Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 30, 2011

Free Breakfast Set at McDonald!

Cepat cepat cepat, sampai esok jer!! terms and conditions:
  1. Print the coupon (either colour or black and white - asalkan nampak logo Facebook and Valid Until)
  2. Coupon valid dekat kaunter sahaja
  3. Buy something RM5 and above and u will get 2 big breakfast (ala carte) for free!!
  4. Valid until: 31 March 2011 sahaja (esok last!)
Here u go the coupons.

Colour


Black and white


P/s: sebenarnya aku dah lama tau tapi baru hari ni aku try. enjoy your breakfast!

So Tata.

Tuesday, March 29, 2011

Giant USJ 1 is Having Clearance Sales!

Lepas keje semalam aku singgah kejap Giant USJ 1 sebab member aku cakap ada clearance sales. katanya Giant ni dah nak bankrap sebab Mydin overshadow dorang. takleh nak buat apa lah kan sebab harga barang dekat Mydin jauh lebih murah.

Memang banyak barang murah2. electric item pown banyak offer tapi tak sume brand. brand malaysia banyak. tapi semalam aku tengok barang pown dah banyak abes. sakit jugak lah otak aku tengok barang yang berterabur bercampur2 dekat satu rak. so apa aku beli?

Hehehehe... banyak tak banyak tak?

Tapi..

Tapi..

Tapi...

Tapi sebenarnya troli ni pown aku tinggal balik kat dalam Giant tu! hahaha. kesimpulannya aku tak beli apa2 pown. mungkin aku masih fobia dengan perkataan SALES selepas ditipu suatu masa dulu? parah......

So Tata.

[Video] Kecik Lagi Tapi Semua Yang Orang Cakap Dia Paham

Tengok video kat bawah ni sampai habis dulu. baru korang paham

Video 1


Part 1
  1. "Nanak" = Taknak
  2. Bila aku marah dia goncang air tu dia gelak
  3. Lepas tu dia buat lagi!
  4. Bila aku tarik dari tangan dia, tetap jugak dia goncang tangan. dengan kepala sekali
  5. Dia bukak kotak and say "Ubak" means Ubat
  6. Bila dia batuk dia say "Atok"
Video 2


Part II
  1. Aku suruh "Tengok Sini" dia pegi tengok gambar dia dalam henpon
  2. Dia ajuk aku cakap "Pit pit!"
  3. Panggilan dia: Mak Tok = Tok, Pak Andak = Atak, Auntie = Ati (sambil menunjuk ke arah aku), Pak Cik = Acik, Ucu = Cu, Tok Wan = Tok Wah, Mama = Mama, Papa = Papa, Kakak = Kaqaq (kuat betul sabdu dekat situ), Mak Ngah = Ngangah, Abang = Abah
  4. Suruh tunjuk mulut mesti dia nganga sambil melopong
  5. Orang suruh tunjuk telinga dia korek telinga! hahaha
  6. Bila tangan dia menghala ke butang On/Off mesti cuak. sebab hobi dia suka Off pc orang! alahai...
  7. Dia memang kenal ubat!
  8. Auntie kata sit, terus dia duduk
  9. Suka sebut "Abih" iaitu Habis
  10. I said "Adik simpan ubat auntie, letak atas meja". dia termenung jap, tengok ubat terus letak atas meja. dia memang paham!
  11. Spek = "Shepek"! hahaha
  12. Bukak = "Kaq"
  13. Mickey Mouse = "SeMoh"

Agak2 last sekali tu kenapa aku kelam kabut sangat tak bagi dia pegang katil?? sebabnya...... tangan dia tu dah melekat coklat. abes kena cadar aku! adoyaiiii.......

So Tata.

Kretip Sungguh Laki Aku


Walaupown spek kat atas ni dah kudung kedua2 kakinya, sape kata tak boleh pakai. sape kata sape kata?



































































































































































Korang ado?

Monday, March 28, 2011

Wishlists Yang Entah Bila Akan Tercapai

Manusia ni takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. Contoh:
  • Gaji 1K tapi kalo boleh nak ber KK
  • Kereta ada sebijik tapi kalo boleh nak tambah lagi sebijik
  • Ada kamera compact tapi kalo boleh nak dslr
  • Ada rumah tapi kalo boleh nak yang lagi besar
  • Baju dah cukup tapi kalo boleh nak berguni2 tak nak kalah dengan orang lain
  • Handset dah ada, boleh guna cukup sume tapi kalo boleh nak AI PON
  • Kulit hitam tapi kalo boleh nak putih
  • Bini ada satu tapi kalo boleh nak lebih

Dan di antara orang2 tersebut aku jugak tak terkecuali. ahahahaha. nama pown manusia. keinginan tu memang tak pernah berhenti. so antara wishlists aku yang-entah-bila-akan-tercapai adalah:
  1. iPad satu!
  2. DSLR satu!
  3. Mitsubishi lancer Camry satu!
  4. Gaji seploh K please!
  5. Nak baby :)
  6. Sihat sepenuhnya. insyaAllah dengan izin Allah

