Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 22, 2011

Panjang Sungguh

Jumaat masuk spital, Sabtu balik kampong. kentalllll. Pada yang bertanya khabar aku tu, thanks for your concern. aku dah memang selalu sakit. tak tau dah nak cerita macam mana. insyaAllah aku dalam proses nak buat 1 entry pasal sakit aku yang-konon-kritikal tu.

Sakit, sakit jugak. tapi kehidupan harus diteruskan. eceh. dah lama rancang nak balik kampong. akhirnya dapat jugak. bila pilih cuti sekolah, orang tanya "Eh dah ada anak yang sekolah ke?" Pehallll. orang ada anak dah sekolah jer boleh cuti time cuti sekolah?? orang takde anak lagi ni kena duk diam2 la? wahh emo.

Seperti biasa dan seperti dijangka, konpem jammed. after tol Gombak jer konpem cenggini jadinya. tapi takpe yang ni kejap jer. alah bisa tegal biasa. hari2 redah jammed apa ada hal!

Tak sempat aku nak kejar ferrari ni. hubby cakap, "Ayang tengok eh, lepas tol ni mesti dia tarik". sekali lepas jer tol, berdesuppppp dia tekan minyak ko. hilang dari pandangan mata. terus masuk exit Kuala Lipis. andaian kami:

H: Ni mesti kerabat punya ni. anak Sultan Pahang
A: Tak kot. dorang duk Kuala Lipis ke? kita rasa Siti Nurhaliza lahhhhhh. eh tapi bukan jugak. dia sekarang naik helikopter jer kannnnnn.

Kami meneruskan perjalanan dengan tenang. tiba2 terucap dari mulutku, "Rasa nak makan buah la..... hehehehe". "Ok perhentian Temerloh nanti kita stop". ni yang ai suka ni.

Buah-tak-tau-nama tapi aku suka. mahal nak mati. sekilo 20hengget. susah sangat ke nak dapat buah ni? tapi takpe, buah ni memang betul2 fresh. baru kutip ni. daun pown segar lagi.

Seeee... banyak ni jer dah 17hengget. seb baik sedap.

Tak lama lagi jadi raksasa gogon la ni

Kalau balik kampong, singgah perhentian tak beli buah, tak sah. dah terbiasa kot. tapi yang aku pilih sokmo tak sedap. jadi orang sebelah punya aku sambar. aku punya kasi dia. keji tak? hahaha.

Spek yang hanya tinggal kenangan. hubby jatuh terjelopok dalam surau sehingga patah frame spek beliau. takpe, spek tu mati dalam iman. muahaha.

Ok sebelum sambung cerita ni aku nak tanya dulu. dalam kete, bila boring apa korang buat?
a) tido
b) makan
c) termenung
d) korek idong. citt pengotor
e) kacau driver
f) camwhore

Aku? sume buat melainkan d. haha konon pembersih. satu lagi benda, korang rasa best tak kalo duduk dalam kereta yang meter dia sampai 240 km/j tapi had laju lebuhraya membenarkan cuma 110 km/j sahaja dan driver anda ketika itu seorang yang sangat mematuhi peraturan sehinggakan dalam hati beliau sentiasa ada kata2 sebegini "Not more than 110 please!". apa? apa?? apa??? REDHA jer lahhhhhhh.


Aku boring, ko ingat dia tak boring?

Apa pesen drive cenggini ni wak? menyengetkan separuh badan sampai stereng pown ai yang kena betulkan sehingga lurus kedudukan? mematuhi peraturankah sebegini? orang kata langit tak selalu cerah. tiba2 hujan turun selebat2nya sampai hampir tak nampak jalan. 

Entah berapa lama pown aku tak hengat. tiba2 dah sampai Panching. ye kot nama tempat ni Panching sebab ada tugu mata kail besar aku tengok. haha. suka suki engkau jer kasi nama tempat.

Ni nak pancing moyang segala ikan pown boleh nih.

Tapi jammed bertambah2 pulak bila dah sampai kawasan ni. stressss cap ayamas aku. rasa nak keluar telan angin dulu jer baru masuk balik dalam kete.

