Wednesday, November 24, 2010

DIY: Bunga Tangan Stokin




Its done! alhamdulillah :)

Ada sesiapa nak tempah? hahaha. nak buat untuk diri sendiri pown terhegeh2, ada hati nak buat orang punya pulak? muahaha.

Bunga tangan stokin ni aku akan guna untuk majlis di Terengganu on this coming 3rd December *oh just 8 days to go*. aku tak tau mana nak cari kedai jual bunga hidup la kat sana. uhuk uhuk. so taknak ambik risiko, just buat bunga ni. lagipown stokin ada banyak lagi lebih. tak tau nak buat apa. nak buat extra bunga telur, oh tak sanggup! :D

So Tata.

Monday, November 22, 2010

What a Stressfull Morning

As promised, baju bertandang aku akan siap hari ni 22 nov. early morning, aku mesej butik's owner.

A: Salam. baju saya dah siap ke? boleh jumpa hari ni?
B: Esok, tq
A: Kak saya tak banyak masa dekat shah alam ni lagi. janji lain tapi jadi lain

No reply. so aku sambung. dah bengang 

A: Saya tau la akak ni sebok sangat dengan artis. tapi akak kena ingat, saya ni customer jugak. jangan buat lebih kurang je

Darah dah naik sampai otak kot. serius rasa nak langgar jer kereta dekat depan aku tadi. then she replied.

B: Ok fine u datang today, but hope u jangan terlalu emotional, u untung coz i tak caj u harga baju baru, also pelamin panel tiada caj tambahan. your deposit paid only RM500, sepatutnya u should pay half payment, our procedure 1 week before majlis u should settle total, tq.. c u petang ni

Then dia sambung lagi.

B: Sara u pengantin, i respect u as my customer, but u dont simply blame me anything, if u nak satisfy i can return ur money..tq

What do u expect? last minute macam ni, is it the right time for me to cancel everything?

A: Pasal deposit, itu akak yang tetapkan kan? akak yang cakap just give 500. kan? then pasal baju, akak cakap memang akan dapat baju baru sebab u baru bukak butik. so how? bukan saya yang at first request all that. akak pon faham keadaan bride to be. there are lots of things to be settled down. n kenduri saya plak bukan dekat sini jer. so bab macam ni, i really hope that u can help me to make it done faster so i can focus on the other thing. bukan nak menyusahkan sesiapa

Hambek. panjang lebar aku merepek. bengang tahu?

B: Baju tu dah ada, memang baju tu as per disscuss cuma i hope u can consider bukan dengan cara melenting macam ni pagi2 hari..bukan caranya..if u cakap nicely everything can be settle, tak perlu u simply blame people, Insyaallah bendanyer ada..

Macam aku sorang jer yang buat masalah..

A: Saya dah banyak kali kot try to cakap baik2. but akak asyik sibuk n seems like ignoring me sometime. i just want to make sure everything is under control. akak faham better kan coz u dah biasa liase with others.

Thats all. no reply from her anymore.

Am i making trouble? i just want to make sure semua benda berjalan dengan baik. bukan satu benda ni jer aku kena settle. baaaanyak lagi. i just have 3 days in Shah Alam. n i will be home for almost 2 weeks. dah takde masa untuk fitting n tengok baju bertandang lagi.

3 days n there are loooots of things lagi nak kena buat. tolong la jangan kacau schedule aku.

Aku cuma nak semua ni berlalu cepat.

Friday, November 19, 2010

DIY: Guestbook Ekspres, Murah & Jimat

Lagi berapa hari jer ni.

Guestbook benda wajib yang kena ada on my wedding. nampak macam perkara kecik jer. tapi aku nak sangat2. untuk kenangan kan?

Mulanya nak tempah, tapi satu buku tu dah RM80. mahal kot?

Pk punya pk malas plak rasanya nak buat beria. simple2 sudah la kan? janji ada. lagipown masa dah suntuk maa. tak payah ngada2 nak buat vogue2.

Siap in 1 day. guestbook paling simple di alam semesta! ingat lagi portfolio yang kita selalu buat time sekolah dulu? time study dulu? haa gitulah rupe guestbook aku ni. takde apa yang special pown. tapi i sukaaaa :D.

Guestbook ni aku combine for both side. nape kaler kuning? sebab ni jer kaler yang ada dekat opis aku. kertas nipis murah pulak tu. ahahaha. giler pemalas bakal pengantin ni kan? ok2 nanti kalo aku ada masa aku cari kulit cantik sikit ok? penuh bunga2 ker? hahahaha.

Dekat dalam aku just tulis nama jer. got an inspiration from Huda. tapi dia punya lagi neat la for sure. aku punya buat sendiri. semua kos office yang tanggung. ahahaha. ampun bossss :D

Jangan lupa tinggal jejak anda yer nanti!