Biasanya kalo aku nak fulfill kan wishlist2 aku yang biasa2 jer, aku ngendeng jer ngan hubby. tak susah sangat pown. cuba guna tips yang aku beri ni. gerenti berkesan! (tu pown kalo hubby korang jenis makan saman la. haha)

Situasi 1:
A: Ala benci lah kasut ni. melecet kaki kita pakai..
H: Ok nanti kita beli baru eh..
A: Tak nak lah. yang ni boleh pakai lagi (taktik... taktik!)
H: Takpe la.. kalo pakai buat sakit kaki pown tak guna jugak. nanti abg beli baru.
A: Ok lah... (dalam hati YES YES YES!! muahahaha)

Situasi 2:
A: Orang dah download macam2 game tapi sume tak boleh play. geram betol....
H: Nape tak boleh main yang?
A: Laptop kecik
H: Tak support eh?
A: Tu lah.. bosan duk main game sama jer
H: Takpe nanti kita beli computer besar eh
A: (Walawehhhhhhhhhh)

Situasi 3:
A: Awak, best kan iPad? nampak best jer guna. nak bawak sana sini pown senang kan.
H: Tapi mesti mahal kan yang?
A: Eh tak la mahal mana. hari tu kita tengok dalam web apple (siap dah buat survey siap2 ok!) harga lebih kurang macam Netbook jer. tapi lagi canggih lagi mahal la..
H: Nanti abang belikan untuk ayang nak?
A: Mahal tu....
H: Eh bukan la sekarang.
A: Hehehehehehehe (bajet laki kau CEO kompeni?)

So Tata.

Tuesday, March 22, 2011

Panjang Sungguh

Jumaat masuk spital, Sabtu balik kampong. kentalllll. Pada yang bertanya khabar aku tu, thanks for your concern. aku dah memang selalu sakit. tak tau dah nak cerita macam mana. insyaAllah aku dalam proses nak buat 1 entry pasal sakit aku yang-konon-kritikal tu.

Sakit, sakit jugak. tapi kehidupan harus diteruskan. eceh. dah lama rancang nak balik kampong. akhirnya dapat jugak. bila pilih cuti sekolah, orang tanya "Eh dah ada anak yang sekolah ke?" Pehallll. orang ada anak dah sekolah jer boleh cuti time cuti sekolah?? orang takde anak lagi ni kena duk diam2 la? wahh emo.

Seperti biasa dan seperti dijangka, konpem jammed. after tol Gombak jer konpem cenggini jadinya. tapi takpe yang ni kejap jer. alah bisa tegal biasa. hari2 redah jammed apa ada hal!

Tak sempat aku nak kejar ferrari ni. hubby cakap, "Ayang tengok eh, lepas tol ni mesti dia tarik". sekali lepas jer tol, berdesuppppp dia tekan minyak ko. hilang dari pandangan mata. terus masuk exit Kuala Lipis. andaian kami:

H: Ni mesti kerabat punya ni. anak Sultan Pahang
A: Tak kot. dorang duk Kuala Lipis ke? kita rasa Siti Nurhaliza lahhhhhh. eh tapi bukan jugak. dia sekarang naik helikopter jer kannnnnn.

Kami meneruskan perjalanan dengan tenang. tiba2 terucap dari mulutku, "Rasa nak makan buah la..... hehehehe". "Ok perhentian Temerloh nanti kita stop". ni yang ai suka ni.

Buah-tak-tau-nama tapi aku suka. mahal nak mati. sekilo 20hengget. susah sangat ke nak dapat buah ni? tapi takpe, buah ni memang betul2 fresh. baru kutip ni. daun pown segar lagi.

Seeee... banyak ni jer dah 17hengget. seb baik sedap.

Tak lama lagi jadi raksasa gogon la ni

Kalau balik kampong, singgah perhentian tak beli buah, tak sah. dah terbiasa kot. tapi yang aku pilih sokmo tak sedap. jadi orang sebelah punya aku sambar. aku punya kasi dia. keji tak? hahaha.

Spek yang hanya tinggal kenangan. hubby jatuh terjelopok dalam surau sehingga patah frame spek beliau. takpe, spek tu mati dalam iman. muahaha.

Ok sebelum sambung cerita ni aku nak tanya dulu. dalam kete, bila boring apa korang buat?
a) tido
b) makan
c) termenung
d) korek idong. citt pengotor
e) kacau driver
f) camwhore

Aku? sume buat melainkan d. haha konon pembersih. satu lagi benda, korang rasa best tak kalo duduk dalam kereta yang meter dia sampai 240 km/j tapi had laju lebuhraya membenarkan cuma 110 km/j sahaja dan driver anda ketika itu seorang yang sangat mematuhi peraturan sehinggakan dalam hati beliau sentiasa ada kata2 sebegini "Not more than 110 please!". apa? apa?? apa??? REDHA jer lahhhhhhh.


