Friday, March 4, 2011

Berkawan Biar Seribu, Bercinta Biar Hanya Pada Suami Yang Satu :P

Pernah tak korang tengah duduk2, rilek2, baring2 boring2 tetiba teringat kat seseorang? tak kira lah sape2 pown. mak ayah ke, adik beradik ke, pakcik makcik ke, kawan2 lama ke, ayam itik kat kampung ke, boifren lama ke tetttttttt. pernah tak pernah tak? mesti pernah kan?

Sebenarnya malam tadi tetiba aku teringat sangat kat kawan aku sorang ni, Wan Nor Fadhilah Hani Tuan Ismail. ambik kau, nama penuh aku bagi. ehehe. masa tu dah pukul 11 lebih. dan2 masa tu jugak aku sms dia.

A: Salam Wan. pekabo? lama tak dengar cite hang. tetiba rindu plak aku. heheheh
W: Wasalam Sarah. Wan sihat. rindu ye. Sarah pekabar? sihat?
And bla bla bla bla bla...

She is one of my best buddies masa kat UUM dulu. a very nice person i can say. sangat peramah sampai kadang2 entah sape2 pown dia tegur. hahaha. aktif giler ko masuk persatuan, join club sana sini. pastu yang paling aku respect kan, dia ni sangat pandai simpan duit. duit ptptn yang kita dapat masa awal semester tu, mesti dalam separuh macam tu dia akan simpan masuk ASB. yang herannya duit dia boleh cukup untuk sepanjang sem. dia tak kedekut tapi dia pandai. bukan macam aku. nama jer budak akaun tapi duit ptptn 2, 3 bulan pertama dah abes kot. ahahaha.

Satu lagi benda yang paling aku ingat, aku suka tiru tutorial dia. paper Tax Lanjutan la yang sokmo jadi mangsa. entah aku ni memang kurang berminat sikitlah dengan paper Tax. aku rasa paper ni leceh sebab nak kena ingat macam2 benda. padahal pemalas. hahaha. bila esok ada tutorial nak kena hantar, malam tu mula la menggesel2 pergi bilik dia. dia dah tau dah. kalo aku pegi tu mesti bersebab. kadang2 tak payah mintak, dia terus bagi jer! wahahaha. giler tak malu la muka aku ni kan..

Yang sobona eh, aku bukan tak pandai, tapi malas. pernah 1 hari tu tetiba mood rajin aku datang menyerang. dengan sungguh2 aku buat tutorial tu tau. abes nota aku selak, abes buku aku belek. akhirnya besok masuk kelas, lecturer buat discussion jawapan. n nak tau tak, aku dapat fullmark uollssss. see bukan aku tak pandai tapi malas lebih pandai. muahahaha. eh statement aku ni bunyi macam bongkak jer kan. kahkahkah.

She came all the way from KL to my Ganu's wedding. terharu sangat :')

P/s: Masa belajar dulu tak sabar nak keja. bila dah keja, rasa nak belajar balik la pulak! huhu. rindu dekat kawan2 sume.

So Tata.

No comments: