Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 26, 2011

Makan-makan di Hari Isnin

 Birthday Girl, Miza Afrina

25-07-2007 ~ 25-07-2011

4 tahun dah rupanya. Auntie awak ni dah tua lah, asyik lupa jer! hehehe.


Makan mee kari yo!


So Tata.

Gatal Jugak Nak Main!

Sudah disenaraikan sebagai salah seorang peserta, tetapi terpaksa menarik diri di saat2 akhir.

Acara: Pertandingan Badminton Ahli TETHM
Tarikh: 23 Julai 2011, Sabtu
Tempat: Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan

Ok gini ceritanya. family belah hubby ada satu club yang diberi nama TETHM (Tabung Ekonomi Tuan Haji Mahmud). Tuan Haji Mahmud adalah arwah datuk hubby. dah lama kot club ni ditubuhkan. seriously aku tak tau sejarah dia sangat. nanti lah aku study dulu hehehe. tapi dorang selalu buat aktiviti lah.

So last weekend, hari Sabtu, dorang buat Badminton Tournament gittewww. setiap keluarga kena hantar wakil sekurang2nya 2 wakil (bergu). aku dah tersenarai nih, sekali kena tarik diri la pulak. tapi takpe, oleh kerana hubby masih lagi salah seorang wakil, so aku pown mesti lah pergi dan bagi support konon.


So yang main adalah, hubby dan kakaknya. tapi yang ni dorang kalah lah. gatal jer tangan aku nak main tau? tergedik2 aku kat luar court tu. hahahaha.


Pengadil juga di kalangan mereka. time ni hubby jadi pengadil aku jadi penyibuk ehehehehe.

Then bila tiba 2nd round untuk hubby and kakak dia main, kakak dia hilang la pulak! pastu aku apa lagi. ambik kesempatan la masuk court! maklumlah tergedik2 dari tadi dah nak pegang raket herherher.

Sempat la main 1 game. i main sopan santun jer. hilang kempunan. tapi yang bestnya kami menang! huhahuhahuha. ok2 lepas ni tak main dah ok? :P







Eh2 perasan tak i dah ada watermark baru?


Sendiri bikin sajer.

So Tata.

Friday, July 22, 2011

Sarah's Kitchen: Roti Telur

Breakfast pagi tadi

Asyik2 telur je kan? ok la tu dari takde!

Roti dah expired, kena habiskan cepat2 sebelum beliau berkulat.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Telur Dadar


Telur dadar pown nak kecoh ke? dah la hancur herherher.

Ini je lauk kami semalam. masak sesimple yang boleh, sekadar untuk alas perut sebab malamnya ada makan2 sikit sempena birthday abang ipar n anaknya. lagipown barang mentah dah bo liau lah. Ok takpe2 sabar tunggu peti sejuk sampai Sabtu ni. kita kasi penuh atas bawah!

So Tata.

Thursday, July 21, 2011

Sarah's Kitchen: Bubur Nasi Maggie


Menu orang sakit.

Semalam aku tak masuk dapur. sampai rumah terus flat. bangun jer tengok bubur dah siap. Terima kasih yer.. :)

So Tata.

Wednesday, July 20, 2011

Sarah's Kitchen: Udang & Sotong Goreng Tepung Rangup

On the way balik keje semalam, baru teringat "Alamak, beras dah habes lahhh!". so rancangan untuk memasak lauk2 tertentu cancel on the spot. teringat apa yang hubby request sehari sebelum, katanya nak makan sotong goreng tepung. so jom kita masak! 


Rangup.. sedap!

For udang, aku buang kulit siap2, senang nak makan n lagi sedap rupanya. manis udang ni tau! ni pown tak cukup hehehe.

Actually udang n sotong ni side dishes jer. aku masak makaroni goreng. sebabnya balance sos hari tu ada lagi. peti sejuk pown dah buat hal, so terpaksalah habiskan semua barang yang cepat rosak.


