Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, October 31, 2010

Bloggers' Day [Wedding Xora]

Am home. tak pergi wedding Zaila. sorry dear. Mr Busy kena masuk kerja. biasa la orang kerja shift, waktu kerjanya tak menentu :(

But but but.. i am really excited meeting all of u, bloggers!! tak sangka ramai yang datang on wedding XORA. sampai jer terus melilau cari muka yang familiar. n mangsa pertama is SK. haha. then AMELYN. lepas tu masuk dalam n saw bloggers duduk dekat 1 meja. senang keje! hehehe. meet HANA YORIEE, NORA, KHUMAERA, SYAZ, YANIE and their fiances. meja penuh so i kena lepak meja lain. so sad :P

Sambil makan mata tak duk diam. aku ni cekap sungguh cam muka orang. hampir semua blogger yang aku pernah tengok gambar, aku kenal tau. sampai Mr Busy cakap, "Ramainya budak blog. ayang kenal semua ke?". Welllll. hahaha.

Eh who else eh. oh yes CIK BELLE. then KAY KAMAL, ELYAELMO. thats all kot yang aku sempat salam n kiss2. haha.

Ada lagi. nampak muka macam kenal, REEN! aku buat muka selamba pergi tegur. nasib baik tak salah orang. wahaha. PUAN T ada kat sebelah, i tegur jugak ok :)

See? i am really good in recognising u girls! haha.

P/s: gambar tak boleh nak upload lagi. later ok. korang2 cepat masukkan!

So Tata.

Wednesday, October 27, 2010

Baju Nikah Express

Baju nikah dah selamat hantar ke tailor. o yeahh! lunch semalam terus bergegas ke Kelana Jaya. jauh jugak oo from USJ nak sampai ke sana. Yumie, tau kan kat mana? :P

Nah kasi gambar sikit. khas untuk Yumie cayang :D


It was a very very simple kain. no beading at all (as requested by the tailor jugak). sekali tengok macam kain langsir pown ada, bak kata Mr Busy. haha. takpelah janji ado.

Aku cuma buat a simple baju. kain satin belah dalam buat dress maxi labuh n lace dekat luar buat design kurung moden. eh paham ke? haha. aku serahkan semuanya pada that Auntie. i trust her (insyaAllah) sebab baju raya hari tu dia yang buat n aku selesa. lagipown dia memang selalu jahit baju pengantin. so tak perlu risau lebih2. she will try to make it on or before 20/11/2010. ada masa 5 hari untuk alter or anything before balik kampong n cuti panjang!

So Tata.

Tuesday, October 26, 2010

Eden Buek Kojo Gilo!

Lagi 37 hari nak nikah, kain baju nikah baru beli semalam. gilo!

Ni sume last minute punya decision. mulanya ingat nak pakai 1 baju. tapi mak n Mr Busy suruh pakai baju asing2 for nikah n resepsi. so decide nak sewa jer la terus dari butik yang sama. sewa jer dah RM100+-. bila kira2 balik, buat sendiri lagi berbaloi. leh simpan wat kenangan n tunjuk kat anak2 bila tua nanti. tapi tak bangga pown kot tunjuk kat anak sebab mak ekau maso mudo gomok! haha.

Ok2 serius please. so balik kerja semalam terus pergi kedai kain. bukan Jakel. i takmo sebab i kan pengantin kedekut. haha. masuk jer kedai tu terus tengok kain yang tergantung. harga murah giler. balik umah tunjuk kat mak Mr Busy. then kena sound sebab beli kain satin murah. kan i dah kata i kedekut. haha. tak kesah la mak cik. i malas pk panjang. lagipown tailor i dah warning jangan beli baju batu2. susah nak jahit. lagi 1bulan++, what do u expect kan?

Mr Busy lagi senang. beli baju melayu siap. haha. kan aku dah kata, tinggal 37 hari jer. ni la akibatnya! tapi kan masa dia try baju putih bersih tu, tetiba i macam terjatuh cinta plak. nampak cahaya keimanan weh! hahaha.

So Tata.

Thursday, October 21, 2010

Tanda Lelaki Sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu? Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
 
Sumber: Tentang Cinta 
 
So Tata.

Wednesday, October 20, 2010

Template Mengumpul Alamat Secara Online

Wah tajuk skema tak hengat. penat tu aku pikir tajuk apa nak tulis. hahaha.

Ok gini. most of u mintak aku share cara yang aku guna untuk collect address from bloggers dekat blog aku ni. tak tahu yang mana? ha tu dekat atas tu aku tempek. template untuk mengumpul alamat korang2 sume. senang kan cara tu?

Yes it was very effective sebab for me sendiri pown, aku malas sebenarnya nak email kasi alamat dekat orang. tapi dalam kemalasan tu tetap jugak aku email :P. malu pown ada jugak kot. aku pemalu ke? wakaka. macam tak kena jer kata adjektif tu. ahaha.

Ok2 back to the topic. actually aku tau pasal template ni dari salah sorang kawan blogger kita jugak. i asked her how to use it and she emailed me the link n i really love it! tapi dear sorry sangat2 i dah lupa mana satu blog u coz dekat bloglist i ni terlalu banyak link b2b's blog sampai sometime terlupa sapa nama tuan punya blog even tiap2 hari baca! dear please klo u baca ni, say hai ok. i kena kasi kredit dekat u :) - eh2 dah tau sape tuan punya badan. tenkiu Macemellow!! :)

So kalo korang nak guna template tu, just click HERE.

Cara2 nak guna:
  1. first klik button "use this template"
  2. then edit la ape yg korang nak, tukar background dia kat "theme".
  3. then if nk publish kat blog mcm aku buat tu, juz ambik embed kat "more actions".

Got it? hope it will helps!

So Tata.

Misi Separuh Accomplished

Balik keje semalam terus cabut cepat2. pukul 5.22pm dah duduk dalam kereta (sorry bos i ponteng 8 minit :D). niat utama nak ke Nilai 3. since masa beli perabot hari tu Mr Busy suruh tambah lagi 1 side table, lampu meja pown kena la tambah nak kasi balance. eh lupa nak cite, aku dah beli lampu meja yang comel kaler pink ada bling2 n manik2 kristal! i like i like :D

So dengan kentalnya terus menuju ke sana dengan semangat waja. dah la kena gi sensorang. diulangi ALONE. nak wat camne Mr Busy keje shift, pastu dah abes shift OT plak. nak tambah pendapatan la katakan. pung pang pung pang gerak dari USJ pukul 5.30. sampai sana pukul 6. kental. pergi ngan Mr Busy dalam 40-45 minit. jangan pecah rahsia. eh mana ada laju, mana ada :D

Sampai jer sana, terus cari toilet dulu. tak tahan dalam kete sejuk! hehehe. pastu semangat ni cepat2 menuju kedai lampu yang aku pergi hari tu. sekali sampai, kedai TUTUP. yes TUTUP!! serius aku rasa sengal giler time tu. stresssssssnyaaaaa!! Nilai 3 tu bukan dekat oiiii. adoyaiii.

Abes takkan aku nak balik tangan kosong jer kan. terus rasa terumbang ambing. haha. dah alang2 dekat situ, aku pergi la masuk 1,2 kedai. n bought some items. bunga gantung, bunga manggar n some ribbons for my hantaran. malas nak pikir sebenarnya. ambik terus bayar.

