Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 20, 2010

Bila Dijemput Cubalah Hadirkan Diri

Dulu before aku decide nak tamatkan zaman bujang ni, aku tak berapa nak ambik peduli pown pasal jemputan orang. i mean jemputan kawen la. most of them memang aku pergi. mostly yang sangat rapat dengan aku. kalau yang so so jer tu, even dapat kad pown, naluri nak pergi tu tak lah membuak2 sangat. kejam kan?

But now bila difikirkan balik, rasa menyesal sangat sebab tak berusaha untuk attend all the weddings. yer lah, bila orang jemput, means orang tu ingat kat kita. kalau tak jemput meroyan pulak kata kawen tak jemput lah apa lah kan. bila dah dijemput takmo pulak datang. camne tu? biasa la manusia. aku tak kata orang. tapi ingatan untuk diri aku sendiri..

Kawan2 sebaya aku tak ramai yang dah kawen. maklumlah muda lagi. haha. 25 muda? perasan lah kau. bila ingat2 balik aku takde la kejam sangat. wedding kawan aku kat Kedah nun aku pergi. kat Klang aku pergi (even macam dekat tapi sesat sampai sejam tau). n latest dekat Temerloh. eh aku ni kira sahabat yang baik la kan :D

Fairuz.. orang Kedah. antara ramai2 kawan yang rapat ngan aku, dia la yang paling awal sekali kawen. masa tu aku dekat UUM lagi kot. aku pergi time dia nikah jer sebab dia nikah gantung. 3 bulan lepas tu baru dia buat majlis. masa kenduri dia tu kami dah abes belajar and majoriti tengah praktikal (for accounting students). so tak dapatlah attend. member aku sorang ni subur terlebih. bunting pelamin. eh bukan, bunting nikah. haha. masa kenduri tu perut dah ada isi dah. sekarang anak dah 2 pown. alhamdulillah rezeki kau Cikgu Fairuz :D

Shila.. pown orang Kedah. dari Shah Alam sanggup aku ambik cuti semata2 nak attend wedding dia. terharu dia u. mak dia pown kenal aku sebab pernah tdo dekat rumah dia once. she had a very wonderful family. as far as i know, dia kenal suami dia dari family punya aturan jugak. alhamdulillah bahagia sampai sekarang :). belum lagi dikurniakan cahaya mata (setakat yang aku tau). dia pernah mengandung tapi takde rezeki. takpe Shila, cuba lagi :D

Siti Nor Diana a.k.a Yan. happily married and dah ada 1 cute little daughter. Anis kot nama anak dia. haishh ni nama yang aku dah booking ni :P. orang Klang. pergi kenduri dia sampai sesat masuk ceruk hutan mana entah. haha. rumah dia dekat Jeram bukan pure Klang. nasib baik la sampai jugak. tak sempat tengok dia bersanding coz Mr Busy keja petang masa tu. apa pown, i'll pray for your happiness dear Yan! ;)

Ayien tahi lalat. hehe. ini nama samaran yang kitorang bagi untuk senang nak recognise. kalau tak asyik duk tanya, "Ayien mana 1?". "Ala Ayien tahi lalat". ha kan senang :D. nama ni kitorang bagi sebab she has a tahi lalat besar pada pipi dia. trademark tu :D. baru jer kawen on November 2009. 7-eleven. senang nak ingat katanya. wedding di padang. i mean dekat tanah lapang di Kampung Pandan. dua2 belah pihak buat sekali. yer la rumah masing2 dekat2 jer. tapi guests ramai masyaAllah. maybe kitorang pergi masa peak time kot. n now she's pregnant. lagi berapa bulan akan jadi ibu. sangat rajin update status dekat fb! hehehe.

Osheen.. wedding dekat Tasik Titiwangsa u! romantik gitu. awwww. pengantin pulak datang dengan kereta kuda. kena sangatlah tu. wedding was held on December 2009. best pergi wedding Osheen ni coz pergi ramai2 dengan 1 kereta. bergambar tak hengat! hehehe. lepas kawen dia terus ikut hubby pergi ke Egypt (if im not mistaken). also a mom-to-be. happy for u Osheen!

N the latest one, Ena's wedding. kawan yang agak rapat jugak masa dekat UUM dulu. sopan santun lemah lembut jer orangnya. sampai jugak kami ke Temerloh. and she looks really shocked on my attendance. suka tengok muka terkejut comel dia masa atas pelamin. bulat bijik mata. haha. nasib baik cepat dia control :D. maybe dia tak bajet pown akan ada member dari jauh yang datang. she and her hubby berkawan sejak sekolah lagi and akhirnya end up ke jinjang pelamin jugak. alhamdulillah. itu lah jodoh :) "Cepat2 bagi kami anak sedara!!". thats what i wrote on her wish card. haha.