Haa.. sos ni lah yang aku guna. sebab ada orang tanya, sos Leggo's tu macam mana rupa dia. yer lah yang selalu orang guna kan Prego. aku pown baru 1st time tau pasal sos Leggo's ni sebenarnya hehehe. boleh lah cuba yer?

So Tata.

Tuesday, July 19, 2011

Peti Sejuk oh Peti Sejuk.....

Apa lah nasib.. peti sejuk pulak buat hal. baru jer nak beli mesin basuh. tup2 yang dah ada pown nak mintak tukar jugak. alahai nasebbbb.

Nak tau apa yang jadi? gini ceritanya...

Peti sejuk yang kami guna sekarang ni adalah pemberian kakak ipar. dia dah beli yang baru, so yang lama ni mereka bagi jer la pada kami laki bini yang baru berpindah ni. peti sejuk ni jenis yang lama punya, 1 pintu n jenis yang kena defrost bila aisnya dah berketul2.

Makin lama, aisnya makin banyak makin besar. barang basah dalam tu pulak tak pernah tak ada. so proses untuk men'defrost' asyik tertunda jer. so untuk mengelak peti sejuk tu susah untuk ditutup pintunya, hubby ketuk lah ais tu sikit demi sikit. buang sikit2 jer lah. nak buang semua memang tak boleh.

Nak dijadikan cerita hari jumaat hari tu hubby ketuk la lagi ais tu sebab dah banyak sangat. ketuk punya ketuk, sekali terketuk body. hadoiiii. apa lagi, bocor la dia! gas pown keluar lah dari lubang tu. bahagian sejuk beku pown dah tak beku dah. ais yang berketul2 tu pown makin lama makin mencair sebab bahagian atas dah tak sejuk macam yang asal.

So nak tak nak buat masa sekarang, solution kami adalah kami guna tong putih besar yang orang selalu letak ikan masa pegi mancing tu untuk letak barang2 mentah untuk lauk. sadis kan? huhuhuhuhuhuhu.

Dasyat kan kami? kakak ipar guna bertahun2, dari bujang sampai la dah kawen, sampai la anak 2. elok jer.. dapat dekat kitorang, 2 bulan jer bertahan! hahahaha.

Pastu kan, tak sedar diri dah sengkek, berangan tak hengat!


Herherherher.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Daging Masak Merah

I am not feeling well sangat malam tadi. semalam kira last lah puasa. nasib baik lah. sungguh tak larat badan ni. tengah potong sayur (sambil duduk ni) boleh tetiba nak pitam? haiyooo lemah sungguh badan semalam.

Akhirnya hubby yang potong sayur sampai habis. masa tu daging tengah rebus. aku biar hubby yang handle pulak. bangun jer rasa nak terbalik, huyung hayang. halamak.

Tapi nak masak punya pasal gagahkan diri jugak. daging hubby potongkan. aku bangun tumis bahan2. letak sume, let him do the rest. aku sambung baring. seriously sangat lemah badan ni semalam.

And here you go, daging masak merah yang sedap memikat!

Presentation by my hubby. aku dah flat

Sungguh yummy lah. serius! aku kalo bab modified resepi memang terbaek herherher. seronok tengok bila hubby makan dengan pelahapnya. daging masak merah adalah feveret menu dia kalo makan kat kedai. lepas ni tak payah makan kedai, kita boleh masak lah! :D

Sayur campur sebagai peneman

Mulanya hubby request suruh masakkan sotong n udang goreng tepung. tapi terpaksa kensel lah. hari ni kalo sihat kita masak yer?

So Tata.

Monday, July 18, 2011

Sarah's Kitchen: Sambal Bilis dan Petai


Hari Ahad masih lagi malas.

Jadi cuma masak 1 lauk ni saja. sambal bilis + petai. nasik pown masak kurang sikit dari biasa. kononnya nak kurang makan. tapi bila hubby balik, aku menyibuk mintak disuap pulak. sedapnya lahaiii.

