Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 1, 2011

Rumah oh Rumah. Bila Nak Masuk Ni?

Template baru love ♥ love ♥! berubah angin sket. kaler lebih kurang macam yang lama jer! heran nape ntah aku asyik pilih kaler cenggini. agaknya kena guna kaler gini jugak kot untuk rumah nanti. wah wah wah. tak sabar nya nak deco rumah kami :)

Keje kat ofis ni berlambak. tapi otak duk ingat dekat hubby yang tengah sibuk mengecat rumah. dan2 masa tu jugak aku paksa dia mms gambar dekat aku. hubby siap cakap "Abang datang sini nak ngecat la yang, bukan nak ambik gambar". muahahahaha. jap2 bukan suh mms gambar dia lah, gambar rumah. i rindu dekat rumah lah! hahahahaha. kejam kejam.

Alamak boss masuk la pulakkkkkk. jap2 jap lagi sambung - 2.12pm

3.38pm - Yessss boss dah balik!! muahahaha. memang pekerja cemerlang pekerja contoh lah aku ni!! hahahaha. ampun boss. bonus jangan kasi potong ha??? muahahaha

Ok jom sambung story tadi. minggu lepas ceiling baru siap. tapi masalahnya ceiling tu dia tak cat. dia kata kalo cat, charge lain. buleh? kami ni tak pernah buat, mana kami tau cenggitu caranya. adoyaii. nak suruh dia cat, upah lagi. baik guna khidmat pekerja dalaman suami sendiri. ehehehe.

Tak paham aku motif gambar ni. ni la jadi bila empunya badan segan nak ambik gambo sendiri. hahaha.

Aku tak suka ceiling bunga2 corak sana sini tu. konsep rumah i nanti moden kontemporari uolls. hambikkkk. hahahaha. betul la aku cakap. sebelum buat itu ini aku dah survey sana sini dah. tak nak tergesa-gesa buat keputusan sebab nanti aku sendiri yang sakit otak tengok rumah sendiri. hahaha. aku cerewet sikit2 jer. kan awak kan?? larikksssss. ahahaha. yang paling aku suka, kipas dekat hall.


Lawaaaa. suka sangat2! murah jer ok. RM250 sahaja! ha cepat2 pegi beli. takpe kalo belum ada tempat nak pasang, simpan bikin harta pusaka! ehehehe. eh lupe nak gtau, brand Alpha - Vannus. product of Malaysia kot. aku tau pasal jenama ni pown sebab tengok deko bersama Eric. best tau tengok deko2 tu. dapat macam2 idea. meroyan gak la aku nak buat itu ini. duit jer yang tak berapa nak ada. muahahaha.

Macam yang aku bagitau tadi, aku tak nak buat bunga2 sana sini. so grill pown, aku pilih grill yang paling simple walaupown ditentang keras oleh sesetengah pihak. hehehe. just a plain design without bunga yang dorang panggil wrought iron tu. i choose white even at first aku nak kaler coklat sebenarnya. tapi entah nape bila tengok orang lain guna cat putih, berkenan pulak aku. tapi kat situ jer la yang aku lari dari target pown. yang lain still on track. hehehe.

Dulu nak kawen ada checklist. now nak masuk rumah checklist lagi la panjanggggg. hahahaha.
  1. Grill - checked!
  2. Hall ceiling - checked!
  3. Cat hall & ceiling - half done
  4. Curtains - not yet
  5. Kabinet dapur - tak jadi buat konkrit punya. kalo ada rezeki nak renovate rumah menyusahkan pulak nak kena pecah balik. beli yang movable jer la dulu.
  6. Katil - katil bujang jer hado. manyak lomantik kalo tido atas ini katil ooo. muahaha. dah bajet tak nak beli set bilik tido dah. nak beli asing2 biar puas hati!
  7. Almari - guna almari masa bujang
  8. Sofa - lambat lagi kot beli. guna yang lama dulu. dah ada target dah macam mana aku nak! hehehe
  9. Tv - nasib baik masa bujang dulu hubby ada beli tv untuk main PS2 dia. boleh la kan! ada rezeki nak beli yang paling beso gantung dekat dinding! muahahaha.
  10. Kabinet tv - pakai meja komputer aku dulu boleh? hahaha. takpe sekarang buruk, tengah survey lagi ni. belum jumpa yang berkenan.
  11. Mesin basuh - insyaAllah akan beli before pindah nanti
  12. Peti sejuk - kak ipar mahu sedekah dia punya peti ais lah!!!! waahhhh sukanyaaaa. tak payah pening2 dulu. boleh guna duit tu untuk barang lain. tenkiu kakak, tenkiu abg fairuz =)))
Banyak benda lagi tapi aku dah lupa. ni antara yang terpenting la bagi aku. banyaknya nak pakai duit kan? takpe2, rumah kami syurga kami :) InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik.

Bab2 deko rumah, barang yang nak dibeli, kaler apa nak guna nak cat hall or bilik, jenis lampu, jenis kipas, sume hubby serah kat aku untuk buat keputusan. sebab dia tau aku ni taste memang mengada2. karang dia pilih ada jer benda yang tak kena. maunya mulut moncong sampai boleh sangkut hanger. hahahaha. lagipown dia tau aku ni cerewet *eh tadi kata tak. haha*. cerewet bersebab takpe kan. bukan apa, aku nak elak membazir. sebab nanti kalo aku tak suka aku suruh beli yang lain pulak. tak ke naya tu? so better bagi aku buat keputusan sume tu kan. eh2 bunyi macam queen control pulak. kehkehkeh. idok ler. kaum adam ni biasanya suka main hentam jer, so paham2 jer la yer. heeeeeeee...

Sesungguhnya aku sangat tak sabar nak pindah. nak merasa macam mana manisnya hidup berdua. eceh. tak nak stress kan hubby lagi asyik cakap pasal pindah jer. sabar yer Sarah. akan tiba masanya :)

So Tata.

5 comments:

picairin said...

sweet la kipas tu... wah xsabar nak ad rumah sendiri la...hehe

Aty Fared said...

cantik nyer..!!! jeles u dah ade rumah sendiri.. ley tampal plaster celling.. kipas pon cantik..!! nak datang umah... buat kenduri doa selamat jangan lupe jemput taw..:)

Unknown said...

wahhh best2..jelesnye.bile i nk ade umh sendiri ni..hehe.jgn lpe jemput dtg umh bru nt tau:D

Anonymous said...

wah bestnya dh nk dpt duduk berdua..tahniah sarah

Xora said...

sarah, lepas ni dah kena rajin2 google teknik2 mengemas dgn berkesan heeh..