Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 6, 2010

Mini Pelamin

Pelamin yang diminati dah lama jumpa. tapi ada satu masalah. bagi aku kalau silap langkah mungkin akan jadi masalah besar bagi aku. pelamin tu adalah sejenis pelamin duduk iaitu pelamin nikah a.k.a pelamin mini. no kerusi, just bantal untuk duduk bersimpuh sopan santun senyum2 malu ala2 perempuan melayu terakhir.

Sekadar gambar hiasan

Masalahnya sekarang, adalah aku. aku selalu mengalami masalah bila duduk samada bersila atau bersimpuh. kaki aku cepat kebas dan lenguh. normally aku akan tukar posisi banyak banyak kali. so macam mana aku nak bersimpuh dalam masa yang agak lama masa nikah nanti? takkan aku nak tukar2 kaki aku ke kiri n ke kanan? aku risau.. sangatlah risau.

I need to have plan B. mungkin bantal akan ditukar dengan kerusi. ohh cannot. abang aku takkan kasi (kot). kalau dah pakai kerusi, bunga2 yang comel dekat belakang tu sure la tak nampak. so kena alter ke design lain.

I love this. simple macam ni is enough for me. just add some pomander balls dekat background dia. tapi butik yang aku nak ambik tu ada ke kerusi cenggini? aku tak nak kerusi macam biasa tu... hmm.. pening.. pening..

Boleh ke aku bertahan duduk bersimpuh sepanjang majlis akad tu nanti? ada ubat tak kasi kaki tak kebas? :D

So Tata.

8 comments:

fana said...

hye there...ade org pernah ckp dgn i, utk elak kebas, u can try selitkan tisu in between ibu jari ngan jari kedua tu....from time to time, u kepitkan jari2 tu...InsyaAllah, tak kebas...u try la practice first k...;)

farahfatihah said...

uikkk bahaya tu kalau xleh tahan lama...tp kalau xleh tukar gak, terpaksa la tukar2 cara duduk huhu

PurPLe LaDy AiFA said...

hello dear.. mmg kaki akan kebas especially time akad nnti. i baru je akad sabtu lps and kaki kebas sbb duduk bersimpuh lama sangat. then jurunikah panggil suh g dekat ngan hubby,i jalan g sana tak rs kaki and jatuh depan tu. nsb baik husband tolong smbut. ;p

Nur Rawaidah Rahmat said...

hi dear..mula2 kebas pastu nanti ok..masa i tunang aritu tahan gak kebas kejap..lg2 bnyk ambik gmbr duduk to dont worry keseronokan mengatasi segalnya :)

Mysarah Rahman said...

fana: oh thanx for that tips fana! balik karang kena cuba ni. nak tengok berapa lama boleh bertahan. hehe. kalau betul mujarab, tak perlu la i nak risau on my big day nanti. thanx again dear =)

Mysarah Rahman said...

farahfatihah: itu la memang bahaya. u.. kita masa hari tu mesti la sopan2 ayu, buleh ke nak tukar2 posisi? haishh. macam tak elok la pulak :D

Mysarah Rahman said...

purpleLady: alamak!! tu la yang betul2 i takot. masalah kaki ni masalah besar tau. haishh.. betul2 kena wujudkan plan B n C ni :D

Mysarah Rahman said...

nora: i hope so dear =)