So Tata.

Thursday, November 18, 2010

1st Fitting: Tak Seronok?

 Entry Tertangguh

I have a problem. not 'a' actually. baaanyak problem sebab badan macam tong drum. nak kawen tapi tak reti2 nak kawal makan. hari tu diet kaw2 tapi badan pulak tak boleh accept. nak exercise pown badan tersangatlah cepat sakit. so redha jer lah dengan bentuk badan yang sedia ada T__T

Dah 2 minggu berturut aku balik kampung. bukan dekat, Terengganu tu! tapi nak buat macam mana, banyak benda wajib settle.

Benda paling penting, tengok baju! entah macam mana rupa pown masa tu, aku tak pasti. bila sampai kedai, terus mata melilau cari baju. n bila tengok, oh ok la. berat betul. penuh dengan bead. try pakai n muat ngam2. tapi tak suka. lengan nampak besar. pinggul nampak besar. memang dah sedia besar pon. sepatutnya tak terkejut kan? tapi tak seronok. Mr Busy cakap cantik sebab memang ngam kena dengan badan. tapi aku tak seronok. lengan besar. punggung lagi besar. tak suka!

Mood: Down tetiba T__T

So Tata.

Tuesday, November 16, 2010

Testing: DIY Hantaran

Ingat tak nak buat post ni. orang kata nanti basi. tapi takpelah, nanti entah sempat entah tidak nak update semua kan?

 Abaikan dawai yang belum potong tu. testing katanya :D

So what say you? nak mintak pendapat, tambah or tolak apa yang patut? amatur la katakan.

So Tata.

Friday, November 12, 2010

Formal Invitation

The cards are ready to be sent. saje aku takmo hantar awal2, nanti orang lupa!

For address, aku tak print. tulis tangan jer semua. seronok! tapi maaf tulisan awal2 jer cun. dah ke belakang macam hampeh. kahkahkah. janji pakcik posmen boleh baca :D. tunggu kad i sampai yer? kad murah jer u ollss. tapi info cukup. insyaAllah.

So Tata.

Wednesday, November 10, 2010

Tipu-lah!

Ticker dekat atas tu rosak. kan? kan? kan?

DIY: Pomander Balls

Ok takmo cerita sedih2 lagi ok? kawan2 b2b kata, nak kawen kena senyum selalu, jangan stress2, take it easy n enjoy the moment sebab satu masa nanti kita akan rindukan saat2 ni. thanx a lot kawan2 sume. i feel like crying bila baca kata2 semangat dari kamu :')

Apa pown yang jadi, preparation kena jalan kan? takmo sedih2 emo2 sampai tak boleh buat keje ok. dugaan sikit2 tu biasa la. kalo takde halangan, tak mencabar la kan? eceh berlagak pulak. kena cobaan sket mula la merah mata tu! muahaha.

Ok2 tutup story yang tu.

Lunch semalam i went to Mydin USJ. nak beli bunga for my pomander balls. orang buat, i pown nak buat jugak u. dah banyak kali usha bunga kat situ. murah beb kalo banding ngan tempat lain. cuma tak tau nak beli yang macam mana jer.

So semalam pilih punya pilih, i came out with decision.


Bunga matahari ke bunga daisy?

At first nak beli bunga ros. tapi takde saiz yang bersesuaian. lagipown masa housemate aku nak kawen dulu dia dah guna bunga ros kecik2. mak aihh susahnya nak cucuk dekat bola tu. kena pakai jarum peniti plak. menyusahkan dan menyakitkan tangan! takmolah. n nasib baik jugak jumpa bunga ni. sangat bersesuaian!

Balik rumah terus jalankan projek. tak sabar sebab dah lama simpan bola gabus ni. housemate aku dulu tersilap beli saiz besar. so aku ambik for my own use. oh dia beli dekat Sin Yin. aku tak pernah pegi Semua House. sadis kan? 

1st kita kasi potong itu bunga.

Batang bunga ni keras. so senang nak cucuk dekat bola tu.

And done! 5 of them. suppose ada 6. tapi bunga tak cukup. lunch ni nak pergi beli lagi sikit.

Costing: Pomander balls 

Bola Gabus: RM3/pc
Bunga: 1 tangkai (5 kuntum bunga) = RM1.90
1 pomander ball: 5-6 tangkai bunga = RM1.90 x 6 = RM11.40
Total cost: RM3 + RM11.40
=RM14.40

Kalau beli puluh2 ringgit (RM30 ++). buat sendiri lagi best. jangan risau senang jer ok. trust me ;)

P/s: Aku nak tambah lagi pomander ball ni. tapi memang dah tak sempat nak pegi sana. ada sesape nak pegi Semua House? nak kirim pelessssssss :D

So Tata.