Aku boring, ko ingat dia tak boring?

Apa pesen drive cenggini ni wak? menyengetkan separuh badan sampai stereng pown ai yang kena betulkan sehingga lurus kedudukan? mematuhi peraturankah sebegini? orang kata langit tak selalu cerah. tiba2 hujan turun selebat2nya sampai hampir tak nampak jalan. 

Entah berapa lama pown aku tak hengat. tiba2 dah sampai Panching. ye kot nama tempat ni Panching sebab ada tugu mata kail besar aku tengok. haha. suka suki engkau jer kasi nama tempat.

Ni nak pancing moyang segala ikan pown boleh nih.

Tapi jammed bertambah2 pulak bila dah sampai kawasan ni. stressss cap ayamas aku. rasa nak keluar telan angin dulu jer baru masuk balik dalam kete.

Akhirnya kami sampai ke Kijal. dah masuk Ganu dah ni. but yet jauhhhhh lagi ok. singgah beli lemang jap. mak kata takde apa2 nak bawak balik kat budak2 kat rumah tu. masing2 dah la macam bela hantu raya. hahaha. lupa nak kabo, singgah Kuantan ambik mak dulu. mak aku duduk Kuantan sorang2 dah 5 tahun. DONT ASK ME WHY. tanya mak aku.

Ok ni nak bagi komen ikhlas lagi membina pasal makanan2 dekat Kijal ni. yes tempat ni memang menjadi tumpuan ramai sebab dorang jual lemang almost 365days a year without tutup. raya aku tak tau. no komeng. tapi apesal makanan2 dia sume kurang rasa? main tangkap muat jer masing2 jual makanan. aku ni tekak orang Ganu. tekak yang biasa makan lemang n satar berlemak, banyak ikan, cukup rasa. ni ikan pown entah ikan apa yang diguna, aku rasa manis jer. lemak takde, pedas takde, masin takde. tak berkat tau meniaga macam tu? dah la mahal nak mati.


Satu cucuk yang paling panjang tu, ada 10 ketul satar, 4hengget. mahal ok................. pembalut jer besar, isi seciput. kalo sedap sumpah aku tak berkira, masalahnya nan hado sedapnya. biasa yang kami beli 1hengget dapat 5 ketul tau? 10 ketul baru 2hengget. tu pown sedap tak hengat. agak2 wajib tak aku berkira macam ni? cuba2 la ubah sikit resepi tu wahai peniaga2 sekalian. tak rugi pown. makin maju ada la sebab aku akan promote gerai kau kat blog aku. cisss bajet blog readers 10K sehari.

Tapi antara 3 benda yang kami beli tu, yang ni terbaekkkk.

Jelly kelapa. perghhhh rasa dia. teringat2 sampai sekarang. pesal selama ni aku tak sedar kewujudan makanan ni? ruginya 26 25 tahonnnnn. tapi mak pesan jangan makan banyak2. aku ni badan berpenyakit. rasa la sesuap dua. hilangkan kempunan. sedap ok. kalo singgah jangan lupa beli yer? ok yang ni murah 1hengget jer satu :D

Masa tulis entry ni baru aku perasan, aku balik kampong 12 March 2011, sehari selepas Tsunami kat Jepun. patut la pokok2 sume menyenget ditiup angin. kuat giler ok.

Sebelah kanan, PANTAI. so angin dari pantai yang tersangat kuat sampai boleh rasa kadang2 kereta bergoyang tolak pokok sampai meliuk lentuk macam tu sekali. mau tak seram?

So kenapa aku cakap perjalanan ni panjang teramat? sebab kami gerak pukul 815 pagi. sampai rumah 800 malam. kira la berapa jam. balik dari Ganu ke Shah Alam pown sama. gerak pukul 100 tengahari, sampai Shah Alam pukul 1030 malam. seronoknya duduk dalam kereta.......... naik kematu bontot aku!

Mak tanya:

M: Eh Tie tak sampai lagi ke? lama nya jalan?
A: Banyak berhenti. ala mak, lama ke, nak tido dalam kereta ke, takmboh balik terus ke, apa nak kisah mak, laki kita! hehehehe
M: (Gelak besar mak aku. tak sangka agaknya anak dia nak berkata2 tanpa malu) Yer lah kirim salam ke Yang tu

Mak aku memang panggil hubby aku Yang ok......... dua2 menantu pown sama. mak i memang advance. adik aku kata mak aku playgirl. kahkahkahkahkahkah....

Orang kata mak aku untung. dapat 2 menantu sekaligus. sorang cantik sorang baik. alhamdulillah :)

Sekian laporan.

So Tata.

Monday, March 14, 2011

Jumaat, 11-03-11


Lama kot tak merasa macam ni.. huhuhu.

Wednesday, March 9, 2011

Lelaki dan Joran

Boipren or husband korang suka mancing tak? hubby aku tersangatlah sukaaa. tapi bukan la hardcore punya orang sampai tiap2 ari nak kena pegang joran :D. nak dijadikan cerita, kitorang pegi ke 1 kedai perabot ni.. sembang punya sembang tengok2 barang, usha2 harga.. then abang ni terperasan yang hubby pakai baju kelab mancing.

A: Kelab mancing ye?
H: Ha'ah kilang punya.
A: Selalu ke pegi mancing?
H: Tak selalu sangatlah bang..
A: Selalu mancing kat mana?
H: Baru2 ni ada pegi laut. dekat ......... (aku dah lupa. hehehe)
A: Hari tu saya pegi sampai ke ............................... (malas nak ambik pusing)
And bla bla bla bla....

Entah apa lagi yang disembang tu. aku masuk dalam kedai balik, jalan2 tengok barang lain. abang tu tak pedulik aku dah. sebok sangat cerita mancing dia. masa tu aku dah tak tahan nak terkencing hehehe aku ajak la hubby balik. masa nak keluar tu aku nampak 1 almari kasut. sempat lagi aku tanya harga.

S: Berapa ni bang?
A: RM.......... (aku tak ingat). tapi harga boleh nego lagi.
S: O yeke..
A: Eh kalo mancing dekat laut best kan. feel dia lain... bla bla bla.... (boleh dia sambung balik cerita mancing dia?)

Lantak ko la bang. lelaki dan joran. kalo dah suka tu, tak boleh nak buat apa kan? :D

So Tata.

Tuesday, March 8, 2011

Baik ke Buruk?

Berita baik
Gaji naik. yeayyy!! naik lebih banyak dari tahun lepas.

Berita kurang baik
Ofis nak pindah. terus jadi kurang happy even gaji bertambah. cakap la aku tak bersyukur pown. tapi aku ada sebab yang kukuh.
  1. Kos - Ofis nak pindah jauh. kena take into accounts every single cents yang aku kena labur atas jalan raya. tol, minyak, etc. jumlah gaji yang dinaikkan tu cukup untuk minyak ngan tol jer kot. bila aku tanya boss pasal tol, boleh pulak dia cakap ngan aku guna Touch n Go boleh dapat rebate. kena claim every 6 months bla bla bla. bukan nak sedapkan hati aku nak tambah allowance tol ke apa. stresss.
  2. Masa - Kalo stay dekat ofis lama, from Jalan Kebun to USJ baru berapa minit. paling lambat pown if jammed, dalam 30-40 minit. if ke tempat baru? jauh tu sampai ke Setiawangsa. agak2 berapa lama baru boleh sampai? officehour from 9 to 6. maghrib la baru sampai rumah.
  3. Janji - Aku dah janji nak ikut boss pindah sana. uwaaaaa. pesal la laju jer aku janji hari tu kan? aku sayang company ni. tapi boss macam tak sayang aku jer. huhuhu. gaji yang kitorang mintak hari tu, 70% jer yang dia approved. boss takpe la boleh claim tol, claim minyak. uhuk uhuk.

Dalam masa terdekat memang tak boleh cari keje lain lagi. kena pegang pada janji even takde black n white. boss macam tau jer aku takkan kekal lama lagi ngan syarikat ni, sebab tu dia tak naik gaji aku banyak2. sedih jugak bila terkenang. tapi takpe la, mungkin setakat ni jer dulu rezeki yang Allah nak bagi. bersyukur lah.

So Tata.

Monday, March 7, 2011

Agungnya Cinta

Tadi bukak blog Reen. dia share 1 video.

Credit to the owner :)

Meleleh jugak la air mata tengok video ni :'(. and what i got from this video:
  1. Starting a new life dengan orang yang kita sayang, walaupown bermula dengan rumah yang tak seberapa, ia tetap indah
  2. Zuriat adalah rezeki yang datang dari Allah. jika belum ada, mungkin belum rezeki kita
  3. Menabung untuk masa depan. bukan dah terdesak baru ingat nak simpan duit. macam terkena dekat batang hidung sendiri jer. adooiii
  4. Hargai orang yang kita sayang selagi dia masih ada *sob2*
  5. Cinta tak mengenal usia

Bila tengok video ni teringat lagu ni:

Anuar Zain - Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

P/s: Andaikata Allah sudah tetapkan yang kita tak boleh beri zuriat pada suami, masihkah dia mampu menjadi dia yang kita kenali dulu?

So Tata.

Baru Ku Tahu......

Habis lenguh satu badan ni. yang paling ketara dekat lengan n belakang. kalo boleh pegi spa ni perggghhh. penat rupanya mengecat ni. baru ku tau. tak patut rupanya aku asyik perli hubby kenapa dah berhari-hari cat tak jugak siap. hahaha. ampun tuan besau :D

If u can see the uneven tone there :P

Actually kaler kat atas ni not the exact colour. dalam kamera berubah sket. next time aku cuba ejas kasi sama. apa pown the colour is still PINK but its darker from the photo above.