Pastu sambung makan waktu sahur pulak. even aku jer yang pose, hubby bangun teman sahur. sama2 makan. tapi yang pose aku sorang. ada lah jugak teman bersahur kan. kalo tak entah aku sahur entah tidak hehehe.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Fried Macaroni with Leggo's Sauce


Menu hari Sabtu. bukan untuk breakfast tapi lunch n dinner.

Kali ni malas. just guna sos ready made jer. badan penat setelah berhempas pulas berlatih badminton sehingga jatuh macam nangka busuk wakakaka. ni lah akibatnya bila over eksaited tapi badan lembik akibat dah lama tak bersenam. pastu malamnya meraung tak hengat sampai hubby kena curi2 balik. kuat betul dugaan sejak akhir2 ni.

Haishh ni entry makan2 kan? pehal tetiba keluar emo2 ni? hahaha.

Ok berkenaan makaroni kat atas tu, aku guna Sos Leggo's hot n spicy. bukan Prego yer. not bad rasa dia. just add on apa2 yang kita suka. macam aku, aku tambah bawang, ayam n udang. sayur nehi hehehe. tapi rasa dia takde lah hot n spicy mana. cuma yang penting tak masam. tak berkenan betul kalo masam2 gitu. nanti boleh masak spaghetti pown pakai sos Leggo's ni jugak.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Telur Bistik

Menu berbuka hari jumaat. mulanya ingat dah malas nak masak, tapi badan rasa lemah. so masak la jugak untuk isi perut. ni pown masak lambat. berbuka just makan biskut cecah air nescafe. pastu pukul 8 baru masak.

So here u go, my own version of Telur Bistik.


Dah jadi tabiat kot, masak apa2 jer mesti nak letak jugak cili kisar. padahal patutnya tak payah. sebab tu kaler dia merah lain macam. haha. takpelah janji sedap. telur tenggelam kan? kuah terlebih. 


Tu dia telur sedang bersembunyi.


Nasi putih + telur bistik + air kosong. jom makan yuk!

So Tata.

Friday, July 15, 2011

Our 1st "Pets"

Kami laki bini selalu kena kutuk sebab:
  1. Rumah macam takde orang duduk atau dengan erti kata lain "Rumah Tinggal"
  2. Tanaman, bunga-bungaan ---> yillek!

Oleh kerana kami ni jenis suka buat pekak, buat muka seposen, langsung tiada langkah yang diambil.

Sehinggalah pada suatu hari di Cameron, hatiku tertarik pada satu pokok ni.



Maka kami pown beli lah 2 pokok. ada sorang kakak ni kata nama dia pokok krismas wangi. tapi tak wangi pong. heran.

Kenapa aku beli pokok ni? sebab:
  1. Kaler dia cantekkk. hijauuuu jer. daun dia macam daun tipu plak tu hohoho
  2. Senang nak jaga kot. sebab takde bunga herherher
  3. Kenang2an dari Cameron lah konon
  4. Berangan nanti bila mereka dah besar, boleh buat pintu gerbang kat kiri kanan rumah tsskk tsskkkk

Balik jer dari Cameron, terus pergi Nursery dekat rumah MIL. carik teman untuk pokok2 tu lah. n jugak carik pasu lebih besar. so dapatlah lagi 2 pokok.


Limau purut.



Cili. MIL gelak sebab kami beli pokok cili yang dah siap berbuah. eh mak takpe. tengok ni.


Terus boleh petik! hahahaha.

Sebenarnya kami ambik yang dah ada buah pown sebabnya sebesar2 nursery tu ada 1 ni jer pokok cili. mungkin sudah takdir.


