Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 3, 2011

Tipu Betol

Sory la yer. lately ni entry banyak berkisar pasal rumah, barang2 rumah, nak pindah rumah, nat buat apa2 jer lah pasal rumah. maklum lah jakun tak pernah ada rumah sendiri. muahahaha. starting our new life with our new house, mesti best kan?

Semalam after work aku heret hubby pergi Plaza Alam Sentral, Shah Alam. nak tengok perabot, etc. sebelum tu ada dapat fliers. murah2 jugak lah barang dia kalau nak dibandingkan dengan kedai2 lain yang aku survey before this. so dengan bersemangat wajanya lepas kerja terus pergi.

Aku rasa kedai tu kedai baru kot sebab sebelum ni aku tak pernah perasan plak ada kedai perabot dalam Alam Sentral ni. jalan punya jalan, tengok punya tengok, jumpa la barang yang aku nak beli tu. yang paling aku nak beli sangat is kabinet dapur (movable) sebab dalam fliers tulis RM259 sahaja. sangat lah murah sebab harga biasa mesti 300 or 400 and above. dah siap2 kira nak withdraw duit lagi tau.

Tapi UNFORTUNATELY (ha caps lock lagi tu) harga dia tak sama macam dalam fliers yang aku dapat!

Harga dalam fliers = RM259
Harga display = RM359
Different = RM100!

Eh ini tak boleh jadi. then tengok la barang lain plak. kot la yang tu jer tak sama kan. so kitorang tengok almari sliding door.

Harga dalam fliers = RM299
Harga display = RM399
Different = RM100 jugak!

Haishhh ni dah lain macam ni. masa tu nak jer aku tengok sume barang n bandingkan harga dia. tapi aku dah tak ada hati dah kot. malas lah. nampak sangat dalam fliers tu harga tipu. tulis murah tapi bila sampai kedai harga lain. aku tanya la salesgirl kat situ nape harga promo dalam fliers tak sama dengan harga display?

S: Eh tu fliers lama kot.
A: Eh tak lah saya tengok sini promo sampai 3 Mac 2011. belum habis lagi kan? (sambil tunjukkan fliers tu dekat dia)
S: Betul ke yang cawangan sini ni?
A: Betul la, alamat sini ni kan?
S: (Then dia belek2 la fliers tu) Tapi barang2 ni takde kat sini ni. dalam stor pown takde. yang barang2 Sharp ni betul ada promotion (tapi aku tak cek la pulak harga dia)
A: Hmm takpela terima kasih.

Dia kata barang takde, sedangkan aku baru jer tengok barang display n compare dengan fliers. barang yang sama, corak sama design sama. aii ke aku yang mata spero? takpolah aku pown blahh.... Dah2 toksah tanya aku apa nama kedai tu. nak tau gi carik sendiri. dalam Alam Sentral tu ada 1 je kot kedai perabot.

Kesimpulan yang aku boleh buat, lain kali toksah la nak percaya sangat dengan perkataan SALES or PROMOTION. aku ni memang dari dulu anti dengan SALES punya perkataan. sebab bagi aku perkataan SALES hanyalah mainan psychology semata2. kalau mana2 shopping complex buat SALES ke apa ke, jarang la aku nak pergi serbu. sebab aku rasa dorang tipu. boleh? haha. lepas kejadian semalam tu pulak, lagi la aku anti dengan SALES.

Sekian.

3 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

jaat tul..huhu~ tak ptt ar..byk je yg camtu..

yang comel,
Khumaera Ismail

Reen Tart Nenas said...

lama tak singgah blog nie...
mmg kena hati2 kalau nak pilih brg2 nie. flyers x boleh percaya

farahfatihah said...

tu yng dinamakan penipuan hohohoo apesal xtunjuk je barang tu kat dia..? huhu kalau aku, sure aku tunjuk kat dia..then wat2 tnya byk2 pas tu chow! hahahaha jahat !