Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 27, 2014

Tengah Malam

Now tersangat addicted to Running Man.
I am not a Korean fan.
I is tak minat tengok mamat-mamat cute comel rambut blond, mata sepet, muka jambu macam tu.
I is suka lelaki melayu asli, wajah melayu asli, hitam manis amboiii haha..

Tapi sekarang disebabkan adir ipar yang sangat menggilai K-Pop, dengan aku sekali terjebak.
Siap upgrade astro package semata-mata nak tengok Running Man sahaja hehe..
Tapi Running Man ni memang layan.
Mula-mula tengok tak paham sangat lagi rancangan pasal apa.
Dah 2, 3 episode baru dapat kena dengan jiwa.
Giler kelakar.

Ni menonton sorang-sorang di tengah malam.
Hero-hero berdua dah selamat berdengkur depan tv ni jugak.
Dah habis karang baru la angkat si kecik.
Kalau angkat sekarang kang dia terjaga nak susu pulak.
Kacau daun maknya nak menonton hehehe..
Si ayah ni pun berdengkur depan tv ni lagi.
Nanti la kejutkan.
Tapi boleh jer biarkan tak payah kejut.
Selesa dan lapang sikit atas katil tu bahahaha..
Jadi lepas habis rancangan ni baru la kita masuk bilik yer.
Teman ibu dulu tau :D

Tetamu-tetamu dari jauh dah balik siang tadi.
Penat meronda 2 hari ni.
Yang bestnya, tempat yang tak pernah aku jejak kaki pun dapat pegi.
Semua tu akan diceritakan dalam next-next entry :)

Esok dah start keje selepas 5 hari cuti.
Serius malas gilerrrr.
Mengamuk la si kecik ni esok bila hantar rumah pengasuh.
Drama wajib tiap kali ibu bercuti panjang T_T

Sekadar gambar penyeri ;)

Ok now nak sambung menonton.
Pukul 1 baru habis ni.
Suka betul berjaga malam sekarang.
Biasa dia tuuuuuu :D

Friday, October 24, 2014

Mata

......Cerita minggu lepas

Tua dah ambe ni.
Tahun depan dah 3 series.
Rasa macam tak boleh terima kenyataan la pulak huhuhu.
Dah tua-tua ni mata pun makin lah tidak memberi kerjasama.


Dari pagi membawak ke petang mengadap komputer.
Sampai rumah, sambung pulak dengan henpon.
Macam mana la mata tak jammed.
Bila sakit kepala menyerang, gunalah panadol.
Eh eh itu iklan dekat tibi :D


Sekadar gambar hiasan.
Nak tunjuk tu, 1 Malaysia sangat kan :D

Time sakit kepala datang, jumpa doktor pastu claim migrain.

Awak bukan migrain, tapi disebabkan mata. Awak rabun kan? Pakai spek!

Doktor pun nak emo.
Pastu tak dapat MC hahaha..
Jadik marilah kita buat apa yang patut.


Tadaaaa.
Malam tu jugak siap.
Canggih tak canggih tak :D

Mahalnya buat spek ni kan.
Yang aku buat ni, tempah cermin jer sebab bagi dia bingkai lama.
Cermin saje pun dah 300.
Bapak lah mahal aku rasa sebab power aku tak tinggi.
Rabun tak ada langsung, just silau jer.
Ada jer yang murah, tapi ikut kualiti.
Yang aku ambik ni kononnya bagus untuk yang pengguna komputer dan smartphone.
Boleh protect mata katanya.
Baiklah saya ambik.
Dasar mudah terpengaruh :D

Tapi takkan dah settle nak terus balik kan.
Mari la jalan-jalan dulu di Aeon Bukit Tinggi ni sambil-sambil standby wallet :D


Apa-apa hal Chatime jangan dilupakan.
Menu wajib tu hehe..

Then turun ground floor.


Alahaiiiii dia buat sale la pulakkk.
Handbag pulak tu.
Tapi imanku teguh utuh dan kukuh :D
Its okay, there's always be next time hahaha..


Satu, dua!
Selekehnya lahai dengan baju tido pegi mall.
Malas la nak tukar sebab kang balik terus tido jer :D
Rezeki Hafiy kali ni dapat sewa (free) kereta ni.
Sebab workdays kan.
Kalau weekend memang bertuah sangat la nak dapat ni.


First time try Texas Chicken.
Not bad rasa dia.
Pilihan set pun agak variety.
Harga pun ok2 la sebab untuk semua yang kat atas tu dalam RM20++.

Tapi 1 la nak complain.
Staff dia.
Sangat tak friendly.
Seriously la kena banyak improve.
Tak boleh lawan KFC & MCD.
Nasib baik foods okay.
Kalau tak confirm spoil.


Close up sikit :D
Bingkai lama, tukar cermin jer.
Sebab dulu buat power tak sesuai dengan mata.
Tapi ku simpan buat pekasam.
Cerdik sangat tak pegi tukar balik.
Senang-senang jer melayang 300 T_T


Yang ini pun spek lama.
1 batch dengan yang kat atas tu.
Masa buat dulu ada promotion buy 1 free 1.
Pun sama, simpan buat pekasam ler :D


Test selfie sikit.
Sebab katanya kalau selfie akan ada reflection kaler biru.
Sah, memang ada.

Thursday, October 23, 2014

Menanti Tetamu

On leave for today and tomorrow.
Bahagianyaaaaaa dapat cuti direct 5 hari :D

Abang ngah 1 family dah on the way ke sini.
Mak ikut sekali syoknyaaaaa.
Lagi syok sebab tak payah pecah kepala pikir menu nak masak hari-hari.
Petik jer nak makan apa, kejap kang siap la :D
Memang hantu kau ni kan bahahaha..


Nasik ayam sebagai penyeri.
Berkurun dah oiii tak masak nasik ayam ni.
Macam biasa la resepi konpem kena google :D

Entah apa la rasa kang ni.
Berdebar-debar jer aku tunggu mak sampai.
Maklum ler tekak chef ni lain macam sikit.
Lebih-lebih lagi chef tersebut sangat terkenal dengan bebelan padunya hahaha..
Redha dan pasrah aje lah nampaknya ni :D


Ibu cuti panjang, suka la awak kan.
Konpem badan susut nanti ni.
Budak ni pelik sikit.
Kalau lama duk ngan aku memang akan susut badannya.
Sebabnya nak makan punya la susah.
Kalau dekat rumah pengasuhnya apa saje yang tak makan.
Pengasuh garang giler oiiii :D

Selamat bercuti pada diri sendiri ;)