak aku bagi. sebab? malas. cari nahas betul la.

Ok kau tau sume tu tapi kenapa kau tak gerak?? i’ve to get my momentum back! kadang2 rasa sangat taksub dengan DIY project. tapi kenapa la semuanya hangat2 tahik ayam jer. orang tamak selalu rugi. sekian.

So Tata.

Tuesday, July 6, 2010

Mini Pelamin

Pelamin yang diminati dah lama jumpa. tapi ada satu masalah. bagi aku kalau silap langkah mungkin akan jadi masalah besar bagi aku. pelamin tu adalah sejenis pelamin duduk iaitu pelamin nikah a.k.a pelamin mini. no kerusi, just bantal untuk duduk bersimpuh sopan santun senyum2 malu ala2 perempuan melayu terakhir.

Sekadar gambar hiasan

Masalahnya sekarang, adalah aku. aku selalu mengalami masalah bila duduk samada bersila atau bersimpuh. kaki aku cepat kebas dan lenguh. normally aku akan tukar posisi banyak banyak kali. so macam mana aku nak bersimpuh dalam masa yang agak lama masa nikah nanti? takkan aku nak tukar2 kaki aku ke kiri n ke kanan? aku risau.. sangatlah risau.

I need to have plan B. mungkin bantal akan ditukar dengan kerusi. ohh cannot. abang aku takkan kasi (kot). kalau dah pakai kerusi, bunga2 yang comel dekat belakang tu sure la tak nampak. so kena alter ke design lain.

I love this. simple macam ni is enough for me. just add some pomander balls dekat background dia. tapi butik yang aku nak ambik tu ada ke kerusi cenggini? aku tak nak kerusi macam biasa tu... hmm.. pening.. pening..

Boleh ke aku bertahan duduk bersimpuh sepanjang majlis akad tu nanti? ada ubat tak kasi kaki tak kebas? :D

So Tata.

Thursday, July 1, 2010

Macam Ni Cantik?

Macam budak2 baru belajar jer aku tengok. really dont reach my expectation yet. banyak lagi kena improve. cuba tengok dari sudut berbeza.


Rasa macam there is something wrong with this bunga telur. nampak kosong kan? maybe akan buat this kind of renovation:
  1. Tambah bunga kecik - mak Mr Busy n her sis jugak bagi the same idea. aku dah pernah cuba buat bunga kecik tapi hasilnya hampa. masih banyak perlu dipelajari.
  2. Add some ribbons - yang aku buat tu just 1 pair of ribbons jer iaitu pink+silver. i should make it into 3 pairs but smaller. so ruang akan dipenuhkan n susunan dia every pairs letak atas dan bawah keliling lidi. korang paham ke ni? takpe nanti dah siap aku tunjukkan balik.
  3. Tukar saiz ribbons - ribbon pink tu sangat dominan sampai hampir tutup kaler bunga yang sangat soft. so aku akan tukar. ribbon besar would be silver n yang kecik baru buat kaler pink. it will looks better sebab kaler pink dah sangat banyak kat situ.
  4. Besarkan sikit bunga - should i? others kata saiz dah ngam. tapi aku rasa macam tinonet sangat la pulak.
  5. Letak ribbons ropol2 betul2 bawah bunga - aku dah beli dah ribbon ni. 1 gulung besar kau! dah cuba pasang tapi macam tak kena, plus aku rasa memang susah nak bubuh. so give up terus tolak tepi. tapi rugi la pulak sebab ribbon dah beli. tapi bila tengok balik rasa macam menyemak pulak kalau tambah lagi ropol2 tu.

So u guys ada pendapat lain tak untuk dikongsi? please i really need ur opinion. mata aku ni susah nak suka benda hasil kerja tangan sendiri.

So Tata.