Thursday, July 29, 2010

Resepi: Popia Ketam

Ok kali ni kita tukar topik sket k. asyik cite pasal kawen jer. apa kata kali ni aku bawak korang ke alam rumahtangga plak. ni ha aku nak bagi resepi yang best punya. gerenti sedap! aku ni bila tengah marah mesti rasa nak makan. tengah makan jer mesti nak marah. eh silap :D

Actually resepi ni aku pernah masukkan dalam blog aku yang lagi satu. maybe ada yang tau pasal blog aku tu. tapi majoriti mesti tak pernah masuk kan. so aku rasa menarik jugak untuk share ngan korang sume resepi popia ketam ni. eh memasak ni satu ilmu tau. ilmu untuk persediaan ke alam perkahwinan jugak :D. so layan jer la entry copy paste aku ni yer.

Resepi: Popia Ketam

Takde apa nak buat di hujung minggu?? asyik layan tenet jer? jom kita main masak². alaahhhh.. resepi simple jer la wei. sape² pown buleh buat. tapi dengan syarat kena ada dapur la kat umah. pakai microwave aku lom cuba lagi :D

Ok jom tengok resepi nak masak popia ketam. aku dapat dari orang jugak. tapi best. jom layan.

Bahan² yang diperlukan:
  1. Kulit popia (saiz kecik jer)
  2. Isi ketam (ready made)
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Cili (dikisar)
  6. Garam + Gula secukup rasa

Step 1

Sediakan isi ketam n gulung macam buat popia biasa.

Senang jer gulung dia. kalo wat popia biasa kan susah sket sebab lembik n isi dia tak penuh. so yang ni tak payah nak pening kepala.

Step 2

Goreng popia tadi. tips masa menggoreng ni, jangan bukak api besar k. bukak api kecik jer. so bendalah ni takkan meletup. masak sampai kekuningan n garing. tak garing tak sedap. tapi jangan sampai rentung :D

Step 3

Masa untuk menumis ;o).

Bawang putih n bawang merah yang ditumbuk or dikisar. kat umah aku takde blender, so guna lesung sudah :D. tumis sampai wangi ok.

Masukkan cili yang dikisar (aku guna cili boh cap Puteri jer) n tumis sampai masak. taruk la garam n gula. manis sket lagi sedap tau. jangan masin², tak best. agak² dah masak, masukkan popia yang dah digoreng tadi.

Tadaaa.. ni la hasil dia. sedap, betul!! aku pernah masak n bawak time g picnic ngan ofismate aku. siap ada yang tapau bawak balik lagi tau :D. popia tadi kalo nak makan tanpa sambal pown sedap jugak sebab isi ketam tu manis.

Selamat mencuba ;)

P/s: aku tak edit langsung. malas :D

So Tata.

14 comments:

PurPLe LaDy AiFA said...

mcm sedapp je mysarah.. simple lak tu kan? best!

penah try popia cheese tak? yang tu pon sedap jugak....

farahfatihah said...

wahh awak buat saya lapar!!!!!

jihan musfirah musa said...

waahhh..!!!..nmpak sedap..;p..leh cuber ney...tenkiu for sharing..;p

♥S@R@♥ said...

ketam kesukaan tekak ku..hehe
simple n sedap nmpknye..nnt leh praktis..
thanks for sharing ;)

Nora a.k.a Aira said...

waaaah....delicious nyum2 hehe =)

hi...nanti ambik award ye =)

http://anzcis.blogspot.com/2010/07/blogger-awards-came-again.html

Sya Sakura said...

walaupun sy bukanlah peminat popia, tp bile tgk gambar ni tetibe rs cm sedapppnyee, teringin pulak tetibe.. heheh.. petang nti nk pg cari la~ heheh..

Btw, sy follow ur blog eh.. boleh kn? :)

mysarah said...

aifa: sure la simple sebab i tak suke benda2 remeh-temeh ni. hehe

popia cheese? harus dicuba tu

mysarah said...

fara: cepat pergi mamam :D

mysarah said...

jihan: bukan nampak jer sedap. tapi memang sedap pown :)

mysarah said...

sara: i pown suke ketam u. lepas masak pos kat i ok :D

mysarah said...

nora: memang dilisyes :P. ok2 nanti ambik

mysarah said...

sya: ohohohoho. sy berjaya buat kamu teruja. ehehe. ok boleh saje ;)

Bakal Puan T said...

eh2 nk tnye. kan salu wat popian kiter pkai tepung ubi nk wat gam dia kan. kalo popia ketam neh nk kne boh gam gk ke?

mysarah said...

bakal puan T: kita guna tepung gandum boleh, putih telur pown boleh