Wednesday, March 9, 2011

Lelaki dan Joran

Boipren or husband korang suka mancing tak? hubby aku tersangatlah sukaaa. tapi bukan la hardcore punya orang sampai tiap2 ari nak kena pegang joran :D. nak dijadikan cerita, kitorang pegi ke 1 kedai perabot ni.. sembang punya sembang tengok2 barang, usha2 harga.. then abang ni terperasan yang hubby pakai baju kelab mancing.

A: Kelab mancing ye?
H: Ha'ah kilang punya.
A: Selalu ke pegi mancing?
H: Tak selalu sangatlah bang..
A: Selalu mancing kat mana?
H: Baru2 ni ada pegi laut. dekat ......... (aku dah lupa. hehehe)
A: Hari tu saya pegi sampai ke ............................... (malas nak ambik pusing)
And bla bla bla bla....

Entah apa lagi yang disembang tu. aku masuk dalam kedai balik, jalan2 tengok barang lain. abang tu tak pedulik aku dah. sebok sangat cerita mancing dia. masa tu aku dah tak tahan nak terkencing hehehe aku ajak la hubby balik. masa nak keluar tu aku nampak 1 almari kasut. sempat lagi aku tanya harga.

S: Berapa ni bang?
A: RM.......... (aku tak ingat). tapi harga boleh nego lagi.
S: O yeke..
A: Eh kalo mancing dekat laut best kan. feel dia lain... bla bla bla.... (boleh dia sambung balik cerita mancing dia?)

Lantak ko la bang. lelaki dan joran. kalo dah suka tu, tak boleh nak buat apa kan? :D

So Tata.

2 comments:

farahfatihah said...

hahaha lelaki mmg mcm tu..kalau dah jumpa geng sekepala, tnya apa pun mcm tak dengar je huhu

iedayah said...

adoi...mmg xdpt dielakkn r dear..laki i plak gile keta...sob2~