Yumie: Yes i love red. tapi kali ni sengaja nak lari sket dari kaler tu. perubahan la konon. muahahaha. apa pown merah tetap di hatiku auummmmm. eh birthday Yumie kan today? happy birthday!!!!
Farah: Aku takkan cat rumah kaler kuning kot. sebab bila orang cat kuning mesti aku kutuk. hahahaha.

Sobona eh eden silap pilih kaler. bukan la silap, tapi bukan kaler yang aku nak sebenar2nya. dah dapat agak masa beli tu lagi. tapi tu la tak sabo sangat. beli jugak. natijahnya ambik tanggung sendiri. tapi takpela bila tengok banyak kali buat2 suka buat2 cakap kat hubby "Eh cantik jugak la kaler ni". tapi dalam hati meroyan "Nak tukar lain... nak cat balik!!!" muahahaha. jangan contohi makcik sorang ni yer?

Sebenarnya nak kaler macam ni [KLIK SINI]. ala kaler sama macam bilik pengantin dulu. baru la hari2 rasa macam pengantin baru auuummmm. muahahaha. tapi takpe, tengok la berapa lama aku boleh tahan dengan kaler sekarang. takpe sikit jer cat yang diperlukan. 2 liter pown tak abes *sedapkan hati*.

So Tata.

Friday, March 4, 2011

Berkawan Biar Seribu, Bercinta Biar Hanya Pada Suami Yang Satu :P

Pernah tak korang tengah duduk2, rilek2, baring2 boring2 tetiba teringat kat seseorang? tak kira lah sape2 pown. mak ayah ke, adik beradik ke, pakcik makcik ke, kawan2 lama ke, ayam itik kat kampung ke, boifren lama ke tetttttttt. pernah tak pernah tak? mesti pernah kan?

Sebenarnya malam tadi tetiba aku teringat sangat kat kawan aku sorang ni, Wan Nor Fadhilah Hani Tuan Ismail. ambik kau, nama penuh aku bagi. ehehe. masa tu dah pukul 11 lebih. dan2 masa tu jugak aku sms dia.

A: Salam Wan. pekabo? lama tak dengar cite hang. tetiba rindu plak aku. heheheh
W: Wasalam Sarah. Wan sihat. rindu ye. Sarah pekabar? sihat?
And bla bla bla bla bla...

She is one of my best buddies masa kat UUM dulu. a very nice person i can say. sangat peramah sampai kadang2 entah sape2 pown dia tegur. hahaha. aktif giler ko masuk persatuan, join club sana sini. pastu yang paling aku respect kan, dia ni sangat pandai simpan duit. duit ptptn yang kita dapat masa awal semester tu, mesti dalam separuh macam tu dia akan simpan masuk ASB. yang herannya duit dia boleh cukup untuk sepanjang sem. dia tak kedekut tapi dia pandai. bukan macam aku. nama jer budak akaun tapi duit ptptn 2, 3 bulan pertama dah abes kot. ahahaha.

Satu lagi benda yang paling aku ingat, aku suka tiru tutorial dia. paper Tax Lanjutan la yang sokmo jadi mangsa. entah aku ni memang kurang berminat sikitlah dengan paper Tax. aku rasa paper ni leceh sebab nak kena ingat macam2 benda. padahal pemalas. hahaha. bila esok ada tutorial nak kena hantar, malam tu mula la menggesel2 pergi bilik dia. dia dah tau dah. kalo aku pegi tu mesti bersebab. kadang2 tak payah mintak, dia terus bagi jer! wahahaha. giler tak malu la muka aku ni kan..

Yang sobona eh, aku bukan tak pandai, tapi malas. pernah 1 hari tu tetiba mood rajin aku datang menyerang. dengan sungguh2 aku buat tutorial tu tau. abes nota aku selak, abes buku aku belek. akhirnya besok masuk kelas, lecturer buat discussion jawapan. n nak tau tak, aku dapat fullmark uollssss. see bukan aku tak pandai tapi malas lebih pandai. muahahaha. eh statement aku ni bunyi macam bongkak jer kan. kahkahkah.

She came all the way from KL to my Ganu's wedding. terharu sangat :')

P/s: Masa belajar dulu tak sabar nak keja. bila dah keja, rasa nak belajar balik la pulak! huhu. rindu dekat kawan2 sume.

So Tata.

Buah Stroberi

Tak dapat pergi Cameron, dapat makan buah stroberi dari Cameron pown jadi lah... huhuhu

Thursday, March 3, 2011

Tipu Betol

Sory la yer. lately ni entry banyak berkisar pasal rumah, barang2 rumah, nak pindah rumah, nat buat apa2 jer lah pasal rumah. maklum lah jakun tak pernah ada rumah sendiri. muahahaha. starting our new life with our new house, mesti best kan?