Monday, November 8, 2010

Celaru

Ok aku cuba tak nak tulis, tak nak cerita dekat sini. takmo la cerita stress2 sebenarnya. tak tau lah. masa nak tulis ni rasa macam nak menitik air mata. pehal entah.

Lebih kurang 3 minggu jer lagi before majlis. and just tinggal 2 minggu untuk aku prepare sume benda yang besar2. 2 minggu lagi dah balik kampung, bercuti panjang. n masa tu, aku dah takkan ada masa dan tenaga untuk pikir dan urus benda2 yang aku patut settle sekarang.

Duduk dekat kampung 3 hari, takde apa dapat disettle, kecuali kek. cat tak beli lagi. so bilik belum cat n perabot tak boleh hantar lagi. mana mau letak.

Pergi butik nak tengok baju, tapi khamis ni baru sampai. "akak oii saya bukan ada banyak masa kat kampung. takkan tiap2 minggu nak balik". susah jugak sebab the owner dalam pantang. 15hb baru habis pantangnya. masa tu baru boleh dia tengok betul2. lagi berapa hari jer masa tu, apa perlu saya buat sekarang? depan dorang buat2 cool, tapi dalam hati menangis. cuma tak bersuara jer.

Sempat jugak curi2 masa cari console table for my room. dah jumpa yang berkenan tapi kaler hitam jer sume. please la, takkan takde produce kaler putih langsung? benci bila time kita nak, sume takde. abang ngah cakap, "takpelah hitam pown". takkan kot?? yang lain sume putih. benci! bukan nak cerewet sangat tapi memang akan nampak sangat janggal if ambik kaler tu. dah2 malas nak cakap. kalo ada, ada la. kalo takde, berserah. tak payah gatal2 nak ada console table bagai. cukuplah perabot yang dah ada *sedapkan hati*.

Baju bertandang pown tak tau cerita. will call u, will inform u. thats all the owner said. please, i just have couple of days saja! should i start crying now? T__T

My officemate asyik MC. pembawakan budak. yes tak boleh salahkan dia, satu hari aku pown akan alami masa macam dia. dan masa tu aku pown tak tau macam mana keadaan aku. dia takde, semua benda aku kena buat. aku lah receptionist, aku lah buat admin, aku lah buat account. can u imagine how kelam kabut i am? Puan Manager, kalo ko baca ni, buat2 tak tau jer lah aku blogging time tengah banyak keje ni. otak aku dah nak pecah.

Orang cakap bakal pengantin tak boleh stress, tak boleh pikir banyak sangat. tapi kalo bukan aku, sape lagi nak tolong pikirkan? sape lagi nak tolong settlekan segala benda dekat atas ni?

Kalaulah kamu boleh baca perasaan saya sekarang

Costing: Bunga Pahar

Kain stokin = RM1.30 each
1 keping = 4 kuntum bunga (8 petals each)
Kos 1 kuntum bunga:
RM1.30/4
= RM0.325 

Dawai = RM0.08 each
1 dawai = 4 petals
Kos 1 kuntum bunga:
RM0.08 x 2
= RM0.16

Manik:
RM0.03 x 2
= RM0.06

Bunga kecil (4 kelopak) = RM0.05

Daun:
RM0.13 x 2
=RM0.26

Ribbon:
RM0.03 x 3
=RM0.09

Net = RM0.02

Pelilit = RM0.05

Lidi = RM0.02

Total cost:
RM0.325 + RM0.16+ RM0.06 + RM0.05 + RM0.26 + RM0.09 + RM0.02 + RM0.05 + RM0.02
= RM1.035

Kos2 dekat atas tu aku dah kira yang paling maksimum. so total cost lebih kurang RM1 sahaja. kalau beli dekat kedai paling murah aku pernah jumpa RM2. tu pown design yang sangat simple. kalo design yang aku buat tu mungkin dalam RM3-RM5. jimat banyak kan?

Cuma 2 benda jer yang tak jimat. masa dan tenaga. jadi renung2kan dan selamat berDIY. peace! :D

 Eh2 tetiba ada gambar penyangak 

So Tata.

Friday, November 5, 2010

Banjir dan Kenduri

Hujan dan banjir ni kita tak boleh duga bila akan berlaku kan. sekarang dah masuk bulan 11, dah masuk musim tengkujuh. kita pown dah biasa dengan berita banjir bila tiba jer musim tengkujuh ni. bagi yang merancang nak buat kenduri mesti kena pikir panjang.

Sekarang Kedah dilanda banjir teruk. family bakal mertua abang ngah pown tak terkecuali kena berpindah-randah. majlis dorang lagi 3 minggu jer. agak2 sempat tak air tu surut? kalau tak surut jugak macam mana? kena la cari alternatif lain nampaknya. maybe kenduri ditangguh dulu but settlekan yang wajib. abang aku dah tak sabar nak menikah. hahaha. apa pown, mintak segalanya dipermudahkan. amin.

