Tuesday, July 13, 2010

Journey to the East

Lambat betul update blog. story dah basi berkulat pown. oh anyway thanx for ur responds to my previous entry asking about daun sirih plastik. thanx so much korang. my friend dah beli dah pown =)

Ok berbalik pada cerita sabtu lepas (ha kan cakap dah basi), i'm attending my friend's wedding. jauh ooo sampai ke Temerloh aku menapak. almost 2 hours (maybe more) jugak la nak sampai sana. tapi takpe, seronok :)

Tido pown nampak sangat tipu. haha. jerawat atas idong aku tu degil betul. semua sebab spek aku yang agak berat. jerawat pown dah macam chipsmore. besar plak tu. tensi!

Sepanjang perjalanan tu aku duk pot pet pasal macam2. entah apa aku duk cakap pown aku tak tau. katanya nak hilangkan ngantuk kan. konon la aku ni manusia yang bangun paling awal time weekend hari tu. oh lupe, aku tak gtau yer aku g sana ngan sape? ishh. semestinya la dengan Mr Busy.

1st time muka kamu masuk blog gatal kawen saya

Nak dijadikan cerita, kami lupa nak beli hadiah! apa daa. pergi jauh2 tapi hadiah tak bawak? tak rock aa. mulanya ingat nak bagi duit jer tapi envelope pulak tarak (malu la wei nak main hulur camtu jer :D). tetiba ting ting ting! idea.. aku teringat aku pernah baca dekat somewhere. oo dekat blog Misi 5 April kot. dia bagi hadiah yang bagi aku tersangatlah cool.

We bought this :D. oh tak clear yer. tengok yang ni pulak.

Lalalalala... LongJack Tongkat Ali n Kacip Fatimah for them. hadiah penuh makna ooo. tapi takde ribbon takde bunga apa. dah tak sempat nak cari dah weh. ni pown nasib baik jumpa bekas mengkuang macam ni dekat R & R mana entah. Awan Kecil ke Awan Besar entah. aku memang fail geografi. abaikan.

Cost for this gift, bakul mengkuang = Rm20. air tin: RM3x9 = RM27. so total +-RM50. best? cuba lah! hehehe. gerenti pengantin akan ingat sampai bila2 :D

Hadiah pown dah dapat kan, so kami dengan senang hatinya meneruskan perjalanan. tapi on the way kami ke sana, kami ternampak satu kejadian yang agak mengejutkan.

Nampak asap kat tengah2 jalan tu? tu adalah sebijik motor yang sedang terbakar!! tengah2 highway beb. pemandunya selamat kot sebab aku tengok ada 2,3 orang dekat tepi jalan. ishh takut kan. tu lah benda nak jadi kita tak tau kan. terus aku baca doa naik kenderaan lagi sekali masa tu :D

Tapi perjalanan harus diteruskan. jalan punya jalan, akhirnya sampai la kami ke Temerloh. senang jer nak cari lokasi kenduri dorang ni. exit highway terus jer jumpa. majlis ni dorang buat dekat restoran. maybe sedara mara dia punya kot. boleh la menampung dalam 100 orang tetamu (kot) dalam 1 masa (aku agak jer la. hehe).

So inilah pengantinnya yang kecik molek comel lote, Cik Puan Ena n her husband. tak silap aku dorang bercinta sejak zaman sekolah lagi. alhamdulillah, jodoh mereka panjang :). gambar sepasang lagi pengantin aku tak sempat nak snap. lagipown aku memang tak bawak kamera. guna henpon jer la. nak zoom pown tak hebat. takpela janji gambar mereka ni ada kan. tengok pelamin dekat belakang, untuk 2 pasang mempelai. temanya gold + green. pengantin lagi satu pakai kaler ijau =)

Bila dah datang kenduri haruslah makan kan. for the 1st time ever, after almost 3 months, aku makan nasik!! yes aku makan nasik. walaupown dalam kuantiti yang ciput, tetap jugak aku rasa berdosa pada diri sendiri sebab dah langgar pantang. uhuk uhuk. takpe2 sekali saja (ayat sedakan hati).

Muka kenyang la ni konon. sambil tunggu pengantin turun dari pelaminnya. masa ni tengah acara merenjis. aku tengok dari jauh jer la. tapi bila nampak pengantin turun jer, terus aku kidnap! hehehe. standard la kan. tapi aku jahat, takmo bergambar dengan pengantin laki. haha.

Ena u looks gorjes ;)

Guna henpon, so ini jer la yang mampu. ko ingat aku tak malu ker nak bergambar banyak2 konon hebat tapi guna henpon cap ayam? haishh... takpela janji ada kan.

So these are the doorgifts. tengok, thank you tag pown ada 2. maklum la, 2 pasang. karang gaduh plak. ekekeke. dapat gula2, kerepek n small purse yang cute kaler pink. then terus gerak balik.

On the way balik tu, banyak pulak orang jual durian kat tepi jalan. oh i love durian!

Yummy! yummy!!! kami makan sebijik saja =)

N i love red =))

Kesimpulannya, i love my weekend ;).

P/s: Panjang pulak entri kali ni :P

So Tata.

4 comments:

PurPLe LaDy AiFA said...

wow.. i wish for that gifts for my wedding! best gila hadiah tue...!

Nora a.k.a Aira said...

hehe good idea la hadiah tu..leh saya praktikan juga nanti hehe =)

mysarah said...

purple lady: u wish? tapi wedding u dah lepas la dear :P

mysarah said...

nora: best kan idea ni. org yg mulakan tu memang best la. hehe