Tuesday, July 20, 2010

Update on Grazine

As promised =)

16 July hari tidak berbelanja. so 17 July mesti la jadi hari menghabiskan semua simpanan yang ada. haha. gila over. 17 July = Sabtu = weekend. as decided earlier, kami nak melawat Grazine untuk finalise design kad jemputan kitorang. Mr Busy tak busy sabtu tu. biasa la orang keje shift. sibuknya tak menentu.

Niat asal kononnya pukul 10 pagi dah sampai ke sana. konon jadi 1st customer la kan. tapi pukul 10.30 pown masih di atas katil. macam mana tu? jangan la kutuk. weekend. kamu pown sama kan? baik ngaku. tak baik tipu! :D

So bangun dengan muka tak rela bersiap la ala kadar tanpa gincu tanpa bedak terus pakai tudung. pakai spek sebab nak cover jerawat yang makin subur merebak kat muka ni. orang nak kawen muka mestilah makin bersih berseri tapi aku sebaliknya. ini semua sebab stress. kepala otak pown asyik berdenyut mintak Uphamol 650. ni ada lagi balance 4 months. bila tinggal lagi 4 days jer nanti macam mana agaknya? botak kot. wah ngeri.

Alamak sudah lari topik. taip tanpa sedar berjela2. nak buat macam mana. blog ni pown salah satu medium nak hilang stress ;)

Ok2 sambung story pasal Grazine yer. kalau ada sesiapa berniat nak pergi sini, aku nasihatkan print lah dulu map yang dia bagi kat web dia tu. tapi lainlah kalau kamu memang orang Klang or memang expert dengan alam semesta dekat situ :P Yang jadi susah nak sampai kat situ sebabnya jalan Klang banyak yang tengah renovate. flyover sana sini n banyak jalan yang dah jadi jalan sehala n yang ditutup pown ada. so kena la guna jalan alternatif.

Aku yang study map dulu before n on the way pergi ni pown buleh terlajak lalu jalan jauh. haha. kami mengaku kami memang tak hebat dengan jalan di Klang. nasib baik sampai. kalau tak? tak tempah la kat situ agaknya :P

Ni contoh jalan sesak yang kami lalu.

Kami 'terlalu' ikut depan Mydin. boleh lalu jalan depan. tapi bila dah lajak terpaksa la ikut jalan alternatif. nasib baik ada dalam map. kalau tak entah sampai ke Port Klang apa. haha. over. so after teragak2 betul ke tidak jalan yang kami ambik tu, akhirnya sampai lah.

Kedai motor ni same building dengan Grazine. just nak tunjuk bagi korang senang nak cam nanti (kalau ada yang pergi la). Grazine located dekat sebelah2 tu jer.

Ni signboard dia. jangan tengok yang atas tu, tengok yang bawah :D

Ok dah sampai! mula kami masuk tu ingatkan takde orang. tapi ada lagi 2 couple tengah pilih2 kad. eh ingat kau je ke nak kawen? :D

Kedai dorang tak la besar mana. tapi big enough dah kot untuk supplier kad, bunting or apa2 yang sewaktu dengannya. we were being entertained by 2 young ladies. mereka sangatlah friendly. kami masuk kedai dorang dalam pukul 1.45pm n sampai kedai dah nak tutup baru lah kami balik. haha. tak lah mana ada cerewet :D

This is some designs yang dorang display. harga dah stated dekat setiap rak. harga for 1000 pcs lebih kurang macam ni:
  • 1st rak: 60sen/pcs - kertas segi 4 sama (1 colour)
  • 2nd rak: 50sen/pcs - kertas saiz A4 1 or 2 fold (1 colour)
  • 3rd rak: 60sen/pcs - kertas saiz A4 1 or 2 fold (2 colour)

Contoh kad 60sen. 2 colour, purple+black. canteq ooo. suke aku tengok. tapi not for us la. bukan dalam lingkungan bajet :D. design or colour sume boleh customised. nak letak gambar ke, kalendar ke macam kat bawah ni.

