Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 15, 2011

Our 1st "Pets"

Kami laki bini selalu kena kutuk sebab:
  1. Rumah macam takde orang duduk atau dengan erti kata lain "Rumah Tinggal"
  2. Tanaman, bunga-bungaan ---> yillek!

Oleh kerana kami ni jenis suka buat pekak, buat muka seposen, langsung tiada langkah yang diambil.

Sehinggalah pada suatu hari di Cameron, hatiku tertarik pada satu pokok ni.



Maka kami pown beli lah 2 pokok. ada sorang kakak ni kata nama dia pokok krismas wangi. tapi tak wangi pong. heran.

Kenapa aku beli pokok ni? sebab:
  1. Kaler dia cantekkk. hijauuuu jer. daun dia macam daun tipu plak tu hohoho
  2. Senang nak jaga kot. sebab takde bunga herherher
  3. Kenang2an dari Cameron lah konon
  4. Berangan nanti bila mereka dah besar, boleh buat pintu gerbang kat kiri kanan rumah tsskk tsskkkk

Balik jer dari Cameron, terus pergi Nursery dekat rumah MIL. carik teman untuk pokok2 tu lah. n jugak carik pasu lebih besar. so dapatlah lagi 2 pokok.


Limau purut.



Cili. MIL gelak sebab kami beli pokok cili yang dah siap berbuah. eh mak takpe. tengok ni.


Terus boleh petik! hahahaha.

Sebenarnya kami ambik yang dah ada buah pown sebabnya sebesar2 nursery tu ada 1 ni jer pokok cili. mungkin sudah takdir.


Setakat hari ni 4 ni jer la dulu penyeri laman kami. kami ni dua2 tak pandai berkebun sebenarnya malas ahahaha. yang 4 ni pown mintak tolong kakak dekat nursey tu tukarkan pasu agagaga. so kami cuba try test lah dulu pokok2 yang agak senang dijaga ni. nanti kalo agak2 dah terror kami tambah kasi penuh keliling rumah herherher.

P/s: Hari ni 15 July genap 2 bulan kami pindah

So Tata.

1 comment:

Aty Fared said...

waaahhh..nak carik jugak lar pokok cili dah siap berbuah gemuk2 macam tu...;)