Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 2, 2011

Bila Aku Tak Boleh Tido

Aku rasa penyakit susah nak tido aku ni semakin berlarutan semenjak dua menjak ni. bila mata aku dah mula rasa mengantuk, tapi aku tak terus tido, tengoklah akibatnya. akibatnya aku akan mengambil masa yang sangat lama nak tidokan diri. parah betol. so antara percubaan yang pernah aku buat supaya cepat or senang tido adalah:
  1. Nak blogging ke nak layan tenet ke nak main game ke, aku buat atas katil siap2. bila agak2 mata tu rasa mengantuk sikit jer aku terus baring terus pejam mata. kalo tak boleh lena, aku bangun balik sambung layan komputer. bila datang balik rasa mengantuk tu, cepat2 aku baring n pejam mata cepat2. dan biasanya percubaan kedua lah yang akan berjaya. hahahaha. kritikal tak masalah aku ni?
  2. Kalau hubby ada, biasanya dia yang akan tido dulu. terkebil2 la aku tengok kiri kanan atas bawah cari mood mengantuk. abes posisi aku akan cuba. meniarap lah, kaki ke atas lah, letak bantal atas kepala lah, tertonggeng lah (sila jangan contohi) n biasanya takkan berjaya. selalu yang jadi mangsa, hubby la. aku kejut dia kononnya suruh dodoikan aku. dah bila konon dia dodoi tu, biasanya aku akan gelak dan bila aku gelak makin lah aku tak rasa mengantuk! huhuhu. so kesimpulannya kaedah ni memang tak berkesan.
  3. Tido atas lantai. yer tido atas karpet jer. tapi teknik ni tengok mood. kadang2 berkesan kadang2 tak. dulu masa aku kerap sakit belakang, memang kerap aku tido atas lantai. tapi semenjak dua menjak dah sihat sikit ni, tido atas katil lagi besttt oooo. hahahaha. pasal sakit aku tu, nanti aku akan buat 1 entry khas. banyak benda nak di-story tu.
  4. Bila dah kritikal sangat tak boleh lena langsung, aku memang akan kejut hubby ajak borak. bila duk macam tu, tengah2 malam mesti mulut aku ni asyik rasa nak makan. pernah aku bangun makan eskrem tengah2 malam buta tu tau. hubby pown duk la teman aku makan tapi mata duk tutup. ahaha. tapi yang magiknya teknik ni berkesan. lepas tu aku terus boleh lena! bestt. hehehe.
  5. Baca Yassin. pernah buat sekali atau dua kali. berkesan, tapi biasalah malas. astaghfirullah hal'azim... sepatutnya yang ni dijadikan amalan kan?
  6. And latest percubaan supaya aku mengantuk ni, aku ajak hubby main PS2! hehehe. ni bila dah takde idea sangat la ni. nak tau kitorang main apa? game ni ha......
Picture: Google

Worms 4 Mayhem. besssttt ooo. main tembak2, serang2, bom2. dulu time cuti2 semester aku bawak balik pc kat kampung, game ni la yang aku duk main ngan adik2 aku. tapi yang version lama punya la. Worms 3D. sekarang aku tak pasti ada lagi tak yang lagi latest. Worms 5 ke 6 ke. sebab aku dah saaaangat lama tak bergiat dalam bidang pembelian cd2 games. dulu sume games yang aku suka, yang aku nak main, mesti aku cari cd dia, mesti aku beli. ha boleh bayangkan tak macam mana hebatnya minat aku terhadap games2 yang melalaikan ni? muahahaha. dah kawen pown tak insap2 lagi. adoyaiii. tunggu jadi mak orang dulu la, mana tau terbukak pintu hati untuk berubah. hehehehe.

Ha ni tau tak kenapa aku post entry tengah2 malam ni? sebabnya mata aku dah pedih duk tutup tapi terbukak balik. stress betol. hubby keje, sape nak teman aku main game Worms ni. nak lawan ngan komputer tak best, takde feel. lawan ngan manusia baru syok, boleh emo2. hahaha.

So sekarang apa aku nak buat eh. kena cari alternatif baru ni. ha apa kata aku jadi penulis novel jer. pastu boleh buat drama macam Trilogi Cinta yang best giler tu. wakaka berangan tak sedar diri. tutup jer lah mata. lena tak lena, kemudian kira.

So Tata.

1 comment:

Anonymous said...

mia pun kdg2x x leh tido awal..mgkn penyakit mia sbb dh cover siangnya...