Sampai rumah dalam pukul 7.45pm. teringat agenda malam tu. oh nak ke carrefour dengan Mr Busy n his sister. nak beli alas dulang. buat sendiri jer u. jimat sangat2! bought some metres of kain satin n kain organza. aku suka aku suka. seronok ;)

Balik rumah kental mendeko bakul hantaran. aku ni cerewet tahap dewa punya orang. tapi aku betul2 dah malas sangat nak pikir. n hampir pukul 3 pagi baru la siap 9 bakul hantaran aku tu. siap tampal ribbon n hiasan lain. penat nak mam la weh!! tapi takpe janji jalan. kalo aku tak buat tu, entah macam mana la aku nak mula. mak cerewet oiii. eh ada lagi nak buat, bunga n hiasan lain belum buat lagi. belum siap lagi. no no no.

Lupa nak snap gambo. aku teringat dekat bantal busuk aku jer time tu. haha. tak hengat nak ambik2 gambo bagai dah. nanti la yer aku share. nothing to be proud about coz it just a very very very simple deco from mine. tak lip lap lip lap kebabom pong :P

So Tata.

Monday, October 18, 2010

I am a DIY's addict

I had a very busy n hectic weekend. bukan weekend jer, start minggu lepas, balik jer dari keje terus mengadap bunga2 aku yang entah bila nak siap sambil layan drama Chinta.

On saturday, continue my DIY projects, making my bunga stokin for bunga pahar, bunga telur, bunga dulang n maybe for my bunga tangan also. oh please dont ask berapa banyak yang dah siap. rasa nak nangis! T__T

Tido malam pown tak teratur. tertido atas sofa depan tv sebab penat sangat buat bunga. serius, makan tak tentu, tangan dah calar-balar *uhuk uhuk*. all what i think about is my coming big day. tinggal lagi 45 days jer. can i make it? can i finished all my DIY projects?? i keep thinking about that (but of course tangan tak pernah berhenti bekerja), sampai termimpi2.

Aku mimpi bangun pagi dah hari nikah, hari kenduri. bilik pengantin belum cat, perabot belum susun n takde hiasan langsung dalam bilik tu. baju nikah pown tak sempat nak tukar, and im just wearing my daily baju kurung on my big day!

Serius bila bangun tu rasa tak berani nak tdo dah. haha. see how much im worried about that. hmmmm T__T

Semalam (sunday), bertungkus lumus siapkan lipatan kotak n ikat ribbons on them. got help from Mr Busy n his sisters. tapi aku takmo kalah, buat jugak dengan sungguh2. dapat banyak warning from Mr Busy not to do all those works, nanti sakit aku datang balik! yes memang betul2 kena. tengah malam belakang aku buat hal lagi. nasib baik Mr Busy belum balik. pergi klinik but klinik pulak tutup. just makan ubat yang doktor bekalkan sebelum ni. and alhamdulillah, its getting better :')

Pray for me ya sayang-sayangs semua. saya sangat tak keruan di saat ini :(

So Tata.

Tuesday, October 12, 2010

From Shah Alam to Kuala Terengganu

Entry lepas macam pisang goreng panas daa :D

Last weekend sempat balik kampung nak settlekan a few things. and alhamdulillah, urusan2 tu sume dipermudahkan oleh-Nya :). walaupown ada jugak perkara2 yang agak melecehkan, tapi aku bersyukur sangat sebab dapat selesaikan perkara2 yang agak besar. even sempat balik on weekend jer (it took almost 8 hours journey ok!), tapi puas hati sangat2!

Borang Kebenaran Nikah - sudah selesai!

Before aku balik kampung, aku dah mintak tolong abang ambilkan borang kebenaran nikah (RM1 for Terengganu), and booking tok kadi. nasib baik tarikh aku nak kawen tu masih kosong. dah kena bagitau siap2 pukul berapa nak nikah n kena warning jangan duk tukar2! hehehe. yer la tok kadi ni bukannya nak nikahkan aku sorang jer. so aku balik ni just settlekan urusan borang nikah jer la. isi segala benda yang dia nak tu, then submit ke pejabat agama. eh nak tau tak, borang kebenaran nikah negeri Terengganu dalam jawi tau! tapi aku tak tulis jawi la.. bukan tak pandai, cuma takut ada kesalahan ejaan. bukannya hebat sangat pown! hehehe.

Aku rasa sape yang jadi orang Terengganu ni untung tau sebab proses dia tak renyah sangat. dekat Selangor pengantin kena datang jumpa tok kadi sendiri n bawak wali n saksi kan? punya la aku tanya abang aku macam2, rupanya tak payah pown sume tu. dorang just mintak ic n tandangan wali jer. ayah aku tak balik kampong, so aku jer yang tiru sign! eh2 ini rahsia, jangan bagitau orang tau! hahaha.

Tapi surat kebenaran belum dapat lagi. akak pejabat agama tu bagi tempoh sampai 18/11/10. aku tanya la dia, "Eh kak, memang lama yer nak siap?". dia kata "Adik punya tarikh nikah ni lambat lagi. boleh kalau kita nak bagi awal tapi takut terjadi kes dokumen hilang. kalau hilang adik kena buat semua sekali dari awal tau. lagipown adik ikut prosedur, so biasanya takde masalah. tiap2 hari ada banyak kes urgent nak kena settle dik. ada kes dah mengandung dulu lah, kena tangkap khalwat lah.. so kita dahulukan yang tu dulu.""Ooooo" :D

Perabot Bilik Pengantin - dah booking and full payment made!

7 kedai perabot aku meronda. 7 ok! penat Mr Busy melayan (nasib baik ada bodyguard ikut aku balik. hehe). takpe katanya, kena buat pilihan yang terbaik. dari segi harga n design aku tilik satu2. akhirnya Lavino jugak jadi pilihan. set perabot serba putih seperti yang aku idamkan. suka! :)

Aku dah malas nak pikir banyak dah, terus buat full payment. tapi maybe sebulan lepas tu baru aku suruh dorang hantar. bilik aku pown belum siap lagi ni!

Homestay for family bakal in-law

Kebetulan Mr Busy ikut aku balik ni, aku bawak dia sekali tengok homestay yang bakal dorang duduk nanti. for me, sangat ok dah. besar n murah! tapi keputusan di tangan mereka, up to them to decide :) 

P/s: Jadi co-pilot lebih penat dari driver rupanya! :P

So Tata.

Thursday, October 7, 2010

Kenapa Duit Hantaran Kau Sikit Sangat?

Perbualan di pagi hari..

A: Aku tengok kan, orang sekarang kawen, duit hantaran sampai belas2 ribu. 12 ribu, 13 ribu.. ish seram aku dengar!
B: Yer la barang sekarang sume mahal2, kos makin naik. Sarah jer yang letak murah sangat.
A: Aku tak nak bebankan bakal suami aku. banyak lagi nak guna duit. lagipown benda lain dah banyak guna duit dia. duit hantaran tu pada nombor jer!
B: Orang sekarang dah tak letak dah jumlah macam Sarah letak tu..
A: Takpelah.. insyaAllah cukup la tu..

Kos perbelanjaan makin hari makin mahal. harga barang semua makin naik. nak buat kenduri kahwin masyaAllah banyaknya pakai duit!

Apa pown, bertolak ansur lah dalam perhubungan. katanya susah senang kita bersama. takkan la semuanya nak bebankan bakal suami kan. dan janganlah sesekali terlintas perkara macam ni dalam hati:

"Eh orang tu letak duit hantaran ribu riban weh. mana boleh letak sikit sangat. malu la aku nanti!"

So Tata.

Tuesday, October 5, 2010

No 2 Dah Hilang. Hambik Kau

No 2 sudah hilang. sekarang sudah muncul no 1. 1 yes 1. 1 bulan ++ jer lagi! sendiri mau ingat la kan.

Tak payah gatal nak meroyan. everything seems to be under control. ok cool down Sarah, cool down. tarik nafas, hembus.. tarik nafas, hembus..