Setakat hari ni 4 ni jer la dulu penyeri laman kami. kami ni dua2 tak pandai berkebun sebenarnya malas ahahaha. yang 4 ni pown mintak tolong kakak dekat nursey tu tukarkan pasu agagaga. so kami cuba try test lah dulu pokok2 yang agak senang dijaga ni. nanti kalo agak2 dah terror kami tambah kasi penuh keliling rumah herherher.

P/s: Hari ni 15 July genap 2 bulan kami pindah

So Tata.

Thursday, July 14, 2011

Review: Photos That I Had Never Seen Before (Shah Alam's Reception)

Ini sume bukan gambar dari OP but from my adik ipar punya kamera. selepas 7 bulan baru aku tengok herherher.

1) Khemah - Night View


Oooo macam ni rupa khemah ni dari atas eh hohohoho.

2) Malam Sebelum Majlis


To do list. ni adik ipar aku punya tulisan la nih.

3) Pagi Majlis

Kumpulan marhaban

 Special doorgifts a.k.a vip doorgifts

4) The Flower Girls


Kiut miut semuanya. kalo berkenan sila lah isi borang.

And ada jugak video pengantin karok! giler malu ah. kita sendiri tengok pown dah malu, inikan pulak nak tempek kat sini. hahahahaharap maap.

So Tata.

Bila Tekak Dah Teringin


Sekali sekala ngelat tak payah masak takpe kan?

Lagi heaven lepas makan, terus tido. pastu esok menggagau carik penimbang.

So Tata.

Tuesday, July 12, 2011

Sarah's Kitchen: Mee Goreng Bujang

S: Awak malam ni nak makan apa?
H: Ayang masak untuk ayang jer lah. abang tak nak makan malam. nak diet.

Kita tengok berapa hari dia boleh tahan herherher.



So oleh kerana si dia tak nak makan malam (pukul 12 malam baru sampai rumah. memang patut pown kan? hehehe), aku pown masak untuk sorang makan jer lah. bila sorang jer yang makan, nak masak beria pown malas. aku masak mee goreng jer lah. menu paling senang.


Mee goreng kosong tanpa sayur. just ada a bit ayam potong kecik n sosej sebatang (potong lah jugak yer). malas nak potong sayur. berbuka sensorang. makan ni pown dah kenyang terlebih.

Eh2 jangan heran yer, orang ganu memang suka makan mee goreng ke, nasik goreng ke, bihun goreng ke, dengan keropok. kadang2 makan nasik berlauk pown aku bedal ngan kopok jugak. pure ganu lah katekannnn.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Kuey Teow Ladna


Senang jer rupanya masak ni.

Kuah aku masak 1 periuk. banyak jugak lah. bila nak makan baru aku panaskan kuah dalam kuali, letak kuey teow, tambah tepung jagung, tambah telur. nak lagi terangkat, potong cili tambah kicap. perghhhh!

Ini aku punya style lah yer. macam2 version pown ada kalo bab masak memasak ni. masing2 punya tekak, masing2 punya selera ;)

So Tata.

Sarah's Kitchen: Telur Masak Kicap

Menu kami di hari pertama pindah rumah baru

Hubby's favourite dish. hari2 makan ni pown dia tak kesah tau? dah lama tak masak ni sebab rasa tak mencabar langsung. hahaha.

So Tata.

Aku Join OPS BERSIH

Statement giler berani mati.

Orang sibuk dengan BERSIH kat kl, aku sibuk dengan BERSIH kat Jalan Kebun.

Sejak berpindah (read: SEJAK) ke rumah kami, ops pemBERSIHan di sekitar rumah hanya dijalankan sekadar suka2. dan hasilnya rumput dah sama tinggi dengan tuan rumah. aku konpiden lah orang sebelah menyebelah kata kami pemalas. tapi kami tak kesah. sebab kami sedar diri T__T

Tapi............... nasib baik ada family mertua yang offer diri nak tolong bersihkan laman kami (giler aku tak malu? tapi dah orang nak tolong aku lagi la suka herherher).

