Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 15, 2010

Wife, Mom

Morning ;).

Dah breakfast? me baru jer lepas. hujan plak pagi2 ni. sejuk plak tu. bestnyer kalo boleh tarik selimut golek2 atas katil!! boss nak EL buleh?? just wanna share with all of u a story that i read recently. happy reading ;)

Title: Lahirnya mimpi yang tidak pernah ku impikan. 07.07.2010

Bolehkah aku berkongsi bersama semua tentang lakaran 3 tahun jalan hidupku bagaimana perasaan dan pengalaman menjadi suatu sejarah indah yang telah dibuai oleh masa.

Dikala hatiku telah dicuri olehnya, daku melihat dunia dari suatu rungan yang cukup indah.. Tentang bagaimana terhasilnya cerita cinta Juliet terhadap Romeonya, yang rela berkorban nyawa demi isi sebuah cinta… Bagaimana deritanya hati Shah Jahan menerima kepahitan akibat kehilangan Mumtaz seklaipun Taj Mahal digalas gantinya… dan bagaimana kuat kasihnya Samson pada Dlaila hingga tiada rahsia lagi akan kelemahan dirinya sehingga meragut keistimewaan baginda..

Bagitulah indahnya cerita hidup ini jika ingin digambarkan cerita hidupku… dari mata seorang insan yang sudi mengankat darjatku di mata masyarakat sehingga menukar segala prasangka dan syak terhadap diriku… Insan ini telah membawa segala kegembiraan dunia yang mungkin dulu tidak pernah terfikir oleh ku untuk melihat atau merasa secara nyata..

Jika ada senyuman berbunga dibibirku maka datangnya dari dia... Jika ada mimpi indah ditidurku maka itu dari lamunannya… Jika ada ayat cinta yang terungkap, maka itu hasil dari layanan kasihnya…

Aku bukanlah sesiapa sehingga dia kutemukan… Dia menjadikan duniaku penuh makna... menjadikan aku seorang isteri, pencinta dan yang paling bahagia adalah ibu pada anak-anaknya…

Terima kasih wahai sidia kerana telah melengkapkan hidupku semahunya.. Atas nama Eizlan Yusof suamiku, kau lah cintaku sampai kepenghujungnya… InsyaAllah, Amin !!

Taken from: Vie Shantie's blog. wife of Eizlan Yusof.

I really adore how she wrote. luahan hati dia kat atas ni sangat terkesan kan? suatu hari kita akan jadi isteri dan insyaAllah seorang ibu. berdoalah supaya kebahagiaan sentiasa bersama kita. insyaAllah.. Amin =)

So Tata.

Wednesday, July 14, 2010

Shopping at Mydin USJ 1

Orang USJ, orang Shah Alam or orang2 yang sekitar dengannya, tak perlu kot nak pergi jauh2 cari bunga artificial. jom kita serbu Mydin dekat USJ 1. dekat tempat lain maybe ada tapi aku tak sure la yer. sini memang banyak sebab bahagian kawen2 ni baru bukak. dulu kat bahagian ni specialise untuk IT products. but maybe kurang sambutan. so sekarang dah tukar channel :D

See the flowers, banyak kan? cantik2 plak tu. macam2 kaler ada. majoriti bunga ros la. bunga lain ada jugak tapi aku tak tau nama. bunga2 dia still in good condition coz maybe bunga baru lagi.

Yang dah siap gubah pown ada (yang gantung tu). harga? tak perasan. tapi untuk bunga kecik2 macam kat bawah ni memang sangat murah. just RM1.90 untuk sebatang bunga (12 kuntum).

Gambar kabur coz guna henpon (macam biasa). saiz dia tak la kecik sangat.

Ok yang ni lagi clear kot saiz dia coz ada model b2b yang bajet pemalu. konon! eh dia kawen this coming 25th July tapi masih banyak benda yang tak settle. giler kental ah dia ni. ok sila jangan contohi :D

Kat bahagian ni bukan jual bunga jer. ada dulang hantaran, stand bunga pahar, bekas2 kaca. tapi tak banyak sangat la. yang paling banyak bunga telur kot.

Tengok. bertingkat2. ala2 dekat Nilai jugak la. harga? lebih kurang jer.. and kawan aku tadi tu bought these for her flower girls.

Hair band yang sangat comel. ada kepala mickey dekat situ ;). murah giler ok. RM2.90 untuk 1. tapi kalo beli borong (1 dozen) just RM15.++. giler banyak beza. separuh harga tau. highly recommended.

Yang ni plak saje jer nak tayang gambar daun sirih plastik yang kawan i dah beli. beli dekat kedai Sin Yin at Semua House. price at RM8.80 for 50 pieces. yang besar sket dalam RM10.++. oh lupe nak gtau. dekat Klang tempat aku biasa pergi tu pown ada jual jugak :)

So Tata.

Gedung Kad Kahwin

Semalam temankan my friend to this Gedung Kad Kahwin (website dia tak updated. still under construction). dia nak buat bunting. mulanya owner cakap the price is RM50 per banner. tapi semalam pergi dia cakap RM45 plak. so 2 banner baru RM90. murah kan? tapi takpe, i dapat free jer u. sebabnya aku wat booking dekat Pameran Pengantin. promotion. kalo ikut aku takde banner pown takpe. tapi dah orang nak bagi aku ambik jer la. lagipown free. tapi bukan kat kedai ni la. bakal proceed ke kedai ni, Grazine.

Ni Gedung Kad Kahwin punya buku rasmi. haha. aku tak tau nama. tapi kalo nak tengok design2 yang available, tengok jer kat kedai dia. comel2 la semuanya. banyak sangat sampai tak tau nak pilih kau. aku dah pernah datang sini, once.

Kedai dia ni dekat Kompleks Puchong Perdana. dorang memang selalu join Pameran Pengantin. so maybe familiar la kot di kalangan b2b.

Kad kartun ni memang comel2 betul. geram aku.

Shaking la plak gambar ni. maklum la ambik gambar curi2. haha. mana la tau tokei kedai tak benarkan kan. ni antara kad yang sangat ekslusif. lawa giler tapi tak jelas plak. ingat yer, kad lawa harga pown lawa la. for me plak, bersederhana cukup.

So Tata.