Itu la antara wedding kawan2 yang mampu aku hadirkan diri. dorang sume same age jer ngan aku. Kak Aisyah n Mala, tu antara wedding yang aku tak pergi. ada kekangan yang tak dapat dielak. haishh. Kak Aisyah dah ada anak sorang. Mala pulak, belum ada rezeki kot. aku? tahun depan kot. haha. insyaAllah kalau Allah nak bagi rezeki cepat ;)

Next will be the wedding of my officemate a.k.a my housemate, on this coming Sunday, 25th July. dia ni banyak buat preparation last minute. jangan contohi ok kawan2!! hehehe. apa pown, aku doa majlis ko berjalan lancar ok Ida :)

Lepas ni, if ada jemputan dari siapa2 saje, insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk attend. tapi janji dapat kad lah :D

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)


So Tata.

15 comments:

Iryani Azlan said...

Hi, Bagi i memang wajib untuk datang kenduri kahwin orang apatah lagi yang telah dijemput, tapi adakalanya macam i, ada sebab kenapa tak pergi... dan selalunya sebab2 itu adalah untuk mengelakkan sesuatu yang negatif akan berlaku... bagi i, kalau kenduri itu untuk merapatkan silaturahim, dan orang yang kita akan jumpa di tempat kenduri adalah mereka2 yang suka memecahkan silaturahim dan suka merendah2 kan orang lain, bukankah akan ada benda2 negatif akan berlaku? So untuk mengelakkan semua ni, saya hanya berdoa dari jauh. Knowing these people who never change. Hanya akan memenuhi jemputan yang saya rasa betul2 membawa erti walimatul urus tanpa mengira samada kawan itu rapat atau pun sebaliknya.

PurPLe LaDy AiFA said...

yup, kalo org jmput tu mmg i sedaya upaya pergi.. unless kalo clash time or date, then kne dahulukn mne yg wajib dulu.. huhu. suke g knduri...xtaw la npe.. hehe

ZARA said...

i dah jemput yanie. so yanie kena g. and yanie pon ada jemput i. so kena g kan?

sentil sat.

i pon macam u dear. before ni malas nak g. i think for me ada self insecurities issue. yelah member2 lepas sorang2 nak kawen. awak tu tak laku2 *eh, macam lagu pulak*

anyway, now that dah laku, baru ada self confident nak g attend wedding with my plus one. before nie segan nak g sorang2...

Lala said...

jangan lupa sertakan INSYAALLAH masa ada yang menjemput..kan?

dah linked and followed u, mysarah!

farahfatihah said...

dear, oleh itu saya menjemput kamu =)

Mysarah Rahman said...

yanie: betul tu. dalam kenduri tengah2 ramai orang ni mesti ada jer certain individu yg niat tak ikhlas. just datang majlis orang untuk tgk kekurangan n kelemahan. pastu canang satu kampong. sumenya bergantung pada niat

Mysarah Rahman said...

purple lady: bila tarikh clash ni la selalu yang jadi problem. mula la kena pilih mana 1 lebih penting :D

best pergi kenduri sebab dapat makan free n dapat tgk pengantin yg cantik :P

Mysarah Rahman said...

zara: tu pown satu sebab jugak nape malas nak attend kenduri. haha.

psst.. siap ada dialog between u n yanie lagi yer :D

Mysarah Rahman said...

lala: insyaAllah tu 1 janji jugak sebenarnya :)

anyway thanx for the linked!

Mysarah Rahman said...

farah: ur wedding will be at Batu Pahat kan? kena discuss dulu with my other half ni. huhu

Iryani Azlan said...

To ZARA : Hello dear!pastila i datang kenduri u... eh eh, jap ikut nasihat cik Lala, InshaAllah... Heheh

Nur Rawaidah Rahmat said...

Insya Allah.. suka la entry ini =) apapun memg best kalo dpt attend kawan punya wedding ..=)

iedayah said...

ai if mkn free2 ni ai suke..insyaAllah if xde clash ngn mn2 kenduri ai mest g.coz pk pjng tkut org xnk attend my weds lak..igt lg zmn2 cuti skolah mmg byk org wat kenduri kahwin n mmg byk r ai mkn free.hehe..

Mysarah Rahman said...

nora: seronok bila orang suka entry kita ;). best sebab kita dapat rasa perasaan org tu macam mana kan. one day kita pulak yg rasa! hehe

Mysarah Rahman said...

iedayah: betul3. i cuba pergi kenduri orang sebab pk orang taknak dtg majlis kita klo plak nanti. hehe. time ni jer la nak makan free pown! hehe