M: Assalamualaikum. buat apa?
S: Waalaikummussalam mak. tengah tengok tv jer. nape mak?
M: Takde mak ingat nak pegi rumah korang ni. ayah kata nak cabut rumput tu.
S: Hehehe. mak nak tolong cabut ke?
M: (Sambil gelak) Dah panjang sangat tu. kejap lagi mak datang lah.
S: Hehehe ok mak.

Jangan carik menantu macam aku. sekian.



Keadaan rumput di rumah kami tersangat lah kritikal. dah macam rumah tinggal T__T

Sebelum


Adik ipar, mak mertua, ayah mertua. tiada dalam gambar: tuan punya blog, my biras. syukur ada mereka :P. kebetulan hubby kena masuk keje petang tu. so kami2 jer lah yang berhempas pulas bekerja di rumah.

Selepas

Ketara bukan?

Dalam sejam jugak lah siap sume ni. pastu masing2 lapar, habis jugak lah kuey teow ladna aku. yang tu nanti aku post yer?

P/s: Terima kasih yer semua. nanti lagi 2 bulan buat2 lah tanya lagi herherher.

So Tata.

Monday, July 11, 2011

Sarah's Kitchen: Sotong Masak Serai

Ok dah berjaya transfer gambar. ini menu hari jumaat.


Sotong masak serai. pedas menyengat. baru power! aku suka sangat makan masakan jenis ni. MIL selalu buat guna ikan and udang. tapi aku cuma ada sotong masa tu. sama jugak cara buat dia cuma rasa lain lah.

Sayur goreng sos tiram tu dah berulang kali aku masak. asyik tu jer kot. mana tak nya. sayur yang ada dalam peti ais pown 2 tu jer. kobis, carrot. yang lain bo liau. lagipown memang senang nak masak sayur2 ni. tak payah pk panjang :D

P/s: Lauk terlebih banyak. esoknya breakfast nasi sejuk herherher.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Sambal Udang dan Petai

Cerita lama sebab gambar dalam phone tak boleh transfer. sengal


Kesian kan bila tuan rumah takde meja makan? T__T

Petai peberet kuuuu. bangun di awal pagi untuk masak bekal hubby. teringinnya nak makan petai. so terciptalah sambal udang bersama petai. kacang buncis all the way from Cameron Highlands, digoreng.

Yang ni pown dikongsinya hubby bersama sahabat di opis. tak pasal2 aku jadi glemer dekat sana :P

So Tata.

Sarah's Kitchen: Tips Supaya Cili Tahan Lebih Lama

Wahhh bertips2 lagi kan.

Just nak share 1 tips yang aku rasa sangat berguna untuk aku. mungkin akan jadi berguna untuk orang lain jugak lepas ni. tips ni 1 of my friends pernah bagitau. n it really works!


1st cabut tangkai cili tu. simpan dalam bekas kedap udara. bekas bertutup la maknanya.


Then simpan dalam peti sejuk seperti biasa. tak payah letak dekat bahagian sayuran. dekat atas pown memadai. n percayalah cili anda akan tahan lebih lama. dia takkan kering tapi kalo lama sangat sampai berbulan konpem lah busuk :D

Hope tips ni berguna! :)

So Tata.

Photo Magnet

Sangat cepat service dorang.

Jumaat aku send photos.
Isnin dapat confirmation email "Your magnet is being processed".
Rabu dah dapat!

Cepat giler! dia kata within 7 working days. tak sangka plak secepat ni. dah dapat terus cuba tempek dekat fridge kat ofis :P


Aku tempah fridge ni dekat Photo Delivery. masa tu dorang wat promo dekat Groupon. 6 photo magnet = RM28 instead of RM72. boleh tengok kat sini:


Rupa fridge kat rumah :D

Aku memang suka benda2 merepek macam ni. hahahaha. tapi sorry yer, promo tu dah tak valid :D

So Tata.