Semalam after work aku heret hubby pergi Plaza Alam Sentral, Shah Alam. nak tengok perabot, etc. sebelum tu ada dapat fliers. murah2 jugak lah barang dia kalau nak dibandingkan dengan kedai2 lain yang aku survey before this. so dengan bersemangat wajanya lepas kerja terus pergi.

Aku rasa kedai tu kedai baru kot sebab sebelum ni aku tak pernah perasan plak ada kedai perabot dalam Alam Sentral ni. jalan punya jalan, tengok punya tengok, jumpa la barang yang aku nak beli tu. yang paling aku nak beli sangat is kabinet dapur (movable) sebab dalam fliers tulis RM259 sahaja. sangat lah murah sebab harga biasa mesti 300 or 400 and above. dah siap2 kira nak withdraw duit lagi tau.

Tapi UNFORTUNATELY (ha caps lock lagi tu) harga dia tak sama macam dalam fliers yang aku dapat!

Harga dalam fliers = RM259
Harga display = RM359
Different = RM100!

Eh ini tak boleh jadi. then tengok la barang lain plak. kot la yang tu jer tak sama kan. so kitorang tengok almari sliding door.

Harga dalam fliers = RM299
Harga display = RM399
Different = RM100 jugak!

Haishhh ni dah lain macam ni. masa tu nak jer aku tengok sume barang n bandingkan harga dia. tapi aku dah tak ada hati dah kot. malas lah. nampak sangat dalam fliers tu harga tipu. tulis murah tapi bila sampai kedai harga lain. aku tanya la salesgirl kat situ nape harga promo dalam fliers tak sama dengan harga display?

S: Eh tu fliers lama kot.
A: Eh tak lah saya tengok sini promo sampai 3 Mac 2011. belum habis lagi kan? (sambil tunjukkan fliers tu dekat dia)
S: Betul ke yang cawangan sini ni?
A: Betul la, alamat sini ni kan?
S: (Then dia belek2 la fliers tu) Tapi barang2 ni takde kat sini ni. dalam stor pown takde. yang barang2 Sharp ni betul ada promotion (tapi aku tak cek la pulak harga dia)
A: Hmm takpela terima kasih.

Dia kata barang takde, sedangkan aku baru jer tengok barang display n compare dengan fliers. barang yang sama, corak sama design sama. aii ke aku yang mata spero? takpolah aku pown blahh.... Dah2 toksah tanya aku apa nama kedai tu. nak tau gi carik sendiri. dalam Alam Sentral tu ada 1 je kot kedai perabot.

Kesimpulan yang aku boleh buat, lain kali toksah la nak percaya sangat dengan perkataan SALES or PROMOTION. aku ni memang dari dulu anti dengan SALES punya perkataan. sebab bagi aku perkataan SALES hanyalah mainan psychology semata2. kalau mana2 shopping complex buat SALES ke apa ke, jarang la aku nak pergi serbu. sebab aku rasa dorang tipu. boleh? haha. lepas kejadian semalam tu pulak, lagi la aku anti dengan SALES.

Sekian.

Wednesday, March 2, 2011

Jom Beli Cat!

Semalam lepas balik kerja hubby ajak pergi kedai beli cat. aku kan berangan nak buat feature wall kaler2. so tugas memilih kaler cat diserahkan sepenuhnya kepada aku. hehehe.


Ada beratus-ratus kaler. naik berpinau jugak la mata kalo nak pilih. tu baru tengok catalog 1 jenis cat jer. kalo sume jenis cat aku nak skodeng? boleh bawak bantal tilam sekali lah... hahaha. tapi naseb baik la aku tetap pendirian. before pergi dah ada kaler pilihan hati. hubby pown setuju. ikut perancangan dinding lain kitorang nak cat putih jer. just feature wall kaler kasi outstanding sket. kaler asal yang pemaju guna ala2 krim. tapi dinding pown dah kotor lepas plaster ceiling hari tu. so memang kena cat balik la. nak cat kaler asal tapi tak tau exactly kaler apa yang dia guna. karang main beli jer maunya bertompok2 dinding rumah kitorang.

Agak2 korang la kan, kaler apa aku pilih?

Cer teka cer teka :D

So Tata.

Bila Aku Tak Boleh Tido

Aku rasa penyakit susah nak tido aku ni semakin berlarutan semenjak dua menjak ni. bila mata aku dah mula rasa mengantuk, tapi aku tak terus tido, tengoklah akibatnya. akibatnya aku akan mengambil masa yang sangat lama nak tidokan diri. parah betol. so antara percubaan yang pernah aku buat supaya cepat or senang tido adalah:
  1. Nak blogging ke nak layan tenet ke nak main game ke, aku buat atas katil siap2. bila agak2 mata tu rasa mengantuk sikit jer aku terus baring terus pejam mata. kalo tak boleh lena, aku bangun balik sambung layan komputer. bila datang balik rasa mengantuk tu, cepat2 aku baring n pejam mata cepat2. dan biasanya percubaan kedua lah yang akan berjaya. hahahaha. kritikal tak masalah aku ni?
  2. Kalau hubby ada, biasanya dia yang akan tido dulu. terkebil2 la aku tengok kiri kanan atas bawah cari mood mengantuk. abes posisi aku akan cuba. meniarap lah, kaki ke atas lah, letak bantal atas kepala lah, tertonggeng lah (sila jangan contohi) n biasanya takkan berjaya. selalu yang jadi mangsa, hubby la. aku kejut dia kononnya suruh dodoikan aku. dah bila konon dia dodoi tu, biasanya aku akan gelak dan bila aku gelak makin lah aku tak rasa mengantuk! huhuhu. so kesimpulannya kaedah ni memang tak berkesan.
  3. Tido atas lantai. yer tido atas karpet jer. tapi teknik ni tengok mood. kadang2 berkesan kadang2 tak. dulu masa aku kerap sakit belakang, memang kerap aku tido atas lantai. tapi semenjak dua menjak dah sihat sikit ni, tido atas katil lagi besttt oooo. hahahaha. pasal sakit aku tu, nanti aku akan buat 1 entry khas. banyak benda nak di-story tu.
  4. Bila dah kritikal sangat tak boleh lena langsung, aku memang akan kejut hubby ajak borak. bila duk macam tu, tengah2 malam mesti mulut aku ni asyik rasa nak makan. pernah aku bangun makan eskrem tengah2 malam buta tu tau. hubby pown duk la teman aku makan tapi mata duk tutup. ahaha. tapi yang magiknya teknik ni berkesan. lepas tu aku terus boleh lena! bestt. hehehe.
  5. Baca Yassin. pernah buat sekali atau dua kali. berkesan, tapi biasalah malas. astaghfirullah hal'azim... sepatutnya yang ni dijadikan amalan kan?
  6. And latest percubaan supaya aku mengantuk ni, aku ajak hubby main PS2! hehehe. ni bila dah takde idea sangat la ni. nak tau kitorang main apa? game ni ha......
Picture: Google

Worms 4 Mayhem. besssttt ooo. main tembak2, serang2, bom2. dulu time cuti2 semester aku bawak balik pc kat kampung, game ni la yang aku duk main ngan adik2 aku. tapi yang version lama punya la. Worms 3D. sekarang aku tak pasti ada lagi tak yang lagi latest. Worms 5 ke 6 ke. sebab aku dah saaaangat lama tak bergiat dalam bidang pembelian cd2 games. dulu sume games yang aku suka, yang aku nak main, mesti aku cari cd dia, mesti aku beli. ha boleh bayangkan tak macam mana hebatnya minat aku terhadap games2 yang melalaikan ni? muahahaha. dah kawen pown tak insap2 lagi. adoyaiii. tunggu jadi mak orang dulu la, mana tau terbukak pintu hati untuk berubah. hehehehe.

Ha ni tau tak kenapa aku post entry tengah2 malam ni? sebabnya mata aku dah pedih duk tutup tapi terbukak balik. stress betol. hubby keje, sape nak teman aku main game Worms ni. nak lawan ngan komputer tak best, takde feel. lawan ngan manusia baru syok, boleh emo2. hahaha.

So sekarang apa aku nak buat eh. kena cari alternatif baru ni. ha apa kata aku jadi penulis novel jer. pastu boleh buat drama macam Trilogi Cinta yang best giler tu. wakaka berangan tak sedar diri. tutup jer lah mata. lena tak lena, kemudian kira.

So Tata.

Tuesday, March 1, 2011

Rumah oh Rumah. Bila Nak Masuk Ni?

Template baru love ♥ love ♥! berubah angin sket. kaler lebih kurang macam yang lama jer! heran nape ntah aku asyik pilih kaler cenggini. agaknya kena guna kaler gini jugak kot untuk rumah nanti. wah wah wah. tak sabar nya nak deco rumah kami :)

Keje kat ofis ni berlambak. tapi otak duk ingat dekat hubby yang tengah sibuk mengecat rumah. dan2 masa tu jugak aku paksa dia mms gambar dekat aku. hubby siap cakap "Abang datang sini nak ngecat la yang, bukan nak ambik gambar". muahahahaha. jap2 bukan suh mms gambar dia lah, gambar rumah. i rindu dekat rumah lah! hahahahaha. kejam kejam.

Alamak boss masuk la pulakkkkkk. jap2 jap lagi sambung - 2.12pm

3.38pm - Yessss boss dah balik!! muahahaha. memang pekerja cemerlang pekerja contoh lah aku ni!! hahahaha. ampun boss. bonus jangan kasi potong ha??? muahahaha

Ok jom sambung story tadi. minggu lepas ceiling baru siap. tapi masalahnya ceiling tu dia tak cat. dia kata kalo cat, charge lain. buleh? kami ni tak pernah buat, mana kami tau cenggitu caranya. adoyaii. nak suruh dia cat, upah lagi. baik guna khidmat pekerja dalaman suami sendiri. ehehehe.

Tak paham aku motif gambar ni. ni la jadi bila empunya badan segan nak ambik gambo sendiri. hahaha.

Aku tak suka ceiling bunga2 corak sana sini tu. konsep rumah i nanti moden kontemporari uolls. hambikkkk. hahahaha. betul la aku cakap. sebelum buat itu ini aku dah survey sana sini dah. tak nak tergesa-gesa buat keputusan sebab nanti aku sendiri yang sakit otak tengok rumah sendiri. hahaha. aku cerewet sikit2 jer. kan awak kan?? larikksssss. ahahaha. yang paling aku suka, kipas dekat hall.


Lawaaaa. suka sangat2! murah jer ok. RM250 sahaja! ha cepat2 pegi beli. takpe kalo belum ada tempat nak pasang, simpan bikin harta pusaka! ehehehe. eh lupe nak gtau, brand Alpha - Vannus. product of Malaysia kot. aku tau pasal jenama ni pown sebab tengok deko bersama Eric. best tau tengok deko2 tu. dapat macam2 idea. meroyan gak la aku nak buat itu ini. duit jer yang tak berapa nak ada. muahahaha.

Macam yang aku bagitau tadi, aku tak nak buat bunga2 sana sini. so grill pown, aku pilih grill yang paling simple walaupown ditentang keras oleh sesetengah pihak. hehehe. just a plain design without bunga yang dorang panggil wrought iron tu. i choose white even at first aku nak kaler coklat sebenarnya. tapi entah nape bila tengok orang lain guna cat putih, berkenan pulak aku. tapi kat situ jer la yang aku lari dari target pown. yang lain still on track. hehehe.

Dulu nak kawen ada checklist. now nak masuk rumah checklist lagi la panjanggggg. hahahaha.
  1. Grill - checked!
  2. Hall ceiling - checked!
  3. Cat hall & ceiling - half done
  4. Curtains - not yet
  5. Kabinet dapur - tak jadi buat konkrit punya. kalo ada rezeki nak renovate rumah menyusahkan pulak nak kena pecah balik. beli yang movable jer la dulu.
  6. Katil - katil bujang jer hado. manyak lomantik kalo tido atas ini katil ooo. muahaha. dah bajet tak nak beli set bilik tido dah. nak beli asing2 biar puas hati!
  7. Almari - guna almari masa bujang
  8. Sofa - lambat lagi kot beli. guna yang lama dulu. dah ada target dah macam mana aku nak! hehehe
  9. Tv - nasib baik masa bujang dulu hubby ada beli tv untuk main PS2 dia. boleh la kan! ada rezeki nak beli yang paling beso gantung dekat dinding! muahahaha.
  10. Kabinet tv - pakai meja komputer aku dulu boleh? hahaha. takpe sekarang buruk, tengah survey lagi ni. belum jumpa yang berkenan.
  11. Mesin basuh - insyaAllah akan beli before pindah nanti
  12. Peti sejuk - kak ipar mahu sedekah dia punya peti ais lah!!!! waahhhh sukanyaaaa. tak payah pening2 dulu. boleh guna duit tu untuk barang lain. tenkiu kakak, tenkiu abg fairuz =)))
Banyak benda lagi tapi aku dah lupa. ni antara yang terpenting la bagi aku. banyaknya nak pakai duit kan? takpe2, rumah kami syurga kami :) InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik.

Bab2 deko rumah, barang yang nak dibeli, kaler apa nak guna nak cat hall or bilik, jenis lampu, jenis kipas, sume hubby serah kat aku untuk buat keputusan. sebab dia tau aku ni taste memang mengada2. karang dia pilih ada jer benda yang tak kena. maunya mulut moncong sampai boleh sangkut hanger. hahahaha. lagipown dia tau aku ni cerewet *eh tadi kata tak. haha*. cerewet bersebab takpe kan. bukan apa, aku nak elak membazir. sebab nanti kalo aku tak suka aku suruh beli yang lain pulak. tak ke naya tu? so better bagi aku buat keputusan sume tu kan. eh2 bunyi macam queen control pulak. kehkehkeh. idok ler. kaum adam ni biasanya suka main hentam jer, so paham2 jer la yer. heeeeeeee...

Sesungguhnya aku sangat tak sabar nak pindah. nak merasa macam mana manisnya hidup berdua. eceh. tak nak stress kan hubby lagi asyik cakap pasal pindah jer. sabar yer Sarah. akan tiba masanya :)

So Tata.