Banyak negeri dah banjir, tapi Terengganu belum lagi. insyaAllah doa banyak2 rumah aku tak naik air yer.

So Tata.

Thursday, November 4, 2010

Checklist: Balik Kampung

Deepavali aku balik. raya haji duk tempat orang. camno? "Nak wat camne mak, cuti Tie tak banyak" uhuk uhuk. so dalam 3 hari ni kena siapkan benda2 ni:
  1. Cat bilik - kena beli n cat terus. takmo suruh abang beli, nanti tak kena kaler yang aku nak.
  2. Perabot - bila bilik dah siap, boleh suruh dorang hantar terus perabot yang beli hari tu. tak sabar i nak deco bilik ni. eceh :D
  3. Pergi butik - tetiba rasa macam nak tengok baju lain. buleh? ahaha. bukan apa, baju yang kakak tu order belum sampai2 lagi. agak risau la jugak kan. so saje la nak tengok2 baju lain. for back up. ha baju laki sekali kena tengok. hari tu belum settle lagi.
  4. Tempah kek - mana mau cari ni? orang kata aku orang kampung lupa daratan sebab dah tak tau perkembangan kampung. haha. ok so kek for hantaran n kek for potong kek kena cari ni. abang2 adik2 i kan orang jati kampung. kalau tak tau jugak aku ketuk sorang2! muahaha.

Eh apa lagi, apa lagi?? tadi macam banyak, sekarang macam tak banyak plak. ahahaha. jap2 nak gilap otak. dah berkarat kot.

P/s: Malam ni balik kampong. o yeahhh.

So Tata.

Wednesday, November 3, 2010

Bunga Pahar: 100% Done!

Finally! Alhamdulillah.. syukur sangat. akhirnya siap jugak. genap 1 bulan sebelum majlis n my bunga pahar dah siap sepenuhnya. malam tadi bersengkang mata sampai pukul 2 pagi sebab nak kasi siap jugak. pastu pagi bangun dah bengong. ingat jam pukul 745, rupanya dah 845. buleh? haha. bayangkan ofis hour pukul 830 tapi pukul 930 baru aku sampai opis. wakakaka. giler kental. aku mesej bos gtau lambat sket sebab terbangun lambat. haha. berterus terang giler. amponnnn yer bos. 1st time ni kan? haha.

Meh2 kita jenguk hasilnya.


Masa ni belum siap lagi. dalam proses untuk tambah ribbon dan net.

Bunga aku ni memang ada macam2 tone kaler. sebabnya beli asing2. so probability untuk kaler tu berubah memang ada. tak kesah la kan. janji pink.

Ni close up bunga pahar yang dah siap. dulu aku pernah post pasal ni. refer to this entry. n dari penyelidikan n pengkajian (ceeewaaahh), aku buat renovation sket. dekat bawah bunga ros tu aku tambah bunga kecik 4 kelopak n ubah ribbon. maybe still nampak kosong but cukuplah. tak larat dah eden! :D

Semua dah siap masuk kotak. 100 of them. nak simpan terus sebab malas nak tengok dah. haha.

Untuk pengetahuan korang, those bunga pahar were 100% design n done by me myself. dari potong dawai, bentukkan, dawai, ikat stokin, bentukkan sampai jadi bunga, manik, bunga kecik, ikat ribbon, net. pendek kata semua lah aku buat sensorang. penat toksah cakap la kan. tapi aku saaaaangat puas hati. berbaloi la tangan bengkak pown kan. hahaha.

So korang, kalau ada niat n kesungguhan, mesti boleh! aku ni bukan kategori rajin tapi kalau ada effort semua boleh jadi. mulanya aku tak yakin pown aku boleh buat. tapi aku kuatkan hati jugak. mesti boleh punya lah kan! eh2 dah jadi sesi motibasi la pulak. muahaha.

Tapi project belum selesai sepenuhnya. lepas ni nak kena buat bunga dulang n bunga tangan pulak. eceh berlagak gigih. haha.

So Tata.

Monday, November 1, 2010

My Bro: Reaksi Sengal

Last night abg ngah tumpang tido dekat rumah. sebenarnya aku nak berlagak dekat dia, nak tunjuk bunga pahar yang aku buat sendiri tu. haha. TAPIIIII..

Bukan dia nak puji ke apa. masuk jer rumah terus sound aku.

"Pink semua. serabut lah mata aku tengok dekat rumah nanti"

Siot giler! bukan nak puji kesungguhan aku buat itu ini. tapi dikatanya serabut sebab kaler pink? dah nama pown kaler tema pink, mesti la pink kan?

Kalo kaler hijau baru lah cerah mata dia! sengal.
 
P/s: Bunga pahar dah nak siap. lagi 15% kot?

So Tata.