Thursday, October 7, 2010

Kenapa Duit Hantaran Kau Sikit Sangat?

Perbualan di pagi hari..

A: Aku tengok kan, orang sekarang kawen, duit hantaran sampai belas2 ribu. 12 ribu, 13 ribu.. ish seram aku dengar!
B: Yer la barang sekarang sume mahal2, kos makin naik. Sarah jer yang letak murah sangat.
A: Aku tak nak bebankan bakal suami aku. banyak lagi nak guna duit. lagipown benda lain dah banyak guna duit dia. duit hantaran tu pada nombor jer!
B: Orang sekarang dah tak letak dah jumlah macam Sarah letak tu..
A: Takpelah.. insyaAllah cukup la tu..

Kos perbelanjaan makin hari makin mahal. harga barang semua makin naik. nak buat kenduri kahwin masyaAllah banyaknya pakai duit!

Apa pown, bertolak ansur lah dalam perhubungan. katanya susah senang kita bersama. takkan la semuanya nak bebankan bakal suami kan. dan janganlah sesekali terlintas perkara macam ni dalam hati:

"Eh orang tu letak duit hantaran ribu riban weh. mana boleh letak sikit sangat. malu la aku nanti!"

So Tata.

40 comments:

farahfatihah said...

apa2 pun ikut kemampuan.....sederhana itu yg terbaik dalam islam

♥✿♥ Fariza ♥✿♥ said...

he3. ikut kemampuan.
yg penting ikhlas.
xmau hutang2 mcm yg terjd skrg.

Bai said...

kenapa eik ada soalan macam tu.. tskkk.. puas den nak tahan telinga ni.. dah bernanah dah

:: aJa :: said...

btui...
:)

my parents pom xletak berapa nilai hantaran..
semua ikut kemampuan c dia..

ape yg penting,kehidupan lepas rumah tangga..c dia pom jd laki kite gak nanti,die akn tanggung amanah dri mak bapak kite..

:)
pedulikan ape orang nk kate..mulut orang pyh nk d salotape kan..;p

rose said...

org yg mcm ni memang ada..nk tutup telinga x boleh..so,tahan jela dengar..huhu

mysarah said...

farah: yes dats what i forgot 2 write. bersederhana!

mysarah said...

fariza: hohoho tau takpe. kalau mampu tak jadi masalah, tapi klo sampai berhutang n tak terbayar duit hantaran tu, itu dah cerita lain tu! :D

mysarah said...

bai: eh die kawen hantaran tinggi, mesti la panas telinga kot bila kita persoalkan kenapa hantaran sekarang mahal2 sangat :D

mysarah said...

aja: hahaha. susah nak salotape yer. best statement tu! haha

kalau la kita kat tempat lelaki tu, macam mana la yer? mana nak cekau duit banyak2 kan?

yg penting kerukunan lepas berkahwin. jangan lepas dah selesai sume, duk kena berjimat serba serbi sebab simpanan dah kering! :P

Khumaera Ismail said...

kalau my father, ade org tanye nape hantaran anak sikit sgt..dia akan jwb :: sy bukan na jual anak..gahahaha~ merah padam muka org itu..

mysarah said...

rose: lumrah dunia dear.. redha jer la :D

mysarah said...

khumaera: hahaha. i paling suka bila orang kasi statement mcm tu. bukan nak jual anak kan? i sokong your father 101%! :P

hana yoriee said...

kita nak berkat dlm perkahwinan..rasanye tak payah lah nak busuk kan hati kalau hantaran tak se gah org lain..ye dakk?? hehehe

mysarah said...

hana: eh2 ni kata dekat i ke dekat sape ni? kehkehkeh :D

Mia-Ina said...

mia pulak sarah...ramai gak sedara mara dah sok sek sana sini psl benda ni...yela murah depa ckp...tp mia kata pe

"ni dr keikhlasan hati sy & sy tahu had kemampuan kami,"

ayah pulak kata:-

"ayah x mau susahkan phk laki..biar la sederhana je..asalkan x membebankan tunang ko tue,"

sharifuddin N shakina said...

macam kina..duit hantaran tu la digunakan guna belanja kahwin..untuk catering,canopy seme..bukan duit poket mak ayah..hehe..

mysarah said...

mia: bab2 macam ni memang kena banyak tolak ansur. kalau pihak perempuan berkeras jugak, tak mustahil si lelaki kena buat loan!

betul mia, yang penting ikhlas :)

mysarah said...

shakina: elok la kina tak bebankan mak ayah. dorang dah penat besarkan kita. bila dah besar takkan kita masih nak bebankan dorang kan? lain la kalau mak ayah kita memang mampu :)

safiyyahosman said...