Sume boleh buat. harga still sama. harga cuma akan berbeza mengikut jumlah warna or jenis kertas yang kita nak guna.

For those yang memang berniat tak nak membazir untuk kad, yang murah lagi pown ada. kad super saver. oh i loikee. kertas dia ok jugak. tak la nipis. just nice. orang takkan kutuk la kalau guna kertas ni pown :D. harga? just 35sen/pcs for 1000 pcs. kalau 2 colour jadi 45sen. suka suka suka.

Yang ni plak kad bentuk cd. aku lupe la harga dia. 60sen kot. ada lagi range harga yang lain.

Ni plak full colour card. harga aku tak ingat. nak tau sendiri datang :D

Customised paper bag.

Ok yang ni jadi pilihan family Mr Busy. dah lama dorang duk cari kotak for door gifts ni. memang banyak jumpa tapi saiz tak kena. yang ni memang ngam. just 50sen/pcs for 1000pcs. kitorang siap pinjam kotak tu bawak balik lagi nak tunjuk kat family Mr Busy. nak beli 2 keping dorang tak bagi. dorang kata, pinjam boleh :D. so kami akan order yang merah kecik tu. colour n design akan customised kemudian.

This is V-box. yang kaler merah+hitam+putih tu ada promotion. just 45sen/pcs. no minimum order, ready stock. sebab jadi murah? sebabnya dorang ada lot of stocks available. kira macam stock clearance la. this is what the owner said yer.

So pilih punya pilih.. we came out with decision. masa pameran pengantin hari tu dah pilih dah design macam mana yang berkenan, tapi biasa la rambang mata. yang membuatkan kitorang jadi lama kat situ, sebab aku la. aku jadi lalang. lalang sebab tetiba nak pulak kad yang 50sen tu. yang 35sen dah ok dah tapi gedik kan? tu la pompuan. geram plak dengan diri sendiri. so jenis kad belum finalised. haishh leceh betul aku ni. proceed dengan layout kad dulu la. takpe, lambat lagi (perangai bertangguh yang tak ubah2).

For bunting plak (kami kan dapat free sebab buat booking masa pameran pengantin dekat MidValley hari tu), akan bincang kemudian. maybe aku akan design sendiri konon hebat n serah kat dorang printing jer. akan difikirkan kemudian.

Fuhh penat nak siapkan entry kali ni. sharing is caring! ;)

So Tata.

9 comments:

farahfatihah said...

wahhh rambang mata tgk!!!

hana yoriee said...

yeay..dah update! boleh jadikan reference..tapi seriously, hana pun tak suke jalan kat klang tuh.huhu..

mysarah said...

farah: biasa la tu. bab pilih kad ni bukan senang :P

mysarah said...

hana: sharing is caring. hope entry ni dpt membantu k.

yes jalan klang memang memeningkan. kalau i jalan sorang sure sesat punya lah! haha

@ty_farEd said...

yeay..u dah pegi dah... :) duLu kan i pon nak wat kat situ.. tapi as u know..tak jadi... tetibe rase nyesal lak..~huhu.. hurrmm..kad u siap duLu lar nampaknyer ni... i nak jugak taw..!! jangan lupe list kan name i ek... :)

mysarah said...

aty: eh u.. tak baik menyesal :D

i tak suruh printing pown lagi. design pown belum finalise. penyakit lalang asyik menyerang jer. tapi i tak paksa dorang buat cepat2 sangat pown sebab ada lagi balance 4 months. lebih dari sempat lagi ;)

ur name sure will la dear. datang ke Shah Alam ok :)

♥S@R@♥ said...

hai mysarah:hr tu pun sy da g midvalley tapi xbooking pe2 pun..sobsob

mysarah said...

sara: its ok dear. lepas ni mesti ada lagi promotion lain n mesti ada pameran lain plak. nnti jgn lupe book for something ok ;)

noridaramli said...

owh...ida dh lama itu vbox...love it...thanx 4 ur information tau