Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, December 1, 2011

Moment Indah

Sape kata saat mengandung adalah saat terindah? sape kata? sape kata? sape kata??

Aku salah sorang! hehehehe.

Hubby's attention
Alhamdulillah aku dapat suami yang memahami, menjaga dan melayan aku sehabis baik. lebih2 lagi time aku membuncit ni. kadang2 tu saje jer aku buat mengada2. nak tengok sejauh mana dia ambik berat. tapi sumpah besttttt agagaga.

When your tummy gets bigger and bigger

Ini kot yang paling mencabar emosi. asyik lah duk tengok cermin.

"Bila perut nak besar ni"

"Eh macam dah besar jer"

"Macam takde beza pown dengan sebelum ni!!!!" <--- nampak sangat dah sedia buncit hahahahaha

Ok but now approaching my 6 months of pregnancy, tummy dah boleh nampak dah. tapi kalo pakai baju besar masih jugak tak berapa perasan. janji Dia dekat dalam sihat ye dak?

Stretch marks pown dah makin timbul ni. takpelah sekurang2nya aku konpiden yang aku ni tengah mengandung hahahaha.

Saat Dia menendang
A very precious moment i can say. i can feel baby's first kick maybe on 19-20 weeks. rasa light2 jer masa tu. makin lama baru la makin rasa. dia tendang jer aku terkejut, tendang jer terkejut hohoho. macam apa jer aku ni. sekarang tendangannya makin berbisa. kalo letak tangan dekat perut, boleh nampak tangan gerak2 terangkat. besttt :)

Saat mengetahui jantinanya
Yes i know ur gender baby! baby tak sorok2 langsung. terus tunjuk jer. maybe dia dengar mak dia asyik duk cakap "Baby tunjuk anu yer. tunjuk yerrrrr" wahahaha.

Kami buat 4D scan semalam, at my 24 weeks @ 6 months. nanti aku share kat mana kami buat yer.


Apa pown lain orang lain pengalamannya. sekarang mungkinlah tak rasa lagi kot pengalaman2 yang 'menggerunkan' tu. yer lah perut kecik lagi. tengok lah tak lama lagi. mana tau, time tu kuar sume jenis 'sakit' nanti hohohoho. berserah jer lah pada Allah. dia menentukan segalanya :)


Mungkin Allah tak uji aku sangat saat mengandung ni, tapi saat melahirkan nanti kita belum tau. hanya berdoa yang terbaik dari-Nya. insyaAllah :)

P/s: Kalaulah tiap kali mengandung senang dan heaven macam ni, rasa macam nak mengandungggg jer sokmo hohohoho


END

Wednesday, November 16, 2011

First Anniversary

Our anniversary is just around the corner.

3 December 2010 ~ 3 December 2011

Lebih kurang 2 minggu jer lagi. but im still thinking apa aku nak buat for our 1st anniversary ni. aku berani jamin yang hubby TAK AKAN prepare anything. so aku yang akan buat surprise and everything. I know him very well. dengan kesibukan keje dia yang tak menentu tu, ucapan ingatan dari dia pown dah cukup bermakna dah. bab leceh2 ni biar aku yang ambik bahagian :)

Masa birthday dia hari tu, aku dah buat surprise macam ni. bila dah tiba tarikh yang ni, terus blurrrrr. tak tau nak buat apa dah! Haiyoooo baru 2nd time nak celebrate dah tak tau nak buat apa? apa cite nanti dah tahun ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya?? hohohohoho.

So ni nak mintak tolong sangat2 ni

Boleh tolong bagi idea tak nak buat apa? anyone yang pernah buat surprise yang sweet2? simple jer pown takpe, janji bermakna.


Please!!


I really2 appreciate your kindness. thanks!

So Tata.

Thursday, November 3, 2011

4th Time: Baby Cot + Stroller

Gigih uollssss. 4 kali pergi tempat sama! Eh2, dulu kata tak suka salessss lalalalala.

But this time aku sangat2 puas hati. lain hari pergi sentiasa lain barang yang dia buat promo. besttttt

Semalam kan aku dah beli car seat. so hari ni menapak lagi untuk beli sroller and baby cot. semalam dah ada target yang mana 1 stroller yang nak beli kan. tapi bila pegi hari ni tetiba dia wat promo untuk stroller yang lebih kurang sama dengan harga yang jauhhhh lebih murah.

Yang penting kalernya mesti la merah :D

It just cost me RM80! sangat sangat sangat sangat suka sebab semalam aku baru jer browse thru web Mudah. and stroller yang sama macam ni sebijik, brand new berharga RM170. banyak giler dapat save. terus tak pk panjang, "Apek, kasi bungkus!" hehehehehe. dia punya handle boleh 2 way, ke depan n belakang.

Then tengok baby cot. baby cot yang aku nak tu dah turun harga laaaa. walaweihhh. from RM182 jadi RM150. pastu ada design yang lagi best pulak tu. siap ada music lagi. best best best.


Tapi kaler merah takde :D. yang ni siapa cepat dia dapat sebab dia jual yang display. but kualiti? tip top yer. takde rosak apa2 lah.

Bajet asal:

Stroller: RM230
Baby Cot: RM182
Total: RM412

Actual cost:

Stroller: RM80
Baby Cot: RM150
Total: RM230

Jimat almost 50%! ok lagi sekali nak kata best :D.

So korang, kalo rasa nak pergi, aku suggest pergi lah. banyak dapat save.

P/s: Eksaited terlebih nampaknya mak buyung sorang ni agagagaga

So Tata.