Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

2011 is Leaving. 2012 is Coming!

The last day of the year is here now!

Pejam pelik pejam pelik dah sampai hujung tahun. hari ni hujung tahun eh, 31 Dec 2011. hari ni aku cuti, tapi hubby keje. duk umah sorang2 lagi lah macam biasa :(

Dekat rumah in law ada buat mesyuarat n ada makan2. ok bab makan2 kena highlight hahahaha. meeting start after Asar tapi aku still jugak kat rumah. tunggu hubby balik pukul 7 nanti lah. after Maghrib baru gerak. ok aku ni menantu yang tak berapa nak baik herherher.

Okeh the new year 2012 is coming. kalendar baru pown dah berlambak2 ni hehehe. apa resolution baru?

Aku cakap terus terang lah, yang aku dah malas nak ada apa jenis resolusi pown. sebabnya resolusi sejak 11 tahun lepas pown tak tercapai2 lagi sampai sekarang hahahahaha! so we just go with flow saja. hidup bersederhana, janji selesa. apa yang ingin dicapai, bakal dicapai n telah dicapai, simpan dalam diari sendiri jer lah.

Happy new year 2012 uollsss!

Moga hari yang mendatang penuh dengan:
  • Kejayaan
  • Kebahagiaan
  • Kegembiraan
  • Dan keberkatan

Amin :)


P/s: Susu Mamil Mama ni memang sedap betul lah! tak rasa muak langsung bila minum ;)

So Tata.

Friday, December 30, 2011

Nak Beli Ke Tak Nak, Nak Beli Ke Tak Nak Niiii

Tak boleh tido malam. tak boleh tido malam. tak boleh tido malam teringatkan katil ni oiiiii....


Memang idaman sanubarilah.

A: Waaa bestnya tilam dia. berapa ni?
S: Ini 6 ribu
A: Wooooooo. u takde yang murah2 sikit ke? mahal sangat lah <--- dialog orang yang takde duit tapi berangan nak katil mewah
S: Ada. dalam sana X ribu. 


Simple yet elegan


A: Lawanya!!
S: Yang ini tengah promotion 50%. harga asal X ribu. katil harga lain. tapi sekarang tengah offer. jadi beli ni dapat katil free. lagi dapat soft pillows free. tilam ni ada 10 years warranty
A: Waa.. bestnya. lembut giler tilam dia
S: Ini 100% Latex maa. u duduk sini, i lompat hujung sana takde rasa ooo
A: Sampai bila offer ni?
S: Sampai hujung bulan ni saja
A: Hmmm.. ok lah nanti i datang balik lah. kasi fikir dulu yer

Keluar jer dari kedai bla bla bla discuss ngan hubby. kami betul2 dah jatuh cinta pandang pertama sama itu katil lah. tapi bila kira bajet sana sini, macam semput jer hahaha. dengan mak nak guna duit lagi..

Diamlah aku menunduk seribu bahasa... katil idamanku..... huhuhu

Masuk kereta, duk bebel lagi.

"Bestnya kalo dapat katil tu.. lama dah orang nak katil macam tu awak. katil idaman kita tu"

Bincang punya bincang, we came out with decision. takmo pk panjang lagi dah.

Esoknya, kita kasi angkat! 



We go for king size sebab aku tengok queen size macam lah pulak. kami kan XXL hahaha. its quite pricey tapi takpelah. brand pown bagus.

Ada 3 pilihan warna. white, beige n dark brown. we choose ______ colour hehehe. nanti dah sampai lah aku kasi review.

Tak salah aku rasa berbelanja lebih sikit untuk tilam. lagipown dah berbulan2 kami tunggu nak beli tilam n katil for our room <--- jangan ditanya mana kami tido sebelum ni! hahahaha. memang niat hati nak beli yang elok terus. beli biar puas hati. insyaAllah kalo tilam elok, kuranglah masalah sakit belakang aku nanti. tido berkualiti lah konon lepas ni hahaha.

Alang2 dah ada dalam Carrefour, g survey bed sheet jap. yang kat rumah sume queen size. so nak tak nak kena lah beli yang baru.


Macam2 design lah ada. tapi akhirnya tak beli pown. bila katil dah sampai nantilah baru beli. tengah pening nak pilih kaler sebenarnya hahaha. bolehhh?

So Tata.

Keperluan -- Kehendak

Aku sebenarnya nak cakap pasal Keperluan vs Kehendak ni. manusia ni kan, kadang2 tak boleh nak bezakan mana satu kehendak, mana satu keperluan. contoh:
  • Makan adalah keperluan. tapi makan di restoran hebat adalah kehendak.
  • We need transport. contohnya kereta. sape tak berangan bila BMW lalu sebelah? siap cucuk2 suruh kita ke tepi sebab kete dia jauhhh lebih pickup dari kete kita? tipulah kalo kata tak teringin. tapi itu sume kehendak. kalo tak ada pown tak jadi satu bebanan dalam hidup. bila ada tu yang terbeban nak membayor bulan2! kalo mampu, takde hal. ini kes orang yang kurang mampu macam aku lah.
  • Handphone. bulan ni ko beli henpon baru, bulan depan dah keluar model baru. yang kehendaknya tinggi, sanggup trade-in everytime keluar model yang dia berkenan. itu semua kehendak ok! tak beri kesan apa2 pown kalo ko tak tukar. henpon sekarang ni function dia sama jer sume. yang beza, rupa bentuk. keperluannya, kita cuma perlukan alat komunikasi. tapi kenapa ya nak membazir?

Kalau nak senaraikan kehendak sendiri, tak kan habes. lagi ko pk apa yang ko nak, lagi bertambah2 keinginan untuk benda2 lain.

P/s: Ingat tak entry ni? apek tu bagitau aku tadi, nombor yang naik 8383 bukan 8585. alahai sikit jer lagi! hahaha

So Tata.