Akhirnya kami sampai ke Kijal. dah masuk Ganu dah ni. but yet jauhhhhh lagi ok. singgah beli lemang jap. mak kata takde apa2 nak bawak balik kat budak2 kat rumah tu. masing2 dah la macam bela hantu raya. hahaha. lupa nak kabo, singgah Kuantan ambik mak dulu. mak aku duduk Kuantan sorang2 dah 5 tahun. DONT ASK ME WHY. tanya mak aku.

Ok ni nak bagi komen ikhlas lagi membina pasal makanan2 dekat Kijal ni. yes tempat ni memang menjadi tumpuan ramai sebab dorang jual lemang almost 365days a year without tutup. raya aku tak tau. no komeng. tapi apesal makanan2 dia sume kurang rasa? main tangkap muat jer masing2 jual makanan. aku ni tekak orang Ganu. tekak yang biasa makan lemang n satar berlemak, banyak ikan, cukup rasa. ni ikan pown entah ikan apa yang diguna, aku rasa manis jer. lemak takde, pedas takde, masin takde. tak berkat tau meniaga macam tu? dah la mahal nak mati.


Satu cucuk yang paling panjang tu, ada 10 ketul satar, 4hengget. mahal ok................. pembalut jer besar, isi seciput. kalo sedap sumpah aku tak berkira, masalahnya nan hado sedapnya. biasa yang kami beli 1hengget dapat 5 ketul tau? 10 ketul baru 2hengget. tu pown sedap tak hengat. agak2 wajib tak aku berkira macam ni? cuba2 la ubah sikit resepi tu wahai peniaga2 sekalian. tak rugi pown. makin maju ada la sebab aku akan promote gerai kau kat blog aku. cisss bajet blog readers 10K sehari.

Tapi antara 3 benda yang kami beli tu, yang ni terbaekkkk.

Jelly kelapa. perghhhh rasa dia. teringat2 sampai sekarang. pesal selama ni aku tak sedar kewujudan makanan ni? ruginya 26 25 tahonnnnn. tapi mak pesan jangan makan banyak2. aku ni badan berpenyakit. rasa la sesuap dua. hilangkan kempunan. sedap ok. kalo singgah jangan lupa beli yer? ok yang ni murah 1hengget jer satu :D

Masa tulis entry ni baru aku perasan, aku balik kampong 12 March 2011, sehari selepas Tsunami kat Jepun. patut la pokok2 sume menyenget ditiup angin. kuat giler ok.

Sebelah kanan, PANTAI. so angin dari pantai yang tersangat kuat sampai boleh rasa kadang2 kereta bergoyang tolak pokok sampai meliuk lentuk macam tu sekali. mau tak seram?

So kenapa aku cakap perjalanan ni panjang teramat? sebab kami gerak pukul 815 pagi. sampai rumah 800 malam. kira la berapa jam. balik dari Ganu ke Shah Alam pown sama. gerak pukul 100 tengahari, sampai Shah Alam pukul 1030 malam. seronoknya duduk dalam kereta.......... naik kematu bontot aku!

Mak tanya:

M: Eh Tie tak sampai lagi ke? lama nya jalan?
A: Banyak berhenti. ala mak, lama ke, nak tido dalam kereta ke, takmboh balik terus ke, apa nak kisah mak, laki kita! hehehehe
M: (Gelak besar mak aku. tak sangka agaknya anak dia nak berkata2 tanpa malu) Yer lah kirim salam ke Yang tu

Mak aku memang panggil hubby aku Yang ok......... dua2 menantu pown sama. mak i memang advance. adik aku kata mak aku playgirl. kahkahkahkahkahkah....

Orang kata mak aku untung. dapat 2 menantu sekaligus. sorang cantik sorang baik. alhamdulillah :)

Sekian laporan.

So Tata.

4 comments:

Cikpuanmuda Juju said...

balik ganu kt mane tu?

iedayah said...

awat mahal nau buahnye

sk said...

sarah! nape masuk spital? huhu

Aty Fared said...

balik kampung mertua ke johor...kalao bowink ai suker bace majalah dalam kereta... selain benti solat.. ai malas nak singgah2 sebab nak cecepat sampai umah.. tak tahan dok dalam kereta lelamer..!! penat weih.... nak tidor pon tak besh.. huhu....eerr.. sepanjang jalan ai akan tanye.."jauh lagi ker nak sampai sayang...?"... kesudahannye ai yang kene marah...