setuju sgt!!:)...xmau beban yang nanti kemudian hari boleh bwa bencana ja..hihi

mysarah said...

piya: tau takpe. memang boleh bawak bencana. lepas kawen sume kurus kering! ahahaha

iedayah said...

moderate lg bgus..tu lg digalakkan dlm Islam..xp duit htrn ckit..yg penting lpas kahwen xmkn pasir kn sarah?..hihi

Ainee Cumi said...

betul tu! i pun letak kurang dari 10ribu lepas tu bila kawan i tanya i cakap je lah amount yang tak sampai 9ribu tu..boleh dia cakap "ee cukup ke?". nada perli. Sedih saya tau

mysarah said...

iedayah: Islam sentiasa menuntut umatnya supaya bersderhana (peringatan utk diri sendiri sebenarnya)

mana best makan pasir kan? i ni dh la kuat makan. haha

mysarah said...

ainee cumi: ish mulut org ni memang mcm tu! kita yg tak mampu ni tak perlu la kot nak berlagak hebat mcm org lain. lagipown duit laki kita nanti duit kita jugak. kalo b4 kawen pown dh abes, apa yang tinggal? :D

Xora said...

baru2 ni, abg saya hantar kad kawin saya kepada kawan2 dia. kawan2 dia (lelaki ok), tanya abang saya 'adik ko dapat hantaran berapa ribu'. Abg saya jawab, tak tau la. aku tak amik tahu pun. yg aku tahu, ada ku tugas masa dia kawin'. Bedah the return!

m.k.z.e said...

duit hantaran cuma adat orang kita jer

kalu diguna pun, untuk cover belanja majlis perkahwinan pengantin perempuan kan

lagipun duit hantaran bukan hak milik pengantin pun, family pun boleh guna pun

lain la kalu "maskahwin", hak milik pengantin betul2 seorang sajer

so, fikir2 la dulu...

Suzie Sueweeets said...

Penat-penat puasa dating, simpan duit untuk duit hantaran dan belanja wedding, lepas kahwin, start from RM0.00. Ish ish.. Susah balik. Wedding last for sehari dua je. Marriage last for a lifetime (InsyaAllah). Baik invest on selepas kahwin.. Tapi pasal kenduri pun ada sedare mara gaduh-gaduh. Haisyyy.. Dah la mahal nak kahwin sekarang, susah pulak tu. *lap-lap peluh*

ElyaElmo said...

ade mmber elya....planning nk letak hantaran 26 ribu sempena tarik beday die..
bile ditanya kenapa,katanya saja jee nak mintakkk angka tu tuk hantaran...sebb angka best!!ha3
dah nak sama naik dengan artis dah!!!

anaztasias einz said...

renungan yang bagus. yang penting selepas kahwin kan =)

nYomeL said...

pedulikan kata-kata org. yg nak kawen u, bukan diorang. u yg tau kemampuan tunang u.. biarla ape org nak ckp.. yg penting korang bahagia kann..?? ;)

mysarah said...

xora: bagus sangat cara abang u jawab tu. hambik! hehehe

mysarah said...

m.k.z.e: dalam Islam mana ada istilah duit hantaran. yang penting mas kahwin. duit hantaran tu ibarat hadiah jer la. so dh org nak bagi hadiah, mana boleh demand lebih2! hehe

mysarah said...

suzie: betul tu. kita menyimpan bertahun, tapi semuanya dihabiskan dlm masa 1 hari or 2 hari jer! kerukunan lepas kwen, itu lebih penting kan :)

kadang2 yg mnyerabutkan otak is "orang luar". family kita biasanya ikut jer

mysarah said...

anaztasias: renungan utk diri sendiri jugak sebenarnya :)

mysarah said...

nyomel: absolutely! kalo kita takde duit bukannya dorg nk sponsor pown! huhu

mysarah said...

alya: 26ribuuuu?? wohohohoho. klo i, confirm buat loan! hahaha

m.k.z.e said...

kalu hadiah

bagi jer hadiah berbentuk fizikal

bukannya hadiah berbentuk nilai

apabila nilai dijadikan hadiah

semua orang boleh gaduh

~raihana humaira~ said...

erk..i tade duit hntran pong...
ada mas kawin jer..tu pun 2010 sempena date akad nikah 20.10.2010

mysarah said...

m.k.z.e: mungkin dh jadi adat orang kita bagi hantaran dalam bentuk wang. teruskan adat jer tu :P

mysarah said...

raihana: oh its good for u. dalam agama pown takde sebut pasal duit hantaran. yang penting mas kawen :)