Eh pesal nak cuak sangat? semua ok la. betul semua ok!

Ok la sangatttt....

So Tata.

Sunday, October 3, 2010

Jihan & Fauzi Wedding Ceremony

Berderet oo jemputan kawen. lepas satu, satu. sume rasa nak pergi. yer la bila dah ada kelapangan n kesempatan, kena la cuba penuhi undangan tu. macam yang pernah aku cakap kat sini dulu la :). tak rugi tau meraikan majlis orang. orang jemput tu datang jer la. makan free weh! hehehe.

Hujung minggu kali ni aku ada 2 undangan. tapi 1 jer yang sempat pergi. yang 1 lagi dekat N9 nun. sorry yer Penna, could not make it! :(. Ha yang aku pergi siang tadi, kenduri si Jihan comel (2nd of October 2010). kawan blogger kita jugak.

Nak dijadikan cerita kan, buleh aku lupa nak bawak kad?? bukannya tempat yang biasa aku pergi. Teluk Panglima Garang tu. pernah la pergi, tapi sampai Sijangkang jer la. so nak tak nak redah jer nak cari lokasi majlis. nasib baik jalan dia senang n dewan tu betul2 dekat tepi jalan jer. kalo tak entah sampai entah tidak ke situ. hehehe.

Kami sampai sebelum pengantin. kami memang sangat lapar, so makan sepuas hatinya la! kehkehkeh. ada lagi 1 cerita ni tau. kami nak bukak botol air mineral. bukan main ketat weh. merah tangan aku duk memusing. adik Mr Busy pown sama, tak boleh bukak weh. ketat nak mam! tengah kami duk bersusah payah tu, tak perasan plak abang DJ duk usha. hahaha. siap suruh kawan dia tolong bukakkan lagi. malu kami :D. Sekali dia pusing, terus terbukak. kagum sekejap sampai terlopong. haha. kudrat lelaki kan. eh terima kasih abang gagah! :D

Ok kita layan pica plak.

Pelamin nan indah!

Centerpiece. tengah kami duk syok makan, pengantin pown sampai. ala2 Arab rupanya rombongan ni. dari pengantin sampai la kepada dayang2 nya. semua berpurdah. wahh!!

Sorry gambar tak clear sangat. zoom dari jauh jer.

All pink. pink memang jadi pilihan la. dah 3 majlis berturut2 aku pergi, semua pink. hebat la kuasa pink! hehehe.

Mak aihh makanan pengantin. yummy2 nya! "abang pengapit, ada kerusi kosong tak kat sebelah??" hahaha.

Pillow cake idaman kalbu ;). ada 3 tingkat ni. jadi separuh sebab nak fokus muka pengantin.

Dannnnnnn wajib la ada gambar dengan mempelai kan! comel betul la si Jihan ni tau. happy for u Jihan! :)

Lepas say hai2 bye2 n congrats to her, i mintak diri. congrats once again Jihan! :)

On the way balik. tengok sengal. nak ambik gambar dalam cermin. tapi konfius nak tengok dekat mana. sampai sudah tak menjadi. haha sengal.

Eh sape lagi yang pergi? susah la nak cam korang coz ramai yang tak letak gambar sendiri dalam blog. rugi tau. kalo tak boleh sembang2 =(

So Tata.

Al-kisah Borang Kebenaran Nikah

Aku ni kan, sejak dari zaman budak2 sampai la ke tua, bab2 isi borang mesti kena aku. tau la tulisan aku cantik pown. haha. borang abang2 adik2 sume aku yang kena isi. sampaikan borang mak aku nak menikah baru pown aku yang kena isi. opssss wahahaha.

Sekarang ni tugas aku mengisi borang2 milik Mr Busy la pulak. bukan meluat, tapi lagi suka sebab aku memang perasan tulisan aku cantik pown! hahaha. ok sudah2. merepek.

Eh korang, aku tak tau plak nak isi borang kebenaran nikah ni banyak pantang larangnya. aku tak baca pown notes2 yang dorang tulis dekat belakang senarai semak tu. lepas dah hampir siap isi, baru la Mr Busy terasa macam nak baca. so antara syarat2 n prosedur2 yang menjadi perhatian kami:

1) Borang hendaklah diisi menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam atau biru
  • nasib baik aku guna huruf besar, pen biru. eh standard la bila isi borang kan. macam baru 1st time plak
2) Setiap kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan initial atau diganti dengan borang yang baru
  • ooo kena potong pastu initial ke. macam kat opis la pulak
3) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan
  • yang ni aku tension sebab aku dah tersalah tulis no ic Mr Busy. haha. aku main tindih jer tulis atas huruf yang salah tu. kritikal kritikal. kena reject jenuh la nak kena wat keja 2,3 kali. nak tulis balik borang tu takde masalah, tapi yang nak pegi jumpa PPN n PAID tu la yang makan masa tu. haishh. mintak2 la lepas. ala sikit jer tu. kecoh aa dorang ni :D

Kalau la dari awal aku tau borang ni kena isi dengan sangat berhati2, maunya aku tulis dengan lemah lebut sopan santun sampai tak bernafas tau. haha. mana la aku tau!

So moral of the story, baca la dulu syarat2 yang ditetapkan sebelum proceed untuk buat apa2. jangan jadi macam saya. peace!! :D

So Tata.

Saturday, October 2, 2010

Majlis Resepsi Dina & Bud

Kenduri ni berlangsung Ahad, 26 Sept. peram, macam biasa lah! :D

Majlis berlangsung dekat Segamat, Johor. Shah Alam-Segamat, jauh jugak beb. nasib baik ber"car pool" dengan my 2 friends. jimat bajet :D

Dina ni kawan UUM aku dulu. same course, same block. agak rapat jugak. so mesti la tak nak missed her big day kan? korang layan pica jer la yer. apa pown, i really heart her dress. its from Rins Suzana.

The bride n the groom.

Bukan zapin tapi silat yer :)

Nak masuk kena bayar tol dulu. ada 3 kali tol kot. haha. ini adat Johor yer?

The gorjes bride. happy for u Dina!

Three of us with the bride n the groom. bercinta sejak zaman matriculation lagi tau. sekarang umur sudah 25, dah berapa tahun yer? alhamdulillah end up ke jinjang pelamin jugak :). lepas ni aku, lepas tu si baju pink tu pulak :D

Eh aku nampak kurus la dalam gambar ni! hehehehehehe.

So Tata.

Friday, October 1, 2010

Rindu Aku Kan?

Wahahaha. rajin tak i update blog sekarang? rajin tak rajin tak? bulan September cuma ada 7 entry. wah  i memang rajin! hahahahahahampeh.

Jangan risau kawan2. walaupun aku menyepi, tak berapa nak blogwalk, leave comments kat blog korang, aku still ada lagi dalam dunia blog ni. sentiasa mengikuti perkembangan kamu2 semua. i baca semua entry u tau! iyer u lah. ha u. u lah! wah aku dah giler. wakaka.

Persiapan masih berjalan dengan teratur dan bersopan santun macam tuan punya blog. aku dah siapkan checklist baru, budget baru n semangat baru :D. tinggal lagi 2bulan dan 2hari, insyaAllah jika diizinkan Tuhan, aku akan berjaya mengharungi fasa2 terakhir sebelum sah menjadi isteri seseorang ;)
 
Banyak benda dah settle, tapi nak update jer tak sempat. teringat jugak nak story sume tu, tapi tak tersempat. bila ada masa nak update, rasa macam dah basi sangat pulak. so peram jer la sampai sudah. haha. nak update pukal? korang tak nak baca kot. ahaha.

Nanti la aku update